Sehari sebelum balik ke Malaysia, berpeluang
berlama-lama sikit di rumah penginapan. Terima kasih Sazli sebab hantar sarapan
mihun goreng. Usai sarapan, berkemas-kemas dan letak beg dalam van siap-siap.
11.00 pagi keluar rumah dan menghabiskan masa yang ada, pergi ke Pantai Muruwai melihat deruan dan
hempasan ombak ke batuan dan pasir pantai. Kemudian, pergi di kawasan sebelah
atas untuk ke kawasan batu tepian tebing melihat penempatan burung-burung yang
bebas terbang di samping pemandangan yang indah – lautan membiru.
Usai makan, kami mengambil kak Yasmin dan
kak Zaisham di rumah kak Zaida. Kemudiannya, kami dibawa ke UNT (universiti NZ)
dan bersolat di masjid mereka, ada jaga untuk keselamatan semua – alhamdulillah
selesa. Usai solat, sempat berjalan-jalan di sekitar bandar Auckland
bersebelahan UNT dan menunggu Akish dan kak Shaz memesan makanan untuk makan
malam di Uncle Man’s.
7.30 malam Barulah dapat kami ke epot. Kami
daftar masuk melalui mesin dan kemudiannya beratur panjang, ramai juga yang
balik ke Malaysia. Sazli, Diana, dan Akish balik dulu dan tak dapat tunggu
kami. Hanya Kak Shaz dan Encik Zul yang menemani kami sehingga kami masuk. Sempat juga
menjamu selera makan malam depan KFC dan dibelikan kami juga sayap KFC (halal).
Terima kasih kak Shaz dan Encik Zul.
9.00 malam Kami mula masuk ke pemeriksaan
polis dan imigresen dan cepat-cepat mencari surau untuk solat jamak qasar.
Syukur surau epot selesa dan dapat solat dengan baik. Sejam kemudian, usai
solat dan masuk ke Pintu 7. Adriana masih ada bersama-sama sebelum berpisah.
Adriana akan transit di Beijing sebelum sampai di Itali. Adriana menyatakan
rasa selesa dan seronok bersama-sama rombongan kami dalam kembara kali ini dan
mengucapkan terima kasih buat semua. Selamat tinggal Adriana! 10.50 malam
Penumpang VIP dah mula masuk dan kami masuk 10 minit kemudian. 11.40 malam
Kapal mula terbang meninggalkan bumi Auckland, NZ. Selamat tinggal NZ! Ada
rezeki dan panjang usia kami pergi lagi. Insya-Allah.
Sepanjang masa dalam penerbangan, ku hanya
dapat makan hidangan coleslow dan ayam yang dihidangkan pada pukul 12.00 malam
dan hidangan sebelah pagi tidak lalu kumakan, ditambah dah kebas-kebas bountot!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan