Rabu, 24 Januari 2018

Jambatan Darul Hana

11.11.2017 
Berpeluang pergi ke tapak pesta/perasmian jambatan gantung yang menjadi mercu tanda baharu di Tebingan Kuching - bersebelahan dengan Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak. Kami pergi sebelah pagi dan tak sanggup sebelah malam kerana majlis perasmian betul-betul pada sebelah malamnya di samping perlawanan regata. Tetapi! Belum sempat naik sebab masa ni ditutup untuk orang awam. Selepas perasmian baru dibuka untuk semua. Namun, sayangnya belum lagi berkesempatan menjejak semula ke sini!


Interprem lagi....hehe
                                                               

Selingan
Sambungan latar deko kedai MK Classico yang sempat dirakam semasa makan-makan meraikan kawan encik suami. Kali ni jom lihat deko yang digantung bagi menarik perhatian pengunjung.




Menggamit memori silam. Lahir tahun 1970-an kot. Mesti merasai/melalui TV seperti dalam gambar.
Klasik sungguhlah!

Majlis Tinta Kenyalang 2017

Sejak dah dua tahun masuk ke dunia penerbitan nih, kerja-kerja pengembangan banyak ditinggalkan (sekarang dah kuncup sikit..hehe). Namun, tugasan buat buku cenderamata atau jamuan masih jalan! Untuk Majlis Tinta Kenyalang 2017 nih, tukar portfolio tugas - buat teks ucapan perasmi dan pengarah, gituh! Sebelum nih adalah dalam empat ke lima tahun menguruskan program ini. Biasanya majlis ni (bersekali dengan Malam Lestari Bahasa) diadakan pada hujung tahun bagi meraikan pemenang dan penerima hadiah/penghargaan penulis, pengkarya, jabatan untuk kategori masing-masing serta menghargai kerjasama antara DBP Cawangan Sarawak bersama-sama jabatan dan organisasi lain.
 Pameran majalah sekolah dan buletin jabatan terbaik


Antara Pengetua yang komited dan bekerjasama dengan anak buahnya untuk
menghasilkan majalah sekolah terbaik sehingga dinobatkan dua tahun berturut-
turut menerima Kategori Hadiah Utama Majalah Sekolah Menengah Terbaik.
Tahniah diucapkan kepada SMK Subis, Miri.
Meja VIP

Interprem sekejap..hehe
 
 Bersama-sama rakan yang bertugas



Meja kami...
Dewan majlis...
Menu hidangan ala Kantonis
Ni perli namanya...hehe. Minta  tambah lada, diberi selambak.
Orang Sarawak tak makan pedas, jadik kami wajib makan pedas,
lada besar kat sini memang dah cukup pedas.

Myvi baharu

Bila lama tak bercerita nih, banyak benda nak kongsi kans! Semoga bertabah meletakkan gambar dan mengisi entri. Kebanyakan entri, cerita dan kenangan akhir tahun lepas. Mohon jangan boring! Ahaks!

Kalau rasa nak beli kereta baru, buatan Malaysia lagi, meh tengok Myvi baharu! Mereka kata lebih hebat daripada Honda Jazz. Takpe, itu penilaian masing-masing. Sesuatu benda baharu kadangkala memberi kebaikan dan kadangkala yang lama juga lebih fungsinya. Anda pakai anda rasa dan lebih tahu! Paling best Myvi baharu ni sebab ada fungsi letak kad smart tag! Tapi kalau kat Sarawak, tak sesuailah sebab takde tol. Kalau nak tahu lebih lanjut, sila berhubung dengan wakil penjual di tempat anda! Jom layan gambar.










 Inilah tempat letak kad touch & go...praktikal sangat kalau guna kat KL.
Gambar bawah, sensor reader baca kad....

Sila pilih warna yang dikehendaki...

2018 ...

Assalamualaikum sahabat semua.

KABARE? Semoga semuanya baik-baik aje.

Bersyukurlah kita dipanjangkan usia, diberi kesihatan yang baik dan diberi kesempatan untuk beramal dan menjalankan kehidupan di dunia yang sementara ini. Pejam celik pejam celik dah memasuki tahun 2018/1439H. Alhamdulillah. Tahun 2018 juga memasuki tahun ke-15 berkhidmat di DBP, organisasi tercinta dan tahun kelapan di perantauan! Ada orang tanya, ko tak nak balik KL ke Su? Nak jawab macam mana pun tak tahu. Apa pun bergantung pada khidmat encik suami yang masih diperlukan di sini. Kalau encik suami dapat balik, I on jer, ye dak! Hehe...Apa pun bekerjalah sebagai satu ibadat. Ada baiknya juga bila kita berhijrah dan duduk jauh di perantauan (seberang laut jugak kan!). Banyak mengajar erti kesabaran dan keseronokan tetap ada. Cuma jauh daripada keluarga dan kalau nak balik, opkoslah kena naik belon! Unsur-unsur kos di situ memang perlu diambil kira.

Dan tahun 2018 juga memasuki umur empat siri! Allahuakbar. Alhamdulillah. Pada umur inilah juga sebagai penanda aras sikap dan amalan kita bagaimana? Lebih baik atau sebaliknya. Mudah-mudahan Allah SWT sentiasa memberiku dan sahabatku sekalian petunjuk dan hidayah, menetapkan hati-hati yang lalai ini untuk lebih beramal, berbuat kebaikan dan bersedekah, hormat pada suami dan orang lain, hidup dan mati dalam iman dan beriman kepada ALLAH SWT. Sesungguhnya Allah SWT sebaik-baik Perancang dan Maha Penyayang lagi Mengasihani.

Dah memasuki umur empat siri ni, minat dan keinginan terdorong ke arah melancong/mengembara pulak! (dengan mengikut bajet yang ada). Penting juga melihat keadaan cuti semasa yang perlu diperuntukkan ke arah itu - almaklumlah masih makan gaji, segala perkara perlu diambil kira. Apa pun perancangan awal dari segi kesesuaian masa, bajet dan destinasi yang diingini perlu dtekankan. Bagi menambah 'rasa' dan keinginan untuk melancong, paling kurang beli dan bacalah buku-buku berkaitan pengembara solo/backpackers yang pernah ke tempat-tempat yang ingin kita pergi atau tak dapat kita pergi, ye dak! Untuk mengembara secara solo ke berdua rasanya belum mampu untuk ke tempat-tempat yang mencabar (kecuali Indonesia, serumpun, ada sikit beranilah!).

Tahun ni saja adalah dua tiga tempat menjadi sasaran untuk dilawati. Masa ni jugaklah ada kengkawan dan nenek saudara mengajak juga ke destinasi berbeza. Alamak! Memang menguji minda dan keinginan! Masa dan bajet memang wajib kutitikberatkan! Perancangan melancong/mengembara tahun 2018 memang telah dirancang pada awal tahun 2017. Sebab itulah perancangan awal perlu dititikberatkan agar tidak mengganggu tugas hakiki. Moh lihat antara buku yang sempat dibeli untuk menambah keinginan melancong/mengembara.

Buku ni tak dan beli...tengok dan snap je dulu...
Kalau pergi MPH memang suka cari buku cenggini (sebelah kiri) dan
buku sebelah kanan tu sebagai selingan untuk menambah ilmu.
Hah...buku-buku nih dapat beli masa tengah murah. Ada 14 buah dan dapat beli seunit
dengan harga RM10 sahaja. Dengan pantasnya ku ambil peluang memborongnya.
Lihatlah dunia. Bahagia betul. Alhamdulillah. Setakat nih dah 9 buah habis dibaca.

 

Antara tandatangan penulis buku yang sempat dibuat oleh mereka. Alhamdulillah.

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...