Rabu, 18 September 2019

Bahagian 2 - Perjalanan yang panjang

Bahagian 2

15 Mac 2019 (Jumaat)
12.25 malam dah masuk hari Jumaat kan. Kiranya dah makan first round, jom layan movie kanak-kanak Tangled dan selesai isi borang NZ Passenger Arrival Card. Sambung layan movie Home Alone3. Pastu lampu dah digelapkan, apa lagi, tidurlah! Dah bertanya dengan pramugari tentang waktu solat Subuh, set masa dan dapat bangun pada waktunya (4.00 pagi). Selesaikan urusan solat Subuh selepas Kak Pah solat dan Kak Pah bantu kejutkan sahabat yang lain. 
 
 
Cahaya ufuk timur mulai terang pada 4.30 pagi dan sambung tidur semula. 7.40 pagi sarapan pagi walhal di luar dah nak masuk tengah hari (beza 5 jam lambat dari NZ). 8.05 pagi selesai sarapan dan sambung tengok cite ketiga, Tamil-Kaala. 9.00 pagi kapten mengumumkan sejam lagi akan mendarat di Auckland dengan cuaca 25oC. 
 
 
 

9.25 pagi/2.25 petang waktu Auckland, mendarat di sebuah pulau (negara) yang cantik seumpama Langkawi di tepian laut. 2.40 petang, betul-betul landing di depan Gate16. 3.45 petang, selesai urusan pemeriksaan pasport dan kastam dan disambut oleh Yani, Syisya dan Diana. 
kakak-kakak riang gembira sebab dah selamat mendarat..alhamdulillah
 
 
 
 
 
Kami dibawa ke rumah Diana-Sazli (pemilik Nasi Lemak NZ Tour yang menguruskan kembara kami di bumi NZ), berehat sebentar dan menyelesaikan urusan tukaran simkad NZ. Pada ketika inilah juga diberitahu oleh kak Syisya dan kenalan di Malaysia, baru berlaku serangan tembakan di Masjid an-Nour di Christchurch semasa khutbah - penembak siap muat naik perbuatan secara langsung di FB! Innalilahi wainna ilaihi rajiun.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
5.40 petang, selepas itu barulah kami dibawa oleh Kak Syisya dan suaminya, En. Zul ke Motel Epsom, 232 Greenlane West Road, Auckland di tingkat 1 (penginapan pertama). Dapatlah kami dua buah bilik (4+5). 
 
 
 
 
Kami makan pai dan air kopi, solat dan bersiap untuk keluar semula, menikmati keindahan bandar Auckland pada waktu malam – Queen Street dan Viaduct Harbour. 8.10 malam bertolak ke tempat makan dan tidak digalakkan untuk berlama-lama di kawasan ramai orang, bimbang ada serangan lain menyusul. Syukur tiada apa-apa yang berlaku di bandar (hanya sebagai langkah berjaga-jaga). 
 
 
 
 
  
 
 
 
  
 
 
 
   
9.15 malam, makanan yang ditempah belum siap. Selepas 15 minit barulah dapat makan. Syukur. Hidangan nasi beriani/roti nan, lauk kambing, ayam dan udang. 10.30 malam sampai di motel, mandi dan solat jamak qasar. Tidur 12.15 malam dan terjaga 4.00 pagi dan kejutkan kak Pah untuk solat.
 
 

1 ulasan:

gandalequiett berkata...

Top 10 slots with free spins, no deposit bonus, free spins, and more
Play top 10 slots with free spins, no deposit bonus, 상주 출장안마 free spins, and more here! 포항 출장샵 Jackpot 공주 출장안마 King is a 울산광역 출장안마 fun way to place a bet, and also offers a jackpot bonus. Rating: 5 · ‎3 reviews 전라북도 출장안마

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...