Khamis, 30 Ogos 2012

mula...

Assalamualaikum semua...

Selamat hari raya  (masih mood raya lagik). Tak tahu dari mana nak mula cerita. Maklumlah lama bercuti. Alhamdulillah tahun ni dapatlah beraya di dua tempat - rumah keluarga suami dan kampungku. Walaupun tak lama, syukur dapat berkumpul. Yang bestnya bila dapat balik naik bas bersama suami dari Kuantan ke Ayer Hitam (best ker? konpius jap..haha).

Beraya pun tak semua rumah sedara dapat pergi. Dapat pergi ke rumah nenek dan makcik-makcik sahaja. Balik ke KL pun tumpang adik yang sehala nak balik ke Langkawi - alhamdulillah. Itulah adat orang merantau, tiada keretaku nak bawak jalan-jalan, hanya mampu menumpang..hehe. Gambar dari kamera hp pun tak banyak sebab sibuk beraya. Jadinya snap apa yang sempat jer.

Dek kerana hari raya juga, ramai yang dapat demam dan selsema. Ku cuma takde suara jer dan batuk sikit. Kesian kat anak nuah ku sorang tuh, dua malam kena tahan di wad sebab demam panas. Ibu dan ayahnya yang paling risau sebab kalau demam, dia jenis yang selalu kena tarik. Rasa demam dan lemah je terus bawak ke hospital. Alhamdulillah kini dan kebah demamnya. Hadi oh Hadi.

durian hijau..(memanglah hijaukan)..hehe
Jadi, kita nikmatilah gambar yang ada. Durian - alhamdulillah, Ma sayang kata anak menantu dan cucu. Dua kali dia beli durian untuk kami. Durian istimewa pun ada - durian hijau Beserah, kat sini je ado.

hidangan ringkas tp sodap...
Puas makan rendang bagai, kubuat sambal bilis pedas, makan nasi putih berulam petai dan timun ..perggh..terangkat (eh tetiba keluar air liur plak..haha).


lontong mak ngah..
Kemudian, beraya ke rumah mak ngah, mereka hidangkan lontong Johor. Alhamdulillah sedap.

kupang...eee sedapnyer...
Pastu, balik batu pahat, jumpa plak kupang, apalagi rembatlah. Adik tolong masak, kutolong makan..hehe. Kupang ni banyak kat Johor. Susah nak dapat sekarang nih.

ceper...
Antara lain, abah ada beli air minuman dalam botol yang dolu-dolu. Botolnya tak sempat dirakam, hanya penutupnya dapat diambil. Penutup nilah yang selalu dibuat main masa kecil dahulu, iaitu dipanggil ceper.

mamak, tose garing dua...hehe
Sempat juga balik baru nih di KL, makan tose kat as-Salam, Nilai (tempat peberet makan). Jom layans...
Itu sahaj nak cerita setakat nih. Sekian.

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...