21 Mac 2019 (Khamis)
7.00 pagi Jom sarapan, makan croissant, roti
dengan tuna dan jem, nasi dan telur. 8.15 pagi Dah siap berkemas dan memulakan
perjalanan dalam kabus pagi. 9.30 pagi sampailah ke kebun lavender, ada rumah kedai menjual produk berasaskan lavender dan ada cafe kecil pastu melawat sekeliling kebun. Dapatlah lihat bunga-bungaan termasuklah lavender, ada sedikit binatang ternakan, bebiri, kuda padi, lembu, bab* (tak ambil gambar walaupun comel, gituh!), Ilama.
Puas bergambar, kami
bergambar pulak di bandar Cromwell
Central Otego, ada replika buah epal, peach dan pear. Singgah di kedai buah
“Jone’s Fruit Stall” beli buah peach
dll dan jom makan aiskrim buah yang sihat.
1.30 tengah hari Meneruskan perjalanan ke
bandar Queenstown. Geng tak makan kambing ikut Akish untuk makan kebab (Kak
Min, Kak Wan, Kak Rusni). Kami nak makan kambing panggang di “Pedro’s House of Lamb”. Sebelum tu
sempatlah ke bump jump kat Kawarau Bungy Centre. Nak buat aksi tu
tak dapat, jadi gi tempat tuh dan saksikan orang lain lompat dengan tali diikat
di kaki dan menjunam ke bawah - sungai.
2.20 petang Selesai ambik gambar di
kawasan bump jump, kami ke bandar
Queenstown dan makan kambing panggang!
Usai makan, kami tunggu Akish dan yang lain
di Park and Save. Mereka turut serta kami dan Akish perlu awal daftar masuk
penginapan. Untuk ke Te Anau
mengambil masa dua jam.
6.20 petang Sampai di pekan kecil Te Anau, ada tasik
yang cantik, kami bergambar dan beli cenderamata (agak murah kat sini). 7.15
petang Sampai di Te Anau motel di Arran
Motel, 64 Quintin Drive, Te Anau (penginapan keenam), cari kiblat
dan solat. Masa ni memang rasa penat sangat dan ku sempat mandi.
8.00 malam
Makan malam di Radha’s Indian Restaurant makan nasi dan kari ayam/ikan, popodum
dan ulam timun. Tak lalu makan sangat sebab penat dalam perjalanan kot. 8.55
malam Sambung solat jamak qasar maghrib dan isyak, pastu titon.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan