KABARE? Semoga semuanya baik-baik aje.
Bersyukurlah kita dipanjangkan usia, diberi kesihatan yang baik dan diberi kesempatan untuk beramal dan menjalankan kehidupan di dunia yang sementara ini. Pejam celik pejam celik dah memasuki tahun 2018/1439H. Alhamdulillah. Tahun 2018 juga memasuki tahun ke-15 berkhidmat di DBP, organisasi tercinta dan tahun kelapan di perantauan! Ada orang tanya, ko tak nak balik KL ke Su? Nak jawab macam mana pun tak tahu. Apa pun bergantung pada khidmat encik suami yang masih diperlukan di sini. Kalau encik suami dapat balik, I on jer, ye dak! Hehe...Apa pun bekerjalah sebagai satu ibadat. Ada baiknya juga bila kita berhijrah dan duduk jauh di perantauan (seberang laut jugak kan!). Banyak mengajar erti kesabaran dan keseronokan tetap ada. Cuma jauh daripada keluarga dan kalau nak balik, opkoslah kena naik belon! Unsur-unsur kos di situ memang perlu diambil kira.
Dan tahun 2018 juga memasuki umur empat siri! Allahuakbar. Alhamdulillah. Pada umur inilah juga sebagai penanda aras sikap dan amalan kita bagaimana? Lebih baik atau sebaliknya. Mudah-mudahan Allah SWT sentiasa memberiku dan sahabatku sekalian petunjuk dan hidayah, menetapkan hati-hati yang lalai ini untuk lebih beramal, berbuat kebaikan dan bersedekah, hormat pada suami dan orang lain, hidup dan mati dalam iman dan beriman kepada ALLAH SWT. Sesungguhnya Allah SWT sebaik-baik Perancang dan Maha Penyayang lagi Mengasihani.
Dah memasuki umur empat siri ni, minat dan keinginan terdorong ke arah melancong/mengembara pulak! (dengan mengikut bajet yang ada). Penting juga melihat keadaan cuti semasa yang perlu diperuntukkan ke arah itu - almaklumlah masih makan gaji, segala perkara perlu diambil kira. Apa pun perancangan awal dari segi kesesuaian masa, bajet dan destinasi yang diingini perlu dtekankan. Bagi menambah 'rasa' dan keinginan untuk melancong, paling kurang beli dan bacalah buku-buku berkaitan pengembara solo/backpackers yang pernah ke tempat-tempat yang ingin kita pergi atau tak dapat kita pergi, ye dak! Untuk mengembara secara solo ke berdua rasanya belum mampu untuk ke tempat-tempat yang mencabar (kecuali Indonesia, serumpun, ada sikit beranilah!).
Tahun ni saja adalah dua tiga tempat menjadi sasaran untuk dilawati. Masa ni jugaklah ada kengkawan dan nenek saudara mengajak juga ke destinasi berbeza. Alamak! Memang menguji minda dan keinginan! Masa dan bajet memang wajib kutitikberatkan! Perancangan melancong/mengembara tahun 2018 memang telah dirancang pada awal tahun 2017. Sebab itulah perancangan awal perlu dititikberatkan agar tidak mengganggu tugas hakiki. Moh lihat antara buku yang sempat dibeli untuk menambah keinginan melancong/mengembara.
Buku ni tak dan beli...tengok dan snap je dulu... |
Kalau pergi MPH memang suka cari buku cenggini (sebelah kiri) dan buku sebelah kanan tu sebagai selingan untuk menambah ilmu. |
Hah...buku-buku nih dapat beli masa tengah murah. Ada 14 buah dan dapat beli seunit dengan harga RM10 sahaja. Dengan pantasnya ku ambil peluang memborongnya. |
Lihatlah dunia. Bahagia betul. Alhamdulillah. Setakat nih dah 9 buah habis dibaca. |
Antara tandatangan penulis buku yang sempat dibuat oleh mereka. Alhamdulillah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan