Isnin, 28 Mac 2016

JPO (Jangan Pengsan Ook)

Gambar-gambar kat bawah ni ialah kawasan JPO (Johor Premium Outlet) di Senai, Johor. Selalunya lalu je tak sempat masuk meninjau-ninjau sebab berkejar balik nak ke epot Senai, atau terus nak balik kampung jer. Baru-baru ni berkesempatan jugaklah menyinggah sebelum ke epot Senai (akhirnya). Dapatlah berjalan-jalan window shopping, nak beli beg tangan ke apanya.. Idokler. Mahaaii no!! Hehe..yang murah kat outlet Vinci je kot, sambar sandal rege RM19.00 jer (mujur ada harga tuh). Encik suami sempat meninjau-ninjau gak, ada harga sehelai t-shirt cikai jer katanya, berharga RM1K hokey. Pengsan hakak! Takpelah Suhana, janji dah sampai, bila orang bercerita tentang JPO, sekurang-kurangnya kita dah tahu..haha. Nasihatku, jangan pengsan ok bila lihat harga barang-barang berjenama yang dijual di JPO (tak mampu hakak!). Kalau takde duit RM2K kat tangan, tak perlulah datang. Jika sekadar nak window shopping..ok sangatt..hehe

--- Pasni cuba tinjau kat Mitsui Premium Outlet dekat KLIA2 plak..hehe (barang-barang berjenama katanya agak murah sikit..kalau!!)




dapat posing kat sini..jadiklah ekk..
abaikan pemakaian baju dan tudung yg sama
setiap masa (sebab selesa)..hehe

berangan dulu, dapat kemudian..Aamin..hehe


yang ni kat bulatan epot Senai...


cafe bintang...ciri-ciri Johorian...

2 ulasan:

Aida Salleh berkata...

Bagi akak JPO lagi best daripada MItsui kalau kita tengok dari segi pilihan jenama yang ada dik. Tp tu pandangan akak lah...Walaupun JPO mmg tak best (dari segi harga)kalau banding dengan Premium Outlet atau Factory Outlet kat oversea tu tapi kira ok lah...Murah daripada kat butik kan? hehehehe

Siti Suhana berkata...

Oo ye ke kak..bagus jugak kak bg pndpt mcm tuh..dpt kita bandingkan kan kak..hehe..tp sy lbh suka beli kat pusat beli- belah je kak....tak dpt beli yg tuh, kita beli brg yg lain..hehe..

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...