Khamis, 16 November 2017

Keindahan 2

Selingan gambar lagi untuk lihat keindahan alam. Pokok letup-letup yang hidup subur kat pagar belakang rumah. Bila buahnya dah kuning/oren, dapatlah petik dan makan. Rasa buah macam makan buah susu/markisa. Cuma isinya sikit je dan manis. Ni buah zaman dahulu kala, banyak tumbuh kat tepi-tepi jalan. Ada peluang dan rezeki, dapatlah memakannya.

Yang ni plak gambar lari tajuk dengan pokok tapi masih dalam konteks keindahan..hehe. Cantik kan lampu gergasi nih? Macam berada di angkasa lepas pulak...

Gambar bawah ni pulak pokok yang ditanam dalam bekas jaring kipas. Cantik dan kreatif. Jambangan pokok ni kami dapat lihat semasa gi kenduri haji- Kak Rahani dan suaminya menunaikan haji dan sebelum tu buat majlis makan doa selamat. Adalah kami pergi memberi sokongan dan doa buat beliau dan suaminya. Alhamdulillah mereka dah selamat pergi dan pulang mengerjakan haji (gambar baru keluar).

 Kami - Sha, Ija dan Su
Baju biru bawah : Kak Rahani

  Antara sahabat handai dan saudara mara yang turut sama hadir merai.
 Dinamakan hidangan makan secara seperah (makan berempat). Alhamdulillah lauk-pauk kampung yang sedap. Ayam masak merah, daging masak hitam, acar buat, sayur umbut kealap dan gulai perut.
 Banje satu gambar, dua gadis jelita yang ayu berposing sebelum makan 
(Satu keindahan juga kan! Baru datang lebih selera makan).
Gambar selingan:
Sarah Mardhiah, anak kedua kepada sepupu encik suami. Comel dan mata boolat. Geram sama kamu! Satu keindahan yang nyata. Alhamdulillah.

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...