Jumaat, 10 Ogos 2012

projek baik punya!

Alhamdulillah raya tahun ni bersemangat sikit nak buat kuih-muih bagai (ibadah puasa tidak dilupa). Memula ajak encik suami beli bahan-bahan kuih (teruja u). lagi-lagi minta encik suami sponsor beli barang. Maka kami meredahlah kesesakan manusia yang sibuk membeli persiapan raya. Takpe demi nak buat kuih, kugagahi jua. Alhmdulillah encik suami dapat meletak kenderaan di tempat sesuai (sebelum tu beliau tunggu di kereta, kubeli barang).

teruja nak buat semperit, maka belilah benda nih..hehe
Dah selesai beli barang, ajak encik ke tempat tu semula untuk mencari barangan lain. Selesai urusan, terus kami balik sebab tak sanggup nak tunggu lama-lama. Boleh, lepas beli barang kami terus balik rumah, malas nak jalan mana sebab puasa. Sebelah malam baru menjalankan misi - kuih cornflakes dan bebola kristal (kira kuih kategori modenlah - mudah dan cepat disediakan). Resepi ikut dalam majalah SAJI edisi baru nih.

kuih cornflakes madu...dah siap dalam bekas..

proses nak buat bebola kristal, gentel satu-satu, satukan tiga warna, kunting kecil-kecil dan bulatkan..

dah siap bulatkan, bakar dan bila dah sejuk, salut dengan gula halus..
Hmm..tak juga mudah nak buat bebola kristal nih. Bentuk rupa agak menarik, tetapi nak buatnya bercinta. Bahan-bahannya mudah nak buat - tepung, minyak sapi, gula. Alhamdulillah jadi. Ingatkan macam takde orang minat je kan. Encik suami kurang makan sebab lemakss yang ada pada minyak sapi. Jadi kubuat untuk cukup syarat bagi ada. Tetapi ada orang minat pulak, minta dibuatkan satu adunan lagi - insya-Allah akan diusahakan.

taraaa..dah siap dua kuih..bangga lah juga...cewah..

Hari Selasa baru ni, sempat juga buat kuih moden - biskut coklat cip. Mudah je nak buatnya, tak perlu acuan bagai, tepek kat dulang pembakar je pastu bakar. Hasilnya, dapatlah dua balang, alhamdulillah. Ada juga kawan menegur, tak nak buat kuih tradisional ker, asyik kuih moden jer. Hmm..akan difikirkan, kuih semperit kuih tradisi kan? Tunggu...akan diusahakan buat.

satu adunan boleh buat dua balang...

bentukkan dengan sudu jer..

dah siap bakar...

dah boleh dimakan...

2 ulasan:

Aida Salleh berkata...

wow...dah banyak dah kuih raya...tahniah dik!

Suhana dbp swk berkata...

terima kasih kak..nak buat semperit ni, tak lepas lagik..hehe

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...