Kita lihat keindahan bangunan dan sekitarnya pulak. Masa balik KL hari tu, sempat gak meninjau UiTM Somban (dekat Somban 3 dan terletak dalam kawasan perumahan dan bangunan kedai-jalan nak ke Port Dickson). Manalah tahu encik suami dapat pindah betul, senang sebab dah tahu tempat. Kalau nak beli rumah situ pun macam best jer..hehe. Hmm.nampaknya tertangguh lagi perpindahan encik suami buat sementara sebab memberi laluan kepada Ustazah Aisyah dahulu. Semua yang berlaku adalah Ketentuan-Nya.
Pintu masuk UiTM Somban. Sebelahnya ada bangunan belum siap.
Bentuk rabung kat papan tanda pun menunjukkan identiti N9...hehe
Dewan makan dia punya bosa...hehe
Asrama pelajar
Perpustakaan
Pintu keluar
Selepas ke UiTM Somban, kita lihat plak kedai yang menjual barang-barang Arab yang baru dibuka di Bandar Sri Putra. Mudahlah kalau nak beli kurma bagai. Nak masak nasi Arab lagilah mudah, gitu! Alhamdulillah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan