Isnin, 28 Januari 2019

Balik ke Melbourne semula


27 Ogos 2018 (Isnin)
Dengan gigih, kak Hamidah sediakan nasi lemak untuk sarapan. Alhamdulillah, tekak Melayu masih ada di mana-mana! Kami sarapan dulu sebelum bertolak ke epot. Sebelum tuh larik jap bergambar kat tepi tasik, menikmati pemandangan kali akhir. Masa untuk pulangkan kereta, daftar masuk dan syukur selamat sampai ke epot Tullamarine, Melbourne. Masa nilah baru nak sewa kereta untuk beberapa hari di Melbourne.
selepas pulangkan kunci motel...
Usai urusan sewa kereta, moh kita jalan-jalan di tepian pantai St. Kilda Breakwater untuk melawat penguin (yang menyorok) yang mujur kalau dapat jumpa. Yelah pergi tempat yang tak berbayar, susah sikit nak jumpa penguin..hehe. Cantik kawasan tepi pantai, perlu berjalan sikit ke hadapan, jumpa bangunan restoran, pergi sebelah kiri, macam kawasan berpagar juga, turun ke batuan untuk lihat penguin. Jangan buat bising dan flash kamera henpon ye!. Sis gigih mencari bayang penguin, menyorok dalam lubang pulak. Tu pun nampak sekor jer! Jadiklah kans, pemalu sungguhlah nak tunjuk muka..hehe.

berborak dengan rakyat Malaysia yang turut melancong...
Penguin malu nak keluaq!

Selepas tu kita layan pulak ke pantai Brighton yang mempunyai pantai sepanjang 17km hingga ke Port Philip Bay. Kami parking depan perumahan yang sesuai (pesan dari kenalan yang baru kami jumpa tadi-ada juga tempat parking berbayar). Tempat ni yang hado pondok kecil berwarna-warni (Brighton Bathing Boxes). Seronok bila pergi tak ramai orang sangat (sebab bukan hujung minggu), dapat bergambar puas-puas dan melayan makan burung seagull. Nampak je panas masa kami kat sini tapi angin yang bertiup menyapa diri, sejuk! 
Kami hanya dapat pergi dua tempat je masa nih sebab nak kejar waktu solat jamak qasar. Misi mencari masjid. Perjalanan agak memakan masa, kata Az sepatutnya lagi dekat untuk ke masjid dulu sebelum ke pantai Brighton. Bila dah sampai pantai Brighton pastu nak ke masjid agak jauh pusing. Pemanduan kat sini kena berhemah ye tuan puan, ikut peraturan dan takkan dapat memandu lebih dari 100km sejam. Kalau nak laju, boleh jer, pastu tunggu je surat saman menyusul. Bila menyewa kereta nih, banyak perkara perlu dipertimbangkan termasuklah keselamatan dan had laju masa memandu. Surat saman pasti menyusul ke alamat yang kita beri masa urusan sewa kereta-semua maklumat hado.
Masjid berhadapan dengan bangunan ini...
Jom cari masjid di Coburg Islamic Centre. Selain tempat solat, aktiviti keagamaan orang Islam banyak dijalankan di sini. Tempat yang luas dan selesa juga dan berada di kawasan kejiranan perumahan dan deretan bangunan kedai. Usai solat, kami menjamu selera-bekalan nasi lemak yang dibawa sebelum balik ke rumah Az. Dengan bantuan waze, syukur dapat menjejaki semula rumah Az di Frankston. Kalau orang lain, musim sejuk begini jarang kerap mandi. Namun, aku dah biasa macam kat Malaysia pulak, mandi jugak dua kali sehari! Sejuk pun sejuklah, janji kita selesa. Jom tido. Esok nak jalan-jalan lagi. Gambar di bawah: Sekitar perumahan di bandar Melbourne.

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...