Warna-warni perbarisan bersempena hari lahir TYT Negeri Sarawak. Melalui latihan raptai tiga hari dalam cuaca yang tidak menentu dan muka berbelang...hehe. Raptai mulai 5 September 2017, kemudian 6 dan 7 September 2017 serta hari kejadian sebenar pada 9 September 2017. Penat memang penat tapi seronok sebab dapat pengalaman berharga. Kiranya ni kali ketiga aku sertai perbarisan seperti ini selama mana bermastautin di bumi Sarawak.
Hari Pertama 5-9-17
Cuaca elok je sebelah petang..panas lit lit...
muka ceria walaupun penat
Hari Ketiga 7-9-17
Mendung datang...
Gerimis mengundang...lihatlah baju kami...hehe
Kemudian mendung pergi...
Beza gaya posing...posing kak Nin lagi menarik berbanding aku...haha
Jika hujan berterusan, majlis akan diadakan dalam dewan besar (seronok gak sebab tak
semua akan terlibat dan yang tak terlibat boleh duduk kat kerusi yang disediakan)
Hari Sebenar 9-9-17semua akan terlibat dan yang tak terlibat boleh duduk kat kerusi yang disediakan)
Pada hari kejadian sebenar hujan dah elok je, dapatlah buat majlis dalam dewan. Tapi hujan berhenti sebelum pukul 8.00 pagi (sebelum tetamu VIP datang). Makanya berbaris di tempat asal sahaja.
Muka dah mula golap...
Usai berbaris...
Bersama-sama pengarah...
berbaris dan melalui tanah merah...
pakai kasut yang sama corak dan bentuk...
semasa berdiri...buka kasut walaupun lantai rasa panas...penat weii...
Kawasan kolam renang. Tempat perbarisan bersebelahan dengan bangunan kolam renang Pandalela Renong. Dapat lihat kawasan ni bila pergi ke tandas di hujung nun-jauh menapak. Sekian kisah keindahan kami pada kali ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan