Jom...jom...sambung lagi. Selingan jap. Kemalasan itu indah! Gambar bawah : Kek lapis pun kena pakai tali pinggang keledar. Hehe. Sebab berat bungkusan hampir menyamai berat manusia kot, bila diletakkan sebelah pemandu, kena pakai juga tali pinggang. Pada mulanya, hairan juga sebab asyik berbunyi je amaran dalam kereta agar dipasangkan tali pinggang walhal takde penumpang kat sebelah. Rupanya bungkusan kek tu perlu dipasangkan tali keledar, selepas dipasangkan barulah bunyi amaran berhenti. Pelik tapi lucu dan benar!
Gambar bawah plak..hasil pemanduan dalam hujan, didapati beberapa ekor nyamuk terbunuh!
Sian depa! Ok dah, kata selingan kan? Hehe...
Pastu cerita beraya ke rumah mantan toke kantin. Alhamdulillah dapat makan tengah hari dan makan kuih sedap-sedap. Terima kasih Kak Mariam dan keluarga atas kesempatan, jamuan dan silaturahim yang dibina. Semoga kak Mariam terus cemerlang, sihat dan maju jaya.
Terima kasih kak Yam!
Aksi swafoto yang tidak berkesudahan! Hehe...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan