Isnin, 28 Januari 2019

Jom ke Tasmania pula...

25 Ogos 2018 (Sabtu)
4.30 pagi kami keluar rumah untuk ke epot. Az tolong hantar kami. Jasa Az yang sanggup menghantar kami ke Keilor dan bermalam untuk hantar kami ke epot awal pagi amat dikenang. Terima kasih. Melalui penerbangan domestik Tiger Air, kami ke T19 selepas menunaikan solat. Syukur Allah memudahkan kami-dapat ruangan tepi untuk bersolat (selepas solat, tidak lama kemudian, ruangan kami didatangi penumpang lain yang mahu terbang ke destinasi mereka dan cepat-cepat kami mengemas barang dan duduk seperti biasa).
Penerbangan kami ditunda pukul 7.10 pagi. 80 minit selepas kami terbang, kapal mendarat semula ke epot Melbourne! Kami berpatah balik disyaki ada bauan yang mencurigakan dan seorang anggota bomba naik ke dalam perut kapal memeriksa keadaan kami dan kapal. Sungguh profesional kerja mereka dalam menangani kecemasan seperti itu sehingga kami tidak tahu apa-apa! Kami hanya diarahkan keluar kapal dan masuk ke dalam terminal semula. Setengah jam kemudian, kami menaiki kapal yang lain untuk ke Tasmania. 
Kami tiba di Lapangan Terbang Hobart pukul 11.00 pagi (dah mengambil masa kami untuk berjalan-jalan sebelah pagi). Namun, Allah Sebaik-baik Perancang. Apa yang berlaku adalah Perancangan dan Ketentuan-Nya. Adalah hikmahnya atas semua yang berlaku. Kami akan bermalam selama dua malam di Tasmania-sebuah pulau yang cantik (macam Langkawi, banyak kawasan hijau dan pemandangan cantik tepi laut). Jom lihat sekitar epot Hobart.
Untuk jelajah Pulau Tasmania nih 2-3 hari memang tak cukup. Sebab ada 4 bahagian utama  (keliling pulau) yang boleh kita jelajah, Hobart-Launceston-Devonport-Burnie. Dan kami hanya sempat menjelajah kawasan Hobart sahaja (selatan Tasmania). Maskot bagi Tasmania ialah Tasmanian Devil (selain walabi, kangaroo,wombat dll). Patung Tasmanian Devil kita boleh jumpa kat epot Hobart.

Sebelum daftar masuk kat motel (dah tempah awal secara dalam talian), kami berpeluang mencari makan di bandar Hobart (lapar kot sejak pagi tak makan berat!). Kami menyewa kereta selama mana berada di Tasmania. Selesai urusan sewa kereta, kami menuju ke bandar, cari tempat parking dan berjalan cari tempat makan. Dapatlah jumpa restoran Malaysia, Sawak Restaurant. Dikatakan restoran Halal namun ada perkataan pork di bahagian menunya, kami hanya mampu menelan roti canai yang harganya AUD4.50 sekeping. Sila kalikan lima! Memang tak kenyanglah kan. Jadiknya mari cari bahan mentah untuk masak hidangan makan malam. 

Bunga Lupin
Sebelum daftar masuk kat motel (dah tempah awal secara dalam talian), kami berpeluang mencari makan di bandar Hobart (lapar kot sejak pagi tak makan berat!). Kami menyewa kereta selama mana berada di Tasmania. Selesai urusan sewa kereta, kami menuju ke bandar, cari tempat parking dan berjalan cari tempat makan. Dapatlah jumpa restoran Malaysia, Sawak Restaurant. Dikatakan restoran Halal namun ada perkataan pork di bahagian menunya, kami hanya mampu menelan roti canai yang harganya AUD4.50 sekeping. Sila kalikan lima! Memang tak kenyanglah kan. Jadiknya mari cari bahan mentah untuk masak hidangan makan malam. 

Selepas makan nak cari kedai runcit tak jumpa, jalan-jalan jap di sekitar lorong bangunan. Pastu waze Pasar Salamanca-tak jauh dari situ. Syukur dapat jumpa tempat dan pasar tersebut hanya dibuka setiap hari Sabtu, dari pagi hingga 3.00 petang. Ada menjula barang-barang karat dan pelbagai, selain bahan mentah dan segar. Pasar dah nak tutup, kita ke kedai runcit dekat-dekat situ. Banyak jual sayur buah dll. Cantik! Moh kita beli barang nak masak. Selepas beli barang, kami bergegas ke motel untuk mengejar daftar masuk penginapan-jauh sikit dari bandar Hobart.
Pemandangan dari pintu dapur..dah nampak tasik!
Kami menginap di Riverfront Motel and Villas di kawasan Roseta-bersebelahan dengan tasik yang cantik. Jarak kira-kira 25km dari eport Hobart. Tempat penginapan kami ada disediakan katil untuk lima orang (tempahan awal dah buat untuk lima orang termasuk Ikmal dan sebuah katil diletakkan di sebelah ruang tamu/dapur) dan kami hanya menggunakan dua bilik sahaja. Kak Hamidah terkenang katil yang disediakan untuk Ikmal!
Selepas dapat masuk motel je, kak Hamidah terus je basuh beras dan masak. Sediakan sikit salad dan telur dadar. Dalam keadaan sejuk-sejuk menuntut perut sentiasa diisi. Lapar wo! Jom makan! Sebelah malam pun masak jugek. Jom makan, kata kak Hamidah..hehe. Selepas makan malam, bersiap-siap bekal untuk esok pagi juga-nak berjalan-jalan. Syukur dapat kenalan jalan yang suka dan pandai memasak!
Oh ya. Hari ini hari ulang tahun kelahiranku. Syukur masih dipanjangkan usia untuk melihat bumi-Mu Ya Allah (sambut tak sambutlah hari lahir kat oversea kans! ayat poyo!). Dalam gambar ada sos tulis 40 (O nya kurang jelas) menandakan ulang tahun ku yang ke-40 tahun!

26 Ogos 2018 (Ahad)
Jom layan kawasan motel dan pemandangan tepi tasik yang cantik pada sebelah pagi. Kami mengambil keputusan untuk menjelajah sekitar utara Hobart hingga ke Swansea (akan melalui pekan-pekan kecil seperti Richmond, Orford, Triabunna dan Swansea). Bekal jangan lupa dibawa ok! Hehe...
Gambar di Pekan Richmond
Gambar di PekanOrford dan Triabunna

Singgah di tepi laut selepas jambatan Prosser River dan Rocky Hills
Akhirnya sampai di Pekan Swansea. Tak dapat meneruskan perjalanan ke Coles Bay sebab 51 km lagi nak sampai ke sana. Kalau balik lewat, jalan dah gelap. Sebelum balik, moh kita makan dulu sambil menghirup angin laut, deruan ombak pantai, cicipan burung seagull.
Hala perjalanan balik ikut jalan lain, tak sama masa pergi tadi dan tetap kena lalu kawasan Richmond untuk ke bandar Hobart. Syukur dapat menikmati pemandangan kanan kiri hutan yang masih asli. Sedih bila nampak bangkai walabi dan Tasmanian Devil. Pemanduan mereka rasanya dah perlahan jer, tapi kalau tetiba muncul binatang tu kat depan mata, tak sempat brek plak tu...innalillah jawabnya..huhu.
Teruskan perjalanan naik ke puncak Gunung Wellington, boleh menaiki kenderaan sendiri. Nak gaya hidup lebih mencabar, boleh je hiking! Tapi cuaca mendung jer dan hujan gerimis. Macam tak dapat naik ke puncak utama je nih! Hmm..memang tak dapat naik sebab pihak keselamatan dah buat sekatan awal. Belum sampai ke puncak je pun suhu dah cecah 3 darjah celcius. Mensejuk wey! Jika dapat naik ke puncak utama, dapat melihat keseluruhan bandar Hobart. Tapi Allah SWT tak izinkan kali nih. Keselamatan lebih diutamakan.

Keto den ado kek sini hah! hehe...
Tak dapat tunggu lama, jom teroka lagi bandar Hobart sambil nak cari masjid kat sini. Kita berhenti tepi jalan jap layan riang ria bawah pokok. Sebelum tu singgah kedai runcit cari sedikit beras dan minyak masak untuk makan malam. Dekat-dekat Pasar Salamanca tu bersebelahan taman yang cantik di hadapan Bangunan House Gardens dan pelabuhan. Layankan gambar kat The Tasman Fountain juga, feeling student oversea... haha. Masa bergambar ni memang tak ramai orang..best. Kalau gi semalam mesti berebut tempat nak bergambar.
Jom pi solat pulak kat masjid di Hobart-di Jalan 66B Warwick Street, dekat dengan kawasan perumahan atas bukit. Memula parking kat depan, rupanya bekas masjid lama. Masjid baharu ada kat atas sikit. Lagi luas dan selesa, ada ruangan jemaah lelaki dan wanita. Nak ambil wuduk boleh pilih nak air suam ke ais..hehe. Masjid baharu ni sumbangan daripada Dato' Effendi Norwawi - syukur alhamdulillah.
Usai solat, jom balik ke tempat penginapan, masak dan bersihkan diri. Makan dan tido. Esok pagi perlu bangun awal untuk ke epot - balik semula ke Melbourne. Memang tak puas berada sekejap je kat Tasmania nih sebab banyak tempat boleh dijelajahi lagi. Pergi tanpa jurupandu memang terhad masa, ikut kesesuaian masa dan tempat yang ingin dituju. Namun, syukur alhamdulillah dengan izin Allah SWT jua dapat kami bermusafir di bumi Tasmania. Ada rezeki boleh pi lagi!
Selamat malam Tasmania!

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...