Memaparkan catatan dengan label polkadot. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label polkadot. Papar semua catatan

Jumaat, 10 Ogos 2012

polkadot lagik...

Alergik betul lah kalau nampak barangan corak polkadot. Kalau boleh, semua nak beli. Tapi takdelah sampai nak beli semua, kalau barang tu tak perlu, baik kita rakam gambar sahaja untuk memuaskan hati kanss. Jom layanss.
flash vakum....comel kanss..warna pink ada, biru pun ada..hehe

Rabu, 11 Julai 2012

percubaan pertama

Yang ni pulak percubaan kali pertama untuk buat kek karamel. Dengan penuh teruja kumenjalankan misi juta-juta - cewah. Apabila tengok orang lain buat macam best jer dan taklah susah mana (iyelah tu kanss), maka kuperhalusi resepi dan cara membuatnya 8-10 kali (dua tiga kali jer)..lebih-lebih plak kanss.

Lagi-lagi untuk merasmikan pemakaian sulung ovenku, semangatku bertambah hebat dan berkobar-kobar. Macam biasalah, nak tulis resepi malas, nanti carilah resepi dari kak Azlita masam manis yang jelita tuh. Lengkap bahan dan cara membuatnya-memang menjadi. Terima kasih kak Ita. Ada juga bertanya dengan pakar, Suhaida Azmi yang telah biasa membuatnya - terima kasih Ida.

Jom layanss gambar jelah dulu k. (nak buat kek ni memang mencabar dan banyak langkahnya, namun hasilnya lumayan - sodap - kawan yang merasa pun jadi suka). 

proses putar adunan putih telur dan gula-ni dah proses ke berapa dah/sebelum tu,  panaskan gula jadi karamel, pastu buat lapisan adunan kuning telur dan susu cair...

semua adunan yang diasingkan akan disatukan menjadi satu dan dibubuh pewarna, pastu letak atas lapisan karamel dan lapisan adunan susu dan telur, letak secara berselang-seli...

dah siap letak dalam acuan...

lorekkan...

pastu bakar selama satu jam- letak dalam loyang yang berisi air panas.. kalau belum masak, tambahkan masa untuk bakar..

dah siap bakar, terbalikkan atas bekas rata secara berhati-hati


apam mekar vs polkadot

Buat sekian kalinya buat lagi apam mekar untuk kengkawan. Tak habis-habis apam, dah tengah suka buat nak buat lagu mana kanss..Moh kita lihat kejadiannya..hehe..

apam mekar...


berbagi untuk kawan-kawan

yang ni jadi pulak polkadot..

berbagi untuk sedara...

Selasa, 8 Mei 2012

Dunia polkadot

Kinek tok (sekarang ni) teruja dengan pelbagai barang dan segala bentuk polkadot yang ada kat mana-mana. Sempat beli beg bimbit, shawl, tudung polkadot (encik suami pun dah naik menyampah..sori bang..hehe). Layanss. Ni sebahagian barang/ benda bertemakan polkadot (tapi yang takdelah nak beli kannss).
tiang polkadot, part ni encik suami paling suka sbb dapat mengejekku..hehe..tengok tiang pun bentuk polkadot.. gelak kami berdua...

langsir polkadot..murah gak langsir nih .. harga dalam RM50++

beg tarik polkadot..menarik mmg debom..hehe..nasib baik dah beli beg yang lain..yg nih cuci mata je yer..hehe

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...