15 Mac 2019 (Jumaat)
12.25 malam dah masuk hari Jumaat kan.
Kiranya dah makan first round, jom
layan movie kanak-kanak Tangled dan
selesai isi borang NZ Passenger Arrival
Card. Sambung layan movie Home Alone3. Pastu lampu dah digelapkan,
apa lagi, tidurlah! Dah bertanya dengan pramugari tentang waktu solat Subuh,
set masa dan dapat bangun pada waktunya (4.00 pagi). Selesaikan urusan solat
Subuh selepas Kak Pah solat dan Kak Pah bantu kejutkan sahabat yang lain.
Cahaya ufuk timur mulai terang pada 4.30 pagi
dan sambung tidur semula. 7.40 pagi sarapan pagi walhal di luar dah nak masuk
tengah hari (beza 5 jam lambat dari NZ). 8.05 pagi selesai sarapan dan sambung
tengok cite ketiga, Tamil-Kaala. 9.00 pagi kapten mengumumkan sejam lagi akan
mendarat di Auckland dengan cuaca 25oC.
9.25 pagi/2.25 petang waktu Auckland,
mendarat di sebuah pulau (negara) yang cantik seumpama Langkawi di tepian laut.
2.40 petang, betul-betul landing di depan Gate16. 3.45 petang, selesai urusan
pemeriksaan pasport dan kastam dan disambut oleh Yani, Syisya dan Diana.
kakak-kakak riang gembira sebab dah selamat mendarat..alhamdulillah |
Kami dibawa ke rumah
Diana-Sazli (pemilik Nasi Lemak NZ Tour yang menguruskan kembara kami di bumi
NZ), berehat sebentar dan menyelesaikan urusan tukaran simkad NZ. Pada ketika
inilah juga diberitahu oleh kak Syisya dan kenalan di Malaysia, baru berlaku
serangan tembakan di Masjid an-Nour di Christchurch semasa khutbah - penembak
siap muat naik perbuatan secara langsung di FB! Innalilahi wainna ilaihi
rajiun.
5.40 petang, selepas itu barulah kami dibawa
oleh Kak Syisya dan suaminya, En. Zul ke Motel
Epsom, 232 Greenlane West Road, Auckland di tingkat 1 (penginapan
pertama). Dapatlah kami dua buah bilik (4+5).
Kami makan pai dan air kopi,
solat dan bersiap untuk keluar semula, menikmati keindahan bandar Auckland pada
waktu malam – Queen Street dan Viaduct Harbour. 8.10 malam bertolak ke
tempat makan dan tidak digalakkan untuk berlama-lama di kawasan ramai orang,
bimbang ada serangan lain menyusul. Syukur tiada apa-apa yang berlaku di bandar
(hanya sebagai langkah berjaga-jaga).
9.15 malam, makanan yang ditempah belum
siap. Selepas 15 minit barulah dapat makan. Syukur. Hidangan nasi beriani/roti
nan, lauk kambing, ayam dan udang. 10.30 malam sampai di motel, mandi dan solat
jamak qasar. Tidur 12.15 malam dan terjaga 4.00 pagi dan kejutkan kak Pah untuk
solat.
1 ulasan:
Top 10 slots with free spins, no deposit bonus, free spins, and more
Play top 10 slots with free spins, no deposit bonus, 상주 출장안마 free spins, and more here! 포항 출장샵 Jackpot 공주 출장안마 King is a 울산광역 출장안마 fun way to place a bet, and also offers a jackpot bonus. Rating: 5 · 3 reviews 전라북도 출장안마
Catat Ulasan