Isnin, 23 September 2019

Bahagian 6 - Botanical Garden, Christchurch

Bahagian 6


19 Mac 2019 (Selasa)
Sarapan awal dan ringkas, air koko dan biskut selepas mandi dan solat. 7.00 pagi Selesai berkemas-kemas dan sarapan berat dengan makan sandwic dan nasi goreng, kami masih kenyang dan bawa sebagai bekal. 
 
 
 
  
  
8.30 pagi Keluar ke epot-domestik nak ke Christchurch. Kami daftar masuk dan akan menaiki kapal Jetstar. 10.30 pagi Daftar masuk dan syukur urusan masuk beg lancar, terbang pada pukul 11.40 pagi.
 
 
 
  
 
 
 
 
 
  
 
12.50 tengah hari Selamat mendarat di Christchurch dan sempat makan bekalan yang dibawa. Selepas itu, menaiki van untuk ke Apex Rental. Selesai urusan sewa van dan kereta untuk Akish bergerak sendiri dan memudahkan urusan awal lain. 
 
 
 
 
 
2.30 petang Sampai di Aalton Motel, 19 Riccarton Road, Riccarton, Christchurch (penginapan keempat) dan motel berdekatan dengan perumahan dan masjid Al-Noor, 101 Deans Ave, Riccarton (tempat serangan tembakan). Cari kiblat dan solat. Selepas itu, aktiviti bebas jalan sekitar taman.

4.00 petang Berjalan di sekitar taman Botanical Garden yang mempunyai landskap yang cantik, pokok berusia yang besar dan bunga-bungaan yang indah. Sempat menyaksikan penduduk yang masih meletakkan jambangan bunga sebagai memperingati kejadian yang berlaku tanda sokongan kepada orang Muslim, pemberita dan wartawan juga masih ramai membuat liputan. Berjalan sambil menyapa, mereka tetap senyum dengan ikhlas.
 

 
  
 
 
 
 
  
 
 
  
 
 
 
 
 
  
 
 
 
 
Nota: Laporan dari Canberra Times, Australia: Selepas apa yang berlaku di Christchurch, mereka melukis semula Fern (redrawn) as Muslim Independent Stage of Prayer (gambar daun pakis melalui jemaah sedang solat melalui tertib dalam solat).
Rata-rata penduduk New Zealand menyatakan rasa sedih dan kesal dengan apa yang berlaku di Christchurch kerana bukan cara orang NZ berbuat demikian. Kebangkitan Islam bila diuji atau diancam, mereka akan bergabung, sedar dan bangkit atas faktor persaudaraan. Alhamdulillah, kembara kami kali ini kami bersikap positif dan berasa selamat bila sahaja menjejakkan kaki di bumi Christchurch. Kami bertawakal dengan keberadaan kami di bumi NZ.

6 petang Kami balik ke motel dan mengambil keputusan sambung berjalan kaki menyusuri taman di hadapan perumahan untuk melihat keadaan masjid An-Nour. Terdapat wartawan dan pemberita saling berganti membuat liputan dan penduduk yang masih membanjiri kawasan taman di hadapan masjid untuk memberi penghormatan dengan meletakkan kalungan/jambangan bunga. Di luar sekitar kawasan masjid memang dikawal ketat dengan anggota polis bersenjata 24 jam.
 
 
 
 
 
 
Selepas itu, ku ikut menemani Kak Pah, Kak Syisya dan En. Zul ke hospital untuk menziarahi mangsa tembakan rakyat Malaysia yang menetap di Christchurch – Tarmizi dan Rahimi. Isteri Tarmizi, Marina ialah kenalan juga kak Syisya dan kehadiran kami sebagai wakil untuk menyampaikan sumbangan dari Komuniti Malaysia yang menetap di NZ. Hospital juga tak jauh dari motel kami dan 1.5 km jugaklah kami berjalan. Semasa berjalan itu juga ada pasangan suami isteri penduduk NZ menyapa dan meminta izin untuk memeluk kami sebagai tanda sokongan kepada Muslim. Mujur dapat elak daripada pelukan si lelaki, itulah budaya mereka dan pada mereka tidak salah memeluk berlainan jantina, jika dapat elak, elaklah secara berhemah agar mereka tidak berkecil hati.

Hospital umum Christchurch bersebelahan dengan Women Hospital, jangan salah masuk ye! Alhamdulillah dipermudahkan urusan berjumpa mereka dan syukur dapat bertemu Marina yang biasanya sibuk menguruskan hal berkaitan suaminya dan anak lelaki mereka yang berusia 17 tahun masih hilang (semasa kejadian bersekali dengan Tarmizi dan adiknya dalam masjid sedang mendengar khutbah solat Jumaat). Malah, masa kejadian juga, Marina bersekali dengan mereka untuk solat di masjid (selamat sebab berada dalam bilik air dan berkunci). Berjumpa dengan Tarmizi dan Marina tampaknya raut wajah mereka sangat tenang dan reda dengan apa yang berlaku walaupun rasa trauma masih belum hilang. Harapan dan doa mereka pada Allah SWT dan menganggap anak mereka masih hidup.

Bersembang dalam masa 20 minit, kami meminta izin untuk bergambar dengan Tarmizi (pesannya agar tidak menyebarkan gambar tersebut dan kami pegang janjinya). Pesan Marina sebelum berpisah, selamat menikmati percutian di Christchurch. Tidak putus-putus mulutnya berdoa yang baik-baik buat keluarganya dan sahabatnya. Sentiasa bersyukur dan bersabar, kunci utama kehidupan. Allah SWT dah beri apa yang kita mahu, dan kita perlu reda dengan ujian yang menimpa.

Pada masa yang sama, ada juga komuniti Islam rakyat Australia yang datang memberi pek nasi beriani untuk memudahkan urusan makanan buat mangsa dan keluarga (mereka juga rasa terkesan dengan tindakan penembak yang berasal dari Australia dan rasa bertanggungjawab untuk membantu Muslim di Christchurch).

Khuatir dengan waktu melawat dah habis, kami pada asalnya tidak dapat berjumpa dengan Rahimi di ICU (seorang lagi mangsa tembakan dan telah dibedah sebanyak tiga kali). Sedang kami berada di lampu isyarat nak menyeberang, terdengar borak anak-anak muda sedang bercakap Melayu! Sempat menyapa mereka dan rupanya baru balik daripada melawat Rahimi. Mereka memberi sokongan kepada Rahimi dan keluarganya dan kebetulan rakan sekerja mereka dari India maut ditembak. Mereka bersetuju memberi tunjuk arah nak menemani kami untuk melawat Rahimi (syukur mudah untuk melawat walaupun waktu melawat dah habis). Kami dapat berjumpa anak dan isteri Rahimi, Azilah di depan bilik ICU. Hanya kak Syisya dan Encik Zul melawat Rahimi di bilik ICU dan kami menunggu sahaja di luar. Keadaan Rahimi sudah stabil cuma belum dapat bercakap lagi.
 
 
 
Balik ke motel sambung berjalan kaki (dah menahan penat...haha). Makan malam kami ambik di bilik Akish – spageti bolognise, terima kasih! Tapi kami makan nasi beriani yang kami dapat juga semasa melawat Tarmizi dan sedikit spageti. Spageti ku boleh dikongsi makan untuk sarapan esok pagi. Lepas makan, hilangkan lelah berjalan sebelum mandi dan masuk tidur.

Nota:
1.  Majlis pengebumian mangsa tembakan diadakan pada malam ini dan anak kepada Husam membaca al-Quran mengiringi pengebumian.
2.   Encik suami balik ke Malaysia pukul 10.00 malam dan selamat sampai di KLIA2 pukul 4.00 pagi waktu Malaysia.

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...