Isnin, 28 Mac 2016

Jangan kata adik tak payung!!

Assalamualaikum...

Haha..tajuk entrinya sahaja dah ngeri nak baca (sangattt!!). Apa tuh? Hehe..Kegilaan mewarna buku ala secret garden gitu dan nama tajuk-tajuk buku yang lain. Bagi memenuhi permintaan hakak-hakakku tersayang (skema jap), tak sampai hati plak nak tolak kens. Minggu lepas sibuk berkursus dan bercuti katanya. Hari ini baru sempat carik (kena carik hari ini juga sebab nak kirim orang KL datang esok). Bukan apa buku mewarna ni punyalah murah kat kedai ala RM2 (tak kisahlah walaupun made in China - janji dapat mewarna ye dak). Hakak-hakakku sila standby beli pensil warna yang mahal no...haha. Harga yang nipis RM2.50 dan RM4.20 dan yang tebal RM8.50. Punyalah murah. Mana dapat harga macam tu kalau nak beli kat MPH ke Popular ke. Ingatkan ada dua tiga jenis je buku nih. Sekali pergi (walaupun hujan-sebab tu jangan kata adik tak payung..haha), nah! Berjenis-jenis. Dah kata hakakku nak satu set kens..layankan aje (kira sendiri berapa jenis ku beli-aku pun beli sekalilah kens). Sampai habis stok buku kat kedai..hehe
lihatlah dunia! hakak yang punya!  haha...
sebelum dibungkus...
Nah, terimalah satu set ku belikan untuk hakak-hakakku tersayang. Hihi! Nak kaler terus atau isi masa terluang terpulang pada hakak-hakak ok. Pasni jangan mewarna waktu opis sudahlah ek kak..hihi. Jangan gaduh-gaduh ok, setiap seorang dapat satu set. Pasni sapa-sapa nak juga kena ikut giliranlah (bergantung pada stok). Nak diposkan berat, kena tunggu orang KL maghi sini, baru dapat kirim (bagi berat kat tukang bawak plak - macam kejam je bunyinya). Tapi demi sahabat, hakak-hakakku tersayang, kurelakan hati ini kejam seketika. Hak hak. (Bayaran buku jangan lupa ikat tepi ye kak - bank in...hehe).
 
dua set untuk dua orang hakakku tersayang..
teruja lah tuh!! Hihi...

Dua ekor rama-rama bakal terbang ke KL mencari tuan baharunya..cewah
Siap dibalut elok-elok no...semoga selamat sampai dengan selamat..Aamin
Buku-buku mewarna kat bawah ni hasil bidikan dan tinjauan di MPH di epot Senai, JB semalam. Harga buku jangan cakaplah, harga sekitar RM19.90 hingga RM45.00. Tak daya den nak beli. Cuma suka melihat kepelbagaian buku yang dijual. Sapa yang banyak duit, leh je beli..hihi. Harga mahal belakang cerita...ye dak. Yang penting Art Theraphy dan dapat menenangkan fikiran. Mudah-mudahan.
banyak kans?? geram nak mewarna...

bertingkek-tingkek dijual...


mewarna memang cool, tapi nak membelinya agak panas..hehe
yang ni siap dijual dengan pensil warna...hehe
 

3 ulasan:

Sue Abd Aziz berkata...

hahahahhh.... tak sabar dah ni adik Su oiii.. siap balut lagi tu yang tak tahan tu... akhirnya dapat jugak. Awak yang jauh tolong belikan ye... susah2 je. Hehehehh... ok, lps ni kita pakat tayang hasil mewarna masing2. Rasanya yang Kak Su ni berebut ngan hakim... huhuhuuu... Terima kasih banyak2 Su... ok, payment akak kirim kat Kak Monie... dia bank in nanti kan?

kakmonie berkata...

eeee best nyeee! Baru terbaca tentang buku mewarna untuk akak-akak (dulu kami pun adik-adik). Alamak color tak beli lagi, apa pun mohon wa nom akaun Maybank - nak bank in segera. Sayang Uuuuuu

Siti Suhana berkata...

haha..sama2 kasih hakakku berdua..takpe ada kudrat dan keinginan nak tolong beli..jadik je..hehe. Saya kirim dengan fairus personel tau kak Suzanti (minggu depan dia baru naik kerja..leni dia out station). Kak monie lekaih beli pensel warna..(saya ada dua kotak k..hehe).
Tak payah berebut sangat kak Suzanti dgn hakim..cukup tuh nak mewarna..hehe
haha..adik-adik dulu takpe, jangan adik-adik lembut...hehe

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...