22 Mac 2019 (Jumaat)
8.28 pagi Sarapan seadanya dan bertolak dari
Te Anau ke Milford Sound (disebut
juga dengan piopiotahi). Melalui
jalan yang redup sebab si kelilingi dengan pokok pine di kanan kiri jalan. 9.30
pagi Singgah di Mirror Lakes.
Subhanallah memang macam cermin-memantulkan semula pemandangan dengan lebih
jelas.
10.45 pagi Sampai di tempat letak kenderaan
dekat Milford Sound dan perlu menaiki bas yang disediakan untuk ke pusat feri.
Berlegar-legar dulu di pangkalan sebab naik feri/cruise lambat lagi. Puas bergambar
dan tibalah masa nak naik cruise.
12.40 tengah hari mula menaiki cruise dan
menikmati pemandangan sekeliling yang sungguh indah ciptaan Yang Maha Esa.
Perjalanan kami ke Milford Sound dikira sebagai kemuncak kembara kami setelah
berhari-hari bermusafir. Sedang berada di hujung perjalanan sebelum berpatah
balik, kapten membuat pengumuman meminta para penumpang senyap untuk
menghormati laungan azan yang dikumandangkan dan enjin kapal juga dimatikan.
Beberapa buah kapal persiaran yang ada juga turut berbuat perkara yang sama.
Selepas azan juga kami diminta bertafakur selama dua minit. Rupanya genap
seminggu peristiwa berdarah yang berlaku di Christchurch. Sesungguhnya dapat
dilihat masyarakat NZ yang begitu terkesan dengan peristiwa tersebut dan
sungguh menghormati dan menyokong Muslim dengan pelbagai cara.
Semalam juga baru mendapat khabar telah dapat disahkan bahawa anak kepada Tarmizi dan Marina telah meninggal dunia dan jenazah dikebumikan pada hari yang sama. Innalilahi wainna ilaihi rajiun. Salam takziah buat mereka dan semoga Allah SWT memberi ketabahan pada keluarga mereka.
2.40 petang Selesai menaiki cruise, kami
menunggu bas shuttle untuk ke tempat letak kereta. 3.00 petang bertolak balik
dan perlu singgah ke Te Anau untuk solat jamak qasar. Sempat juga kami berhenti
untuk di hutan serta bergambar di tempat yang cantik dan mempunyai pemandangan yang luas
seperti di Eglinton Valley, iaitu
kawasan rumput warna emas yang luas berlatarbelakangkan gunung-ganang yang
cantik.
Perjalanan ke Te Anau mengambil masa kurang
lebih tiga jam. Kami sampai dan menumpang solat di Arran Motel dengan izin Mr.
Russel (tanpa membayar apa-apa). Mr. Russel memberikan kami satu bilik untuk
kami bersolat. Kebaikan beliau amat kami hargai apatah lagi beliau juga turut
terkesan dengan peristiwa yang berlaku di Christchurch. Kami juga dapat tahu
yang tuan punya motel (Mr. Russel) telah menjual motelnya dan dalam masa dua
minggu motelnya akan menjadi milik orang lain. Beliau menjual motelnya
disebabkan mahu menjaga isterinya yang sedang sakit (diserang strok). Semoga
kebaikan dan mulia hatinya dapat dipermudahkan segala urusannya.
Usai solat kami terus balik ke Queenstown dan
hari mulai gelap. Bertabahlah kami kerana perlu menempuh perjalanan jauh dalam
masa tiga jam lebih. Akish telah sampai awal untuk menyediakan makan malam.
10.00 malam barulah kami sampai ke tempat penginapan di tingkat atas,
Queenstown house, 27 Lochy Rd, Fernhill,
Queenstown (penginapan ketujuh), di kawasan lereng bukit menghadap Lake Wakatipu. Usai angkat beg dan dah
dapat bilik, kami terus menjamu selera sebab dah lapar! Haha...ditambah penat
lagi sebab menempuh perjalanan jauh. Rehat sekejap selepas makan, bersihkan
diri dan menunaikan solat. Sempat juga membasuh baju dan tidak boleh
menggunakan dryer sebab bermasalah, jadinya jemurlah kain baju di bilik.
Selesai urusan, barulah dapat tidur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan