Selasa, 4 Oktober 2016

Lalang menyerang...

~~ Gambo akhir untuk malam nih. Cerita pembersihan kebun belakang rumah ikut kerajinan. Dalam masa 2-3 minggu ni kan musim hujan jer, maka suburlah mr.lalang tumbuh mengalahkan cendawan busut (gambar atas). Subur je kan nampaknya. Bila menjenguk dari dapur, rasa geram jer nak cabut lalang itu. Pokok nanas tu jangan cerita, dah bertahun-tahun tak berbuah. Dah banyak kali encik suami beri amaran nak cabut, tetapi aku kuat pertahankan kelangsungan hidup nanas itu...huhu. 
~~ Yang kanan sekali tu pokok jambu batu besar. Syukur dah empat lima kali berbuah - manis dan rangup. Alhamdulillah. Sebelah kiri tu pokok limau purut dan kasturi - alhamdulillah banyak buahnya (sentiasa ada). Pokok pisang berangan dah 4-5 kali berbuah juga. Cuma tunggu pokok pisang tanduk je - tak boleh membesar dengan cepat disebabkan faktor tanah rasanya. Apa pun bersyukurlah dengan rezeki yang Allah bagi. Di sebalik pokok yang subur, ada juga yang tidak. Begitulah dalam kehidupan kita. Allah Maha Adil.
~~ Terima kasih encik suami yang turun kebun pada kali ini (bahagian mencangkul)..hehe..aku cabut dan bersihkan rumput yang ada. Kerajinan yang tiba-tiba mendatang - alhamdulillah.

Gambo sebelum dan selepas pembersihan...

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...