Khamis, 3 Oktober 2019

Nasi Lemak Bunian dan Itik Salai Mastar

6 Julai 2019
Jom layankan jalan-jalan cari makan kat tempat tular - Nasi Lemak Bunian. Ada dekat-dekat Teras Jernang. Gigih keluar awal dalam pukul 7.00 pagi pun dah banyak kereta yang datang. Yang beratur pun agak panjang dah. Konsepnya, sorang kena cop meja, sorang lagi beratur untuk ambik pesanan. Dah buat pesanan dan bayaran, mereka akan hantar ke meja. Sian pada keluarga yang bawak anak-anak. Kawasan warung ni dekat kawasan perumahan dan agak tersorok serta berbukit, sebab itu dipanggil warung nasi lemak bunian! Dah namanya tular kans...layankan ajer. Rasanya sedaplah juga. Nasi lemak dibungkus telur dan diletakkan sambal bilis dan timun. Ada juga dijual roti canai. Namun nak pergi sekali lagi, perlu lagi awal nampaknya. 
 
Pastu jalan-jalan jap, carik tempat makan tular yang lain. Jom pi makan nasi dekat Itik Salai Mastar di Sungai Ramal Dalam, dekat dengan BBBangi (PKNS) dan dbuka pukul 11.00 pagi hingga 11.00 malam. Kami pilih untuk makan itik salai masak lemak cili api, ulam-ulaman dan air lai ci kang gelas besar (cukup rasa memang sedap). Alhamdulllah sedap makan kat sini, pelbagai pilihan ulam, sambal hijau pedas, sambal belacan dan harganya berbaloi. Ada juga hidangan masak lemak cili apa yang lain seperti daging salai masak cili api. Tempe goreng pun hado. Pastu layankan kuih keria dekat depan medan selera. Itulah penangan makanan tular, kalau boleh semua nak cuba. Kalau sedap, boleh ulang makan lagi!
 
 
 
 
 

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...