11.11.2017
Berpeluang pergi ke tapak pesta/perasmian jambatan gantung yang menjadi mercu tanda baharu di Tebingan Kuching - bersebelahan dengan Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak. Kami pergi sebelah pagi dan tak sanggup sebelah malam kerana majlis perasmian betul-betul pada sebelah malamnya di samping perlawanan regata. Tetapi! Belum sempat naik sebab masa ni ditutup untuk orang awam. Selepas perasmian baru dibuka untuk semua. Namun, sayangnya belum lagi berkesempatan menjejak semula ke sini!
Interprem lagi....hehe |
Selingan
Sambungan latar deko kedai MK Classico yang sempat dirakam semasa makan-makan meraikan kawan encik suami. Kali ni jom lihat deko yang digantung bagi menarik perhatian pengunjung.
Menggamit memori silam. Lahir tahun 1970-an kot. Mesti merasai/melalui TV seperti dalam gambar. Klasik sungguhlah! |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan