Khamis, 10 Mac 2016

AAA

Nak mula dari mana ek...Kak Aida dah buat ulasan tentang buku nih. Boleh lihat url beliau (http://aida1476.blogspot.my/2016/03/ulasan-buku-anak-anak-abah.html). Pengarang buku ni tak lain tak bukan ialah saudara Nazali Noor (atau Oon panggilan manja dalam keluarga). Buku terbitan Alaf21/ Karangkraf ini ialah kesinambungan dari Ulu Yam di Liverpool (UYDL) dan Ulu Yam di Liverpool2 (UYDL2). Kini beliau bertugas sebagai Pensyarah Kanan Liverpool John Moores University di Liverpool. Mempunyai isteri yang cantik, manis dan bijak. Anak-anak seramai lima orang (Najwa, Najman, Najmi, Adam dan Awwab) menjadi pelengkap hidupnya. Bagaimana Najwa yang bijak dan menjadi kesayangan neneknya, begitu juga anak-anak yang lain mempunyai kelebihan dan keletah masing-masing dan semuanya kiut-miut lalu dirakam dalam buku Anak-anak Abah (AAA).

Baginya, setiap masa ialah momen yang penting apabila dapat melihat dan melayan anak-anak yang sedang membesar di depan mata (jika di Malaysia, dapat jumpa anak awal pagi atau lewat malam dek tuntutan kerja). Untuk buku AAA ini, kubeli buku kulit tebal (harga RM45.00) berserta pakej pembelian yang lain, baju muslimah, FM, kata-kata motivasi penulis).

warna buku dll merah menyala seperti semangat kehidupan Abang Naz sekeluarga...

nak menempek gak kat blog ekk...
terus minta tolong kawan untuk merakam momen ini.
Teruja walaupun buku AAA dll dipos daripada Shah Alam
dan tuannya jauh di Liverpool..hehe

Buku-buku motivasi tulisan beliau telah dicetak ulang beberapa kali pada tahun yang sama (2014)- UYDL (tiga kali cetak ulang) dan UYDL2 (2 kali cetak ulang). Satu pencapaian yang baik. Buku-buku ditulis beliau berdasarkan pengalaman kehidupan yang cukup mencabar. Ayahnya seorang polis dan maknya suri rumah dan beliau merupakan anak bongsu dalam keluarga serta rapat dengan arwah emaknya. Kisah bagaimana pengalaman masa kecilnya, bagaimana ketegasan ayahnya dan kasih sayang maknya yang tidak berbelah bahagi dan ukhuwah antara keluarganya. Pernah bercita-cita nak ke luar negara-London dan arwah emaknya yakin beliau akan ke sana suatu masa nanti. Impiannya menjadi kenyataan dengan keputusannya untuk berhijrah ke Liverpool selepas beberapa tahun kerja di KL dan juga menjadi pensyarah di UHTM (...kerana setiap daripada kita berhak menikmati kehidupan yang lebih baik dari semalam). 

Daripada status anak kampung lalu berhijrah menjadi orang putih 'celup' yang banyak meningkatkan motivasi dan keupayaan diri untuk terus berjaya. Membina kehidupan berkeluarga sebagai anak rantau, banyak mengajar mereka untuk bersabar, berusaha, berhemah dan saling sayang-menyayang. itulah kehidupan bahagia bagi Abang Naz sekeluarga.

Pandanganku, buku UYDL dan UYDL2 lebih mendalam dan berkesan meruntun hati pembacanya berbanding AAA. Tidak pernah kenal pustus asa, hormat dan sayang keluarganya. Beliau beruntung dapat mengahwini seorang insan yang banyak berkorban untuknya - Kak Ain. Kak Ain merupakan seorang isteri yang baik, taat, sabar, bijak dalam matematik, mahir mengatur hal kewangan dan keluarga serta menjadi tulang belakang atas kejayaan Abang Naz.  Ku amat mengagumi Kak Ain, sanggup berhenti kerja dan menjadi suri rumah walaupun mempunyai kelulusan tinggi dan bijak pulak tuh. Tunggu kemunculan buku daripada Abang Naz yang bercerita tentang istimewa suri hatinya Ain di matanya, iaitu selepas terbitnya AAA. Paling tidak boleh lupa, selepas bersalin anak pertama, Kak Ain terpaksa menaiki lori (kebetulan lori saudaranya) untuk berpantang di kampung (Kedah). Bayangkan selepas 2-3 hari dalam keadaan lemah terpaksa naik lori dan dilapik dengan bantal sahaja (kereta Abang Naz bermasalah ketika dalam perjalanan). Itulah salah satu momen yang dapat meruntun hati pembacanya.

'Bacalah dari hati, ini kerana cerita kita", Nak tahu ceritanya yang panjang, bacalah UYDL dan UYDL2  serta AAA dan anda semua akan dapat menilai pengalaman dan perjalanan hidup yang dapat memberi motivasi buat kita semua. Tak sia-sia beliau menulis walaupun Abang Naz tiada pengalaman menulis buku (Kehidupan-Kerjaya-Keluarga-Masyarakat).  Rugi kalau tak baca!

Travelog Hijrah-Best seller.
Kubeli kulit lembut
UYDL (RM19.90)
UYDL2 (RM35.00)
p/s: Maafkan saya Kak Suzanti, ulasan saya kurang lengkap berbanding kak Aida...hihi

6 ulasan:

Sue Abd Aziz berkata...

Su, buku cerita ke ni? Atau buku motivasi?

Siti Suhana berkata...

Buku motivasi kak (ni cerita ttg anak-anaknya)..tulisan Nazali Noor dr Mancsester United tuh. Ni buku ketiga. Kan ada buku Dari Ulu Coh (ke apa tuh) Ke Mancester Siri 1 dan 2. Maaflah tak sempat menulis entri lagi..hehe. Nanti saya cerita ttg buku2 beliau k...hehe

Siti Suhana berkata...

haha..kak..saya bagi info salah kak..tajuk bukunya sebelum ni ialah Dari Ulu Yam ke Liverpool..dalam blog kak Aida ada cerita ni..kak boleh baca dulu..hehe
http://aida1476.blogspot.my/2016/03/ulasan-buku-anak-anak-abah.html

Unknown berkata...

k.sue....saya kenal sangat dgn penulis buku ni..dulu sekali attend kursus BTN 2007 sblm fly dan biasa ke rumah dia di liverpool dan dia biasa ke rumah kami di manchester...he is srong man same goes to his wife...adoer both of the,...dah beli buku AAA ni tp belum sempat ulas lagi....(rasanay kalau ulas pun ada bais sbb mmg kenal sgt dgn penulis hehehehe....)

Unknown berkata...

typo error...He is strong man....

adore both of them...

sorry..kalut taip

Siti Suhana berkata...

Haha..takpe..mama5H meme kalut sbb busy..kak faham.
Itulah dik..kak suka baca part pengorbanan isterinya. Memang kagum sangat, dahlah bijak, baik, sanggup berkorban utk suami dan anak-anak (jadi surirumah yang awesome). Bagaimana isteri sebagai kapten mengemudi keluarga-kewangan-hal sekolah dan kebajikan anak2, apatah lagi menjadi pendokong setia kepada suaminya. Abang Naz lagilah memang seorang yang baik (karektor anak bongsu gamaknya)...suka membantu, family man...

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...