Memaparkan catatan dengan label keluarga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label keluarga. Papar semua catatan

Khamis, 3 Oktober 2019

Majlis Bertandang

31 Ogos 2019
Selepas buat majlis nikah kahwin adik kat Kelantan hari tuh (5 dan 6 Februari 2019), tiba giliran sebelah kami buat majlis meraikan pengantin perempuan dan keluarganya (majlis bertandang). Kami buat majlis ringkas pada 31 Ogos 2019 (gambar pengantin pun tak banyak sebab sempoi je). Alhamdulillah semua adik-beradik dapat berkumpul dan dapat berjumpa dengan sepupu dan sedara mara. Terima kasih pada semua yang membantu dan dapat melapangkan masa untuk hadir walaupun jauh (dari Selangor). Jom layankan gambar. Gambar yang bawah ni masa kenduri rumah sedara di Felda Makoil, Caah, Segamat. Kita selitkan sedikit ek. Mak, makcik dan adik-adik yang menghadiri majlis tersebut.
 
 

 
 
 
 
Nengoklah baju pengantin laki (adikku)..sempoi amat..nak marah tak boleh!
 
 
 
 
   
 
  
 
  
 

Hari Raya 2019/1440H

Assalamualaikum sahabat semua.
Selamat datang bulan Oktober. Semoga baik-baik je untuk bulan ini (walaupun hakikatnya sedang dilanda kebimbangan! Semoga Allah SWT memberi pertolongan dan ketenangan hati buat diriku yang kerdil ini). Seperti semua maklum, bulan Oktober juga ialah bulan Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan 2019 (DBP). Masing-masing agak sibuk dengan tugasan masing-masing.

Nak cerita yang lain sebenarnya. Seringkas yang boleh. Janji ada gambar. Nak juga masukkan gambar Hari Raya Aidilfitri 2019/1440H. Alhamdulillah semua adik-beradik dapat berkumpul pada tahun ini. Tema warna baju araya tahun ni ialah warna biru tua (namun juga ada warna hijau kekuningan). Dapat juga beraya dengan nenek, sepupu, makcik pakcik sedara di rumah nenek. Sempat juga bergambar pada hari raya kedua dengan memanggil jurugambar datang ke rumah (sebab tu nampak beza warna baju abah!). Jom layankan.
  
 
 
  
  
 
 


Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...