Lihatlah kejadian telur gred B nih biladipecahkan kulitnya. Cantik kan? Bulat dan terbentuk elok, Subhanallah. Telur ni dibeli di pasar Satok.Mungkin telur ni baru lagi. Pernah terbaca petua, kalau nak beli telur yang baharu dan elok, belilah di pasar tani/malam berbanding di kedai runcit atau pasar raya besar. Kat pasar memang ramai orang dan sentiasa membeli telur segar berbanding di kedai runcit yang kadang kala telur yang dijual agak lama berada di kedai tersebut.
Hal ini memang diakui kebenarannya kerana pernah beli di pasar raya, telur tersebut bila dipecahkan, berderai kuningnya (ikut nasib jugak). Bila nak buat kuih agak kecewa kerana telur yang diberi kurang segar dan boleh mempengaruhi kejadian kek.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan