Isnin, 28 Mac 2016

Tudung Keringkam

Wujudnya entri ni bukannya apa. Kebetulan pergi ke satu majlis, orang dok pakai tudung keringkam atau selayah nih (sebagai satu prestij dan lambang warisan budaya yang masih dipertahankan). Waima di pejabat pun, ada yang bercerita tentang warisan budaya Sarawak ni. Nak beli rasanya belum dapat sebab harganya sekitar RM500 dan ke atas. Ku tak larat nak bercerita. Meh kutunjuk modelnya dan artikel berkaitan keringkam.

Melalui Wikipedia "Tudung keringkam atau Selayah adalah skarf tradisional yang dipakai oleh wanita Sarawak dan Brunei semasa majlis khas seperti majlis perkahwinan dan perayaan.[1] Ia biasanya dijahit dengan benang emas atau perak dan menggunakan motif sulaman bunga-bungaan dan tumbuh -tumbuhan seperti bunga tanjung, bunga ros dan pucuk rebung di atas kain jenis bawal atau yang lebih berkualiti kain kasa rubiah. Tudung keringkam tradisional adalah pendek, berukuran 54 cm x 95 cm dan dihasilkan dengan menggunakan kain jojet nipis atau sintatik. Reka bentuk dan sulamannya yang halus menonjolkan hasil seni dengan sedikit sentuhan kemewahan. Tudung keringkam sering dikenakan oleh wanita bangsawan semasa majlis rasmi bersama kain songket pada 1960-an. Tradisi menjahit tudung keringkam kini semakin ditelan zaman disebabkan generasi yang lebih tua yang pakar dalam tudung Keringkam kini sangat sedikit bilangannya."

Walaupun berhijab, keringkam akan dipasang atas kepala sebagai hiasan wanita...

Selendang keringkam lambang status wanita Sarawak

Selendang yang diperbuat daripada kain lembut dan dihiasi dengan sulaman daripada keringkam iaitu benang halus berwarna emas dan perak tetapi keras seperti aluminium merupakan salah satu selendang tradisional wanita Melayu di Bumi Kenyalang. Pada zaman dahulu, hanya golongan bangsawan dan orang kaya sahaja yang mampu memakai selendang keringkam kerana harganya amat mahal. Justeru, bukan sesuatu yang menghairankan sekiranya selendang keringkam dikaitkan dengan status tinggi si pemakainya.
Joharah Othman, 59, memberitahu, keadaan ini bagaimanapun sudah berubah apabila selendang keringkam banyak dipakai oleh pengantin dan tetamu yang menghadiri majlis-majlis kenduri ketika ini. Wanita yang mewarisi seni membuat selendang keringkam daripada ibunya sejak berusia 18 tahun mengakui bukan mudah untuk menyulam bunga-bunga keringkam yang menarik tanpa bakat yang kreatif.
"Saya meminati seni membuat selendang keringkam sejak zaman saya masih anak dara lagi. "Minat dan bakat ini saya asah sehingga saya pandai menghasilkan pelbagai jenis bunga-bunga sulaman sehingga ke hari ini,'' katanya.
Selain menerima tempahan membuat selendang, Joharah memberitahu, beliau turut menerima upah menyulam bunga keringkam mengikut corak yang dikehendaki oleh pelanggan. Joharah yang mengusahakan perniagaan selendang keringkam secara kecil-kecilan mengenakan upah RM30 untuk menyulam satu kepala (satu ikat keringkam yang mengandungi kira-kira 17 benang). Selendang keringkam siap pula, biasa dijual pada harga antara RM65 hingga RM3,000 bergantung kepada jenis keringkam dan harga kain yang digunakan.
"Selendang keringkam emas dijual dengan harga lebih mahal iaitu RM3,000 kerana saya terpaksa membeli keringkam yang diimport khas dari India berharga RM45 setiap satu kepala. "Selendang keringkam tonji (perak) pula boleh dibeli dengan harga lebih murah iaitu RM200 kerana satu kepala keringkam tonji dijual dengan harga RM2,'' jelasnya.
Joharah yang mempunyai tujuh orang anak boleh berbangga apabila wang jualan tudung keringkam telah banyak meringankan beban suaminya, Awang Dolhan Awang Patra, 59, iaitu pesara Jabatan Kerja Raya untuk membesarkan anak-anak sehingga empat daripada mereka berjaya ke menara gading.
Beliau yang berhajat mewariskan seni membuat tudung keringkam kepada anak-anaknya boleh tersenyum apabila hajatnya itu sudah tercapai. Menurut wanita gigih ini, anak-anaknya juga mahir dan sering membantunya membuat tudung keringkam jika terdapat banyak permintaan daripada pelanggan.
"Anak-anak sering membantu sekiranya saya menerima banyak tempahan kerana membuat selendang keringkam memerlukan masa yang agak lama. "Sehelai selendang keringkam emas dan tonji misalnya, memerlukan masa kira-kira tiga minggu untuk menyiapkannya,'' katanya.
Mengenai para pelanggan, Joharah berkata, beliau menerima banyak tempahan daripada bakal pengantin, isteri-isteri orang kenamaan dari Sarawak dan Semenanjung. Menurutnya, kebanyakan isteri-isteri orang kenamaan menempah selendang keringkam untuk dipakai ke majlis rasmi atau dihadiahkan kepada kawan-kawan mereka. Mereka yang berminat membeli tudung keringkam Sarawak boleh menempahnya daripada Joharah di alamat 162, Jalan Haji Hashim Jaafar, Kampung Lintang Petra Jaya, 93050 Kuching atau menghubungi 082-441054.
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0729&pub=utusan_malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_05.htm#ixzz44Icok300 © Utusan Melayu (M) Bhd 

Gambar selingan di bawah semasa menghadiri Jamuan Minum Petang Anjuran Organisasi luar di BCCK. Cantik kan isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, Toh Puan Raghad Kurdi Taib.

2 ulasan:

kakmonie berkata...

Mahal tudung ni, kak pernah buat projek tentang tudung ni.. emas bib!

Siti Suhana berkata...

benang emas je kot..hihi..harga sekarang RM500 dan ke atas je kak..hehe
nak carik benangnya bukan mudah, nak carik yg susah nak putus bila tengah buat tuh.

Alamak, lum sempat bercerita lagik kak dah komen..hehe

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...