17 Mac 2019 (Ahad)
5.30 pagi Bangun awal, mandi dan solat.
Sarapan ringan dengan Kak Pah, air kopi cicah biskut. 8.20 pagi barulah sarapan
berat pulak, sosej, telur hancur dan roti. Selamat pagi semua!
9.15 pagi Bertolak ke Perkampungan Maori di Whakarewarewa
(Whakarewarewa Thermal Village). Diberi sedikit pengenalan tentang masyarakat
Maori (ada bahasa mereka sendiri) dan diminta menyebut perkataan yang panjang ...
“TEWHAKAREWAREWATANGAOTEOPETAUAAWAHIAO”.
Pukul 10.00 pagi baru boleh masuk ke kawasan tersebut dan dibawa oleh pemandu
pelancong mengelilingi perkampungan bersulfur, berasap dan panas. Puas berjalan
diminta pula melihat persembahan tarian orang Maori dalam masa setengah jam dan
dapatlah bergambar dengan mereka.
12.30 tengah hari Makan burger di Fuel
Burger. 1.15 tengah hari nak gi tengok kiwi, ikan trout dan binatang lain di Rainbow Springs Nature.
Dah layan
kawasan sekeliling, moh kite balik. Keluar dari tempat tu 3.00 petang dan balik
rumah penginapan untuk solat dan lepak. 6.10 petang Makan malam ala sandwich
dan salad.
Perut dah kenyang gi mandilah kan. Lepas solat maghrib, keluar sat
semula ke tasik Roturoa ambik angin malam dalam 45 minit. Kat sini, suasana
malam tak meriah sebab semua dah masuk rumah awal. Dah puas makan angin,
baliklah dan tido. Siap sedia untuk aktiviti hari esok pulak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan