Bahagian 1
14 Mac 2019 (Khamis)
Masa yang dinanti telah tiba. Perancangan dan
penabungan kos ke NZ telah dibuat beberapa bulan sudah. Kembara ke NZ kali ni
lama juga (15-25 Mac 2019), bertolak 14 Mac 2019 (11.40 malam) dan mendarat di
KLIA semula pada 26 Mac 2019 (5.50 pagi). Makanya, ku sudah berada di KL sejak
malam tadi. Kali ni perlu pergi awal ke KLIA (sebelum maghrib) takut
kawan-kawan lain lama menanti. Encik suami dah berlepas ke Melbourne selepas
Subuh lagi sebab penerbangannya pukul 10.30 pagi. Nampaknya destinasi kami berbeza,
sorang dah rancang lama sorang lagi tiba-tiba nak ke Melbourne-syukur ada
kawannya di sana.
Layan aci jual betik jap..hehe |
Kali ini kembara kami sembilan orang menaiki
penerbangan MAS. Grup lebih kurang sama di Balkan dulu, Kak Latipah, Kak
Norasma dan adiknya kak Yati, Kak Rusni, Kak Yasmin, Kak Sham, Kak Sepawan dan
Adriana (kawan kak Yati dari Itali). Hampir 35 minit menunggu, masuklah kami ke
perut kapal dan terbang tepat 11.30 malam. Bertabahlah 10 jam 10 minit duduk
dalam kapal. Semoga perjalanan kembara kami selamat sampai ke destinasinya.
Bumi Auckland kami datang!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan