Jumaat, 27 September 2019

Bahagian 13 - Syukur

Bahagian 13


26 Mac 2019 (Selasa)
Syukur alhamdulillah kapal mendarat awal pada pukul 5.05 pagi dan dapatlah kami menunaikan solat Subuh di tingkat 2. Selepas itu, sempat bersarapan di cafe epot bersama-dengan Kak Yati, Kak Asma, Kak Pah dan Kak Rusni. Kemudiannya, mereka terus balik ke rumah masing-masing dan ku kena tunggu 3-4 jam lagi menunggu penerbangan ke Kuching naik Malindo pukul 12.45 tengah hari. Selamat tinggal semua.

Alhamdulillah, selama kurang lebih 10 hari bermusafir di bumi NZ amat memberi pengalaman yang berbeza. Di bumi Kiwi dan Fernleaf ini yang mempunyai bentuk muka bumi yang cantik, berlatarbelakangkan gunung-ganang, laut dan tasik yang membiru, ladang yang luas, ternakan lembu dan biri-biri, kami dapat merasai dan menikmati pengalaman yang indah dan berharga. Di samping itu mereka turut terkesan dengan serangan yang berlaku di Christchurch dan kami dapat memberi sokongan sedikit sebanyak kepada keluarga mangsa (orang Malaysia). Rakyat NZ sama-sama bersatu dan menentang sebarang bentuk keganasan. Keprihatinan dan sokongan semua jelas terpamer dengan tindakan berterusan memberi sokongan kepada keluarga mangsa dan Muslim di NZ.

Usai kembara 2019 di bumi NZ, next destination!

Selingan sikit, kita masukkan gambar kak Yasmin dan Kak Sham yang dibawa oleh Kak Zaida (anak buah kak Yasmin yang menetap di bumi Auckland) untuk kenang-kenangan.
  
 
 

Bahagian 12 - Pantai Muruwai dan One Tree Hill

Bahagian 12
 
 
25 Mac 2019 (Isnin)
Sehari sebelum balik ke Malaysia, berpeluang berlama-lama sikit di rumah penginapan. Terima kasih Sazli sebab hantar sarapan mihun goreng. Usai sarapan, berkemas-kemas dan letak beg dalam van siap-siap. 
        
11.00 pagi keluar rumah dan menghabiskan masa yang ada, pergi ke Pantai Muruwai melihat deruan dan hempasan ombak ke batuan dan pasir pantai. Kemudian, pergi di kawasan sebelah atas untuk ke kawasan batu tepian tebing melihat penempatan burung-burung yang bebas terbang di samping pemandangan yang indah – lautan membiru.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  
 
 
 
 
 
 
  
 
 
 
Selepas itu ke Taman One Tree Hill untuk makan tengah hari. Diana membawa bekal untuk kami – nasi lemak NZ! Alhamdulillah sedap ditambah lagi makan dekat pondok di kawasan taman yang cantik dan dapat melihat bebiri gebu dari dekat!
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Usai makan, kami mengambil kak Yasmin dan kak Zaisham di rumah kak Zaida. Kemudiannya, kami dibawa ke UNT (universiti NZ) dan bersolat di masjid mereka, ada jaga untuk keselamatan semua – alhamdulillah selesa. Usai solat, sempat berjalan-jalan di sekitar bandar Auckland bersebelahan UNT dan menunggu Akish dan kak Shaz memesan makanan untuk makan malam di Uncle Man’s.
 
  
 
 
 
   
 
 
 
 
 
  
 
7.30 malam Barulah dapat kami ke epot. Kami daftar masuk melalui mesin dan kemudiannya beratur panjang, ramai juga yang balik ke Malaysia. Sazli, Diana, dan Akish balik dulu dan tak dapat tunggu kami. Hanya Kak Shaz dan Encik Zul yang menemani kami sehingga kami masuk. Sempat juga menjamu selera makan malam depan KFC dan dibelikan kami juga sayap KFC (halal). Terima kasih kak Shaz dan Encik Zul.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
9.00 malam Kami mula masuk ke pemeriksaan polis dan imigresen dan cepat-cepat mencari surau untuk solat jamak qasar. Syukur surau epot selesa dan dapat solat dengan baik. Sejam kemudian, usai solat dan masuk ke Pintu 7. Adriana masih ada bersama-sama sebelum berpisah. Adriana akan transit di Beijing sebelum sampai di Itali. Adriana menyatakan rasa selesa dan seronok bersama-sama rombongan kami dalam kembara kali ini dan mengucapkan terima kasih buat semua. Selamat tinggal Adriana! 10.50 malam Penumpang VIP dah mula masuk dan kami masuk 10 minit kemudian. 11.40 malam Kapal mula terbang meninggalkan bumi Auckland, NZ. Selamat tinggal NZ! Ada rezeki dan panjang usia kami pergi lagi. Insya-Allah.
 
 
 
 
 
 
Sepanjang masa dalam penerbangan, ku hanya dapat makan hidangan coleslow dan ayam yang dihidangkan pada pukul 12.00 malam dan hidangan sebelah pagi tidak lalu kumakan, ditambah dah kebas-kebas bountot!
 
 

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...