Khamis, 3 Oktober 2019

Hari Raya 2019/1440H

Assalamualaikum sahabat semua.
Selamat datang bulan Oktober. Semoga baik-baik je untuk bulan ini (walaupun hakikatnya sedang dilanda kebimbangan! Semoga Allah SWT memberi pertolongan dan ketenangan hati buat diriku yang kerdil ini). Seperti semua maklum, bulan Oktober juga ialah bulan Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan 2019 (DBP). Masing-masing agak sibuk dengan tugasan masing-masing.

Nak cerita yang lain sebenarnya. Seringkas yang boleh. Janji ada gambar. Nak juga masukkan gambar Hari Raya Aidilfitri 2019/1440H. Alhamdulillah semua adik-beradik dapat berkumpul pada tahun ini. Tema warna baju araya tahun ni ialah warna biru tua (namun juga ada warna hijau kekuningan). Dapat juga beraya dengan nenek, sepupu, makcik pakcik sedara di rumah nenek. Sempat juga bergambar pada hari raya kedua dengan memanggil jurugambar datang ke rumah (sebab tu nampak beza warna baju abah!). Jom layankan.
  
 
 
  
  
 
 


Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...