20 Mac 2019 (Rabu)
6.45 pagi Sarapan awal, makan spageti malam
tadi. 8.30 pagi Daftar keluar dan bertolak ke Lake Tekapo. Sepanjang perjalanan melalui ladang yang luas dan
padang ragut untuk lembu dan bebiri makan, kuda pun ada, rel kereta api pun
ada! Ada juga waterforce yang berbentuk rel panjang yang membekalkan air
(menyembur) di padang ragut.
9.20 pagi Berhenti di tepi jalan untuk lepaskan hajat kak Min untuk bergambar dengan kelompok lembu NZ (Teringat Fernleaf, jenama susu dari NZ. Trademark NZ ialah burung Kiwi dan juga Fernleaf-daun pakis). Kami sempat singgah minum kopi di cafe yang ada di Gradline - sempat juga membeli poskad. Cantik cafe ni dan banyak menjual hasil dan produk tempatan.
9.20 pagi Berhenti di tepi jalan untuk lepaskan hajat kak Min untuk bergambar dengan kelompok lembu NZ (Teringat Fernleaf, jenama susu dari NZ. Trademark NZ ialah burung Kiwi dan juga Fernleaf-daun pakis). Kami sempat singgah minum kopi di cafe yang ada di Gradline - sempat juga membeli poskad. Cantik cafe ni dan banyak menjual hasil dan produk tempatan.
Hasil seni bidikan henpon kak Yati...cantik... |
3.30 petang Selesai makan dan bertolak ke banjaran
Mount Cook. Sepanjang perjalanan memang teruja dengan pemandangan yang cantik,
banjaran gunung dan tasik yang membiru.
4.30 petang Mula berjalan di kaki
gunung Cook, tapi kami hanya mampu berjalan sekerat jalan jer di Hooker Valley Tracks (tak sampai sekerat
kot sebab nak sampai ke poin utama mengambil masa tiga jam pergi dan balik, nak
sampai jambatan pertama pun ambik masa setengah jam pergi dan balik). Jadiklah
dapat bergambar di sekitar kaki gunung yang sememangnya cantik. Subhanallah.
Kak Yati dan Adri sahaja yang sanggup dan teruja pergi ke poin utama.
macam pelakon drama tv dak? hihi... |
Hasil bidikan henpon daripada Kak Yati dan Adri yang berjaya menikmati perjalanan dan pendakian selama 3 jam ke Gunung Cook. Terima kasih Kak Yati...
5.00 petang kami pulang dahulu ke motel dan
Akish akan ambil Kak Yati dan Adri kemudian, usai mendaki. Kami hanya sempat
singgah di dua check point untuk menikmati keindahan tasik Pukaki dan Gunung
Cook.
6.10 petang sampai di Twizer motel High
Country Motel and Backpackers, 23 Mackenzie Drive, Twizel (penginapan
kelima) dan mengambil bilik masing-masing (3 orang sebilik). Kami solat
jamak qasar dan menunggu lauk dipanaskan. Sementara itu, dapatlah mandi dan
solat maghrib dan isyak. 9.00 malam makan sama setelah kak Yati dan Adri sampai
di motel. Masuk tidur 12.30 malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan