Atas : Nasi kerabu Milah ala Siam (Bandar Bukit Mahkota) - ada cakar/kaki ayam..dap!
Bawah: Nasi kerabu Beserah - ada paru/lempung...dap!
Laksa air tangan encik suami...dap!
Lakas Johor air tangan kak Midah...dap!
Kek coklat kebenda ntah (SR)...janji sedap ada taburan kacang pitascio!
Gambar kiri: Pai Ti ala pizza hut..dap!
Gambar kanan dan adik-beradik yang dua bawah tu sama je menunya (hidangan versi berbeza) - Asam Laksa Penang di SR epot. Memang peberet aku. Boleh licin semangkuk kalau datang lapar..dap! Dengan ketulan ikannya yang best, hirisan bunga kantannya yang ummph! Memang terbaik! Dap!
Sebelum minat asam laksa tuh, memang minat kat mi karinya yang sedap jugak...dap!
Nasi lemak kat Kopi O Corner, Satok, Kuching. Bolehlah layan sekali-sekala. Sambalnya sedap. Boleh minta lauk tambahan - sambal sotong kembangnya atau ayam goreng berempah memang best. Dap!
Hidangan bawah ni kalau balik kampungku, kalau teringin sangat makan masakan bening
dan ikan masin kapak/sambal bilis pedas...memang terangkat! Dap!
Sesekali balik Pahang, memang baham ketupat dan serunding...Dap!
Tetiba tekak nak makan petai..order menu yang ada petai. Jadiklah makan nasi dengan lauk daging masak black pepper/daun basil dan petai di Restoran Wok...dap!
Pelik-pelik je kan nama durian...sebab nak makan..layankan je.
Sehinggakan buah nona sebelah tak dipandang pun...hehe.
Udang merah katanya..tapi tak boleh lawan Raja Musang!
Masa jelajah Kuala Pilah-Batu Kikir dapatlah singgah tepi jalan jap. Bukan beli itik salai pun, beli dua berkas penapu lidi..haha. Tapi memang banyak beno itik, mak itik, daging salai dll dijual sepanjang jalan, sampai tak tahu nak pilih yang mana! Risiko kalau datang menyinggah tepi jalan, tudung dan baju berbau asap sebab aktiviti penyalaian sedang dijalankan!
Dah alang-alang tuh, singgah minum cendol durian Waghih dekat Juasseh.
Cendolnya sedap tak manis sangat, ditambah dengan dua ulas/ketul durian. Oklah rasanya.
Harga!! RM7-9 semangkuk. Kalau 10 orang makan!
Gambar Bawah: Rupa tak menarik, tapi kali pertama dalam hidup aku rebus daging dan tulang, ingatkan mudah, rupanya renyah dan lama (dahlah nak makan untuk berbuka, sebab nak makan juga, layankan je). Alhamdulillah sejam je dah empuk sebab letak sudu besi kot. Pastu urusan masak supnya, encik suami yang buat - aku dah siapkan bahan-bahan rempahnya. Alhamdulillah sedap! Sebelah sup, bawang putih goreng, akak suka!
Ganbar bawah nih, mihun sup versi encik suami yang kreatif. Dap!
Atas: Ikan Tahai popular di Lawas (ikan salai)
Bawah: Sambal ikan tahai. Buang tulang, kulit dan kepalanya,
ambik isi dan tumbuk dengan cili api dan sedikit belacan.
Bawah: Sesar Unjur (udang tegak). Sebab apa tegak, sebab disalai, jadiklah macam tuh!
Sedap dimakan begitu sahaja macam makan snek/jajan.
Tak tahu nak masak apa, kita goreng sahaja itu lobster...dap!
Atas: Nasi ayam masak butter berlada (encik suami punya)
Bawah kiri: Nasi seafood paprik kot (aku punya)
Bawah kanan: onde-onde atau kuih bom, bapak besar dari duit 50 sen tuh-inti butter..dap!
Rajin sikit: buat jeruk pedas - epal dan jambu batu
Bawah: Bubur butir nangka, air tangan encik suami
(terlebih rasa pandan - Alhmdulillah ok je rasanya)
Teringin nak makan sotong kecik-kecik, masak pedas dengan kacang panjang...dap!
Pebenda nama pun lupa..nama arab..Saurosa ke apa...sori bang...lupa nama plak,
macam sambal tomato hancur pastu bubuh telur kat atasnya...dap!
Bawah: Asam laksa di kedai biasa..oklah rasanya!
Jumpa kedai yang jual roti kacang phool (Johor) kat sini..ok jugak rasanya..dap!
Kiri: Mi kolok kegemaran - hanya ada di Serikin. Dap!
Kanan: Nasi Aruk pakej (nasi goreng kurang minyak) nak yang biasa atau letak seafood...dap!
Bawah: Spageti bebola daging kat SR kot..oklah rasanya
Potongan ayam di pizza hut...dap!
Pizza banyak jejari cheese...dap!
Macam biasa...sup kimchi kiri dan set buldogi kanan..konyang amat. Makan salah satu je pun dah ok tapi sebab nak sup kimchi tu jugak, rasa kenyang amat plak....dap!
Nampak kepingan jeruk ni dalam fb je, pastu jumpa dan beli, dapat makan lagi, alhamdulillah dap!
Bawah: Nampak biasa je kan ikan aya masak singgang ni, tapi rasanya memang superb,
hasil air tangan encik suami. Memang terbaik! Cukup bahan dan cukup rasa.
Nak harap aku masak..huhu..lambat cerita!
Kuih abuk-abuk yang dah lama aku tak makan. Bila nampak Linda Misran buat, terus je aku minta beberapa butir dan berkebetulan aku ada kat KL. Alhamdulillah kalau dah rezeki takkan ke mana. Terima kasih Allah.
Bawah: Ni pau ayam bantat namanya. Saja je tunjuk. Sanggup jual hasil pau yang macam tuh.
Dahlah intinya pun tak seberapa, harganya pula mahal! (RM2.50 seketul)
Balik Pahang, Opkoslah makan ikan patin masak tempoyak kat hentian Rehat dan Rawat Temerloh. Makan dengan sambal belacan dan nasi je pun dah memang sedap dan terangkat! Dap!
Kemudian, cari sata. Alhamdulillah dapat port yang yang jual sedap,
besar isinya dan murah - di Tanjung Lumpur. Layan.
Ada jual pulak Puding Raja (tak sempat makan sebab dah kenyang)
Masa balik KL hari tuh, sempatlah Mie dan Ida bawa kami pergi minum Kopi Manshor dekat Paroi. Kalau dari Bukit Mahkota dekat je sebab ikut jalan belakang - Nilai dan kemudian highway Lekas. Selain kopi, ada minuman dan makanan lain yang turut dijual. Dibuka petang sampai malam. Pagi pun baru ada dibuka untuk sarapan.
Sampai melimpah keluar airnya..memang trademark mereka!
Harga memang Kow lah (RM7 secawan) sebab setanding dengan rasanya yang sedap dan pekat!
Bawah: Nasi lemak ayam goreng berempah...Dap!
Boleh makan mi rebus, sup tulang dll. Wajib cuba!
Atas: Maggie kari satu! Dap!
Atas: Nasi kerabu udang galah tido namanya..hehe... Alhamdulillah. Sebekas RM10. Dap!
Atas: Nasi ayam...sedap juga rasanya - sepinggan RM5
Atas: Nasi Kukus Kambing Bakar...Dap! - Set RM13.50 jika tak silap!
Tas: Ambal/pepahat/siput buluh masak ala kari..Dap!
Atas: Kerabu magie - guna magi Thailand..oklah rasanya (aku buat)
Atas: Set Miang Kham..hasil kerajinan tangan Madam dan
sambal/kuah manis oleh kak Monie (opkos!)
Bawah: Hasil air tangan kak Alijah yang masak superb sedap!
Bawah: Terima kasih Madam, Kak Alijah dan Che Cah sebab sudi jemput kami (aku dan Lily yang sempat pergi) ke rumah anak Madam (yang baru bersalin). Seronok dapat jumpa depa, makan-makan dan borak. Kak Mel pun ada datang sekali. Tak sempat makan browniesnya yang sedap!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan