24 Mac 2019 (Ahad)
8.30 pagi Perlu keluar awal untuk bersarapan
di Coffee Club sebelum nak ke epot -makan roti telur cendawan dan bayam.
9.45
pagi usai makan dan terus ke epot. 10.40 pagi Daftar masuk dan beg dan syukur
melepasi pemeriksaan polis dan kastam. Tepat 12.40 tengah hari Berlepas balik
ke bandar Auckland semula menaiki Jetstar. Kapal terbang rendah merentasi
gunung-ganang yang cantik dilitupi awan-gemawan dan dapat lihat sisa salji yang
masih berbaki di puncak gunung.
2.30 petang Kapal mendarat daripada aras laut
ke landasan ditemani cuaca cerah, alhamdulillah selamat tiba. Urusan ambil beg,
tetiba mesin pusingan terhenti dek kerana anak kecil yang tertekan punat merah
di tepi mesin. Hampir 10 minit juga terhenti, petugas lapangan terbang dapat
mengenal pasti punca dan mesin dapat berpusing semula.
Kami kembali ke bandar Auckland dan dibawa ke
rumah penginapan dua tingkat di Auckland holiday house, 62 Manhattan Heights, Auckland (penginapan kelapan). Rumah
penginapan kami agak jauh dari bandar Auckland. Pada sebelah petang, kak Yati
dijemput kawannya untuk keluar sekejap dan kak Yasmin juga dijemput untuk
menginap oleh anak sedaranya, Kak Zaida - Kak Zaisyam ikut sekali. Kami lebih
selesa merehatkan badan selepas makan pizza, kek lemon, limau dan air oren.
Usai mandi dan solat, kami dibawa keluar makan ke restoran Pakcik Man (Uncle Man’s). Macam-macam ada, makanan Malaysialah kans! Apa lagi, ai order kopi ais dan nasi lemak petai...pun ada! Usai makan, singgah pasar raya Countdown beli coklat banyak-banyak-kebetulan tengah murah. Ole-ole terakhir yang dapat diberi. 10 lbh baru balik rumah, lepak dan solat. Sambung borak dan masuk tidur 2.35 pagi!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan