Khamis, 3 Oktober 2019

Mari belajar buat kuih bulan

25 Ogos 2019
Tahun ni menyambut hari lahir dalam negara jer (haha berlagak..yelah sebelum ini sambut kat Tasmania, gituh!). Lagi sedih sambut sorang-sorang kat Kuching. Moh buang jauh-jauh kesedihan itu,  kita gi belajar buah kuih bulan kat Kolej Komuniti Kuching. Kiranya kuih bulan pengganti kek lah ye..hehe. Cikgu ajar kami guna tepung kek bulan namun kejadiannya agak tak memberansangkan. Cikgu pesan lain masa guna tepung gandum biasa je. Cara membuatnya, beli inti kacang ke, durian ke dan sebagainya, ditimbang dan dibulat-bulatkan sebelum dibalut dan dibentuk guna pencetak. Selepas itu, bancuh adunan tepung/kulit untuk inti. Uli agak sebati dan dibulatkan dan digelek nipis untuk masukkan inti, balut dan tekap dengan pencetak. Pastu boleh bakar dalam masa 15 minit. Lagi lama bertahan kuih ni, lagi sedap katanya. Resepi dah ada, namun nak buat lagi tunggu kerajinan datang ye. Sis cuba ye.
 
 
 
 
 

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...