16 Mac 2019 (Sabtu)
7.30 pagi Dah bersiap awal sebab perlu keluar
hotel 8.00 pagi dan bertolak ke Hamilton. Masa ni Akish join dan membantu serta
menemani kami. 9.40 pagi Dalam perjalanan sempatlah singgah minum kopi kat Cafe
Italia jap. Namun, ku tak berani minum untuk menjaga pundi agar tidak kerap
kencing (pantang untuk minum dalam perjalanan!)...Syukur dapat tahan diri
daripada minum kopi.
11.30 pagi Sampai di Blue Spring. Hanya dapat melihat
pemandangan lumut yang cantik di permukaan dan dasar sungai. Ikutkan perlu 5 km
lagi naik tangga untuk ke Blue Spring. Tak dapat lihat birunya air mata air,
dapat tengok hijaunya lumut jadiklah! Meneruskan perjalanan ke Rotorua dan 45
km lagi nak sampai. 1.20 tengah hari Singgah dulu kat jambatan gantung di celah
pokok pain merah yang besar di Whakarewarewa. Kiranya pertama kali jugak naik
jambatan gantung dari satu pokok ke pokok yang lain. Mula-mula memang gayat.
Tunggu kakak yang lain lepas dulu di hadapan, barulah ku melintasi sambil
merakam pemandangan.
2.46 petang Makan tengah hari yang lewat di
Don Kebab dan usai makan, gi sambung jalan-jalan di taman bunga dan bangunan
sejarah di bandar Rotorua. Sambung melihat pemandangan tasik yang cantik dan
itik hitam, angsa bercanda di permukaan tasik. Ada juga perkhidmatan kapal
terbang air yang boleh membawa pelancong. Harga perkhidmatannya tak pasti
berapa! Kemudian, pergi ke kawasan bersulfur di Kuirai, yang mengeluarkan asap
berbau sulfur.
Usai melawat kawasan, moh kita daftar masuk ke tempat penginapan
kedua, homestay no. 2 di kawasan perumahan (Rotorua holiday house) – 8 Edward Payton Grove, Rotorua. Menempatkan 4 buah
bilik dan dapatlah berbahagi tempat tidur sebaiknya. Sempat minta tambahan
kipas sebab aircond hanya ada di ruang tamu dan keadaan cuaca pada masa itu
agak panas. Ada dapur dan disediakan mesin basuh. Jom bersihkan diri dan solat,
rehat dan makan malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan