18 Mac 2019 (Isnin)
Bangun macam biasa dan sarapan awal sebelum
bersiap-siap nak keluar rumah. Atur beg masing-masing depan rumah.
8.30 pagi Bertolak ke Hamilton selepas usaha mencari henpon Kak Sepawan berhasil-alhamdulillah. Destinasi pertama kita ke Huka Falls Scenic Reserve Anatiatia Dam, menyeberangi jambatan untuk melihat kederasan air Huka Falls berwarna biru yang cantik. Kami hanya diberi masa hanya 10 minit sebab perlu mengejar masa untuk menaiki cruise pada pukul 10.00 pagi.

Sebenarnya ada pilihan untuk menaiki bot
rapid jet (laju) atau biasa (cruise) dan bayarannya mestilah berbeza kan! Kami
menaiki cruise di Huka Falls River
Cruise untuk melihat air terjun dekat Huka Waterfalls.
12.30 tengah hari Berpeluang makan di
restoran udang, hidangan yang lazat dan hebat. 1.15 petang Bertolak ke pusat
Islam “Taupo Islamic Educational and Welfare Trust” tapi sayangnya masih
ditutup kesan serangan di Christchurch. Kami mengambil keputusan untuk ke
Hamilton dan melawat Waitomo Glowworm
Cave dan akan solat jamak qasar di tempat penginapan sahaja. 4.15 petang
Baru dapat masuk ke dalam gua tanpa dibenarkan mengambil gambar.
Subhanallah memang cantik kejadian Allah SWT.
Selalunya kita melihat cahaya kunang-kunang yang indah. Kat gua ni pun sangat
cantik dengan keindahan cahaya yang keluar daripada ulat gua yang bercahaya.
Puas dibawa berjalan sekitar gua, kami dibawa menaiki sampan dan menyusuri air
dalam gua untuk melihat keajaiban Tuhan – secara senyap dan hanya terdengar
titisan air gua sahaja! 5.00 petang Keluar dari gua dan membeli sedikit poskad
dan sambung perjalanan ke Hamilton.
6.30 petang sampai ke Hamilton motel “Tudor Motor Lodge”, 24 Thackeray Street
(penginapan ketiga). Dapat bilik no.10 dan duduk empat orang sebilik.
Usaikan urusan solat, barulah makan, mandi dan lepak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan