Assalamualaikum sahabat semua.
Ya Allah, malasnya nak menulis. Ditambah dengan tugasan yang perlu dipikul. Baru usai menguruskan jamuan untuk malam puisi merdeka dan majlis ramah-tamah Aidilfitri pada hari minggu yang lepas - alhamdulillah berjalan lancar.
|
kek lapis tajaan Rabiah Amit... |
|
orang kuat yg bertungkus-lumus- en Taib sebelah kiri sekali.. |
|
hadiah cabutan bertuah untuk majlis ramah-tamah...tikar serikin pun nan hado.. |
|
alhamdulillah dapat dua kali cabutan sebab ramai staf tidak hadir... |
|
dapat pasu bunga dan tikar serinin (ku yang beli, ku juga yang dapat...haha..layanss)... |
Sempat juga kubuat puding triffle (kalau ingin nak buat, akan diusahakan juga sampai jadi). Kiranya kali pertama buat secara manual (guna bahan berasingan) kerana sebelum ni pernah dan bahan dah sedia ada - mudah dibuat.
|
melimpah ke bawah juga kastardnya... |
Kalau tak cuba kita tak tahu. Maka, dengan kerajinan yang masih tersisa, kubuat jugak puding nih mengikut resepi di blog. Cara nak susun dan langkah yang nak dibuat tu ikut cara kita.
|
susun kek swiss roll yang dah sedia ada dijual - perisa pandan lagi sedap rasanya.. |
|
sediakan sebungkus serbuk agar jeli dan buah (ikut suka) |
|
dah susun kek, bancuh 3 sudu tepung kastard dan
masukkan setin susu cair dan setin air putih-gaul hingga masak-pekat... |
|
bila dah sejuk, susun buah di atas kastard dan masak sebungkus serbuk agar jeli dengan 1.3 liter air kurang lebih
- kalau kenyal sangat tak best... |
Selepas ni kena lebihkan air untuk bancuhan agar-agar supaya lembut di mulut. Bila dah buat puding nih, tetiba terfikir nak buat jualan di pejabat encik suami. tetapi pening memikirkan nak jual berapa sebekas, bekas besar mana? Hmm..ingat nak letak dalam bekas dadih yang kecil dan jual RM0.80-RM1.00 sebekas. Nantilah, akan difikirkan segala aspek - terutamanya dari segi kos dan kualitinya. Dah ada idea nak susun macam mana untuk dimuatkan dalam bekas kecil.
|
dah siap dan dah sejuk, masukkan dalam peti ais untuk kenikmatan lebih terasa...wallah...hehe |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan