Isnin, 7 November 2016

Ke Korea Kita!

Assalamualaikum pembuka bicara setelah sebulan berehat dari menulis. 
Ada yang rindu ker? Taklah kans..hehe...
Kalau rindu, jom peluk bantal sambil tengok ulangan cerita Wardah dan Ejaz (haha..tetiba)

~~ Annyeong-haseyo! Eh..eh..Dah balik Malaysia ye Suhana. 
Jangan ingat masih kat Korea. Haha...

~ Ada bahagian demi bahagian nak cerita tentang perjalanan kami segeng ke Bumi Korea Selatan dari 21 hingga 28 Oktober 2016 - musim daun luruh (yeayy). Ya Allah, berikanku kekuatan untuk menulis dan menempek gambar jugak sepanjang penjelajahan kami. Baru nak sambung cite, buku nota tertinggal kat opislah pulak. Hadoii!! Senarai semak gambolah dulu ye. Hari ni baru nak kuat menulis. Hari pertama bulan mengambang pulak! Perut rasa tak sedap. Kugagahi jua mengarang (sambil sapu minyak kat perut).

~ Cite mula nak ke Korea ni hasil pertemuan dengan Kak Norasma kat Pesta Buku Antarabangsa di MAEPS Serdang pada April 2016. Jodoh kuat agaknya. Cerita punya cerita dan sedikit info, encik suami bagi lampu hijau bagi join Kak Asma (Eh, betul ke nih? Macam tak percaya je kans) - tak best sebab encik suami tak ikut. Dia kata takpelah, abang dah pergi sebelum nih. Abang sponsor le awak pergi. Yeayy Alhamdulillah. Terima kasih encik suami. Pertemuan itulah yang membawa kembara diriku ke negara K-Pop nih. Dah terbayang Pulau Jeju. Oh indahnya. Paling kurang pun nak jumpa Kwang Soo! (tak minat pun - saje je sebut). Haha...

~ Disebabkan kos ke sana encik suami dah taja, opkos duit poket sendiriklah. Ok, bang! Detik demi detik, hari demi hari, bulan demi bulan menghitung detik nak ke sana. Sedikit demi sedikit persiapan dibeli (banyak tanya Kak Asma juga - iyelah pergi kali nih tanpa encik suami) - seminggu kat sana, macam lama je kans! Selalunya encik suamilah yang banyak buat persiapan mental, fizikal dan kewangan. Kali ni kena berdikari ye Suhana! Dah masuk enam tahun berkelana di Sarawak, takde pergi jauh selain di Malaysia. Kali ni betul-betul melancong! Alhamdulillah.

~ Tiket nak ke KL pun belum beli. Hmm..takpe lambat lagi. Jom beli barang yang perlu - baju sejuk dan seluar jeans (biasa pakai seluar 'manusia'..hehe). Kali ni carik seluar jeans sehelai dua. Dahlah tak pernah pakai seluar jeans yang agak ketat, nak cari yang agak longgar memang payah. Minggu akhir sebelum pergi baru jumpa yang sesuai dan selesa. Pakai untuk tujuan tahan sejuk kata Kak Asma. Ok.

~ Tarikh nak pergi juga dalam pada waktu yang sama sibuk dengan BBK. Siapkan tugas BBK dan bahan terbit untuk akhbar. Siap! Mujur jadi AJK buku cenderamata, dapatlah siapkan awal. Alhamdulillah. Dan naik kerja je nanti kena pindah bahagian! Hanya beberapa orang sahabatku yang tahu aku ke Korea nih. Malas nak bising-bising. Hehe..Pengarah opkos tahu sebab dia yang tandatangan borang aku nak keluar negara. Permohonan dah kubuat dua bulan sebelum tarikh sebenar nak keluar negara. Siap! Surat jawapan dan insurans pun dah dapat dua minggu kemudiannya. Alhamdulillah.

~ Yeayy tiket ke KL dah beli seminggu sebelum nak terbang ke Korea Selatan. Abang siap ke KL sama nak menghantar ku ke epot. Terima kasih bang! Tiket dah ada, barang dah siap kemas. Moh kite balik KL. Siap teman encik suami ke UPM jap, encik suami teman aku ke DBP jap. Sebelah malam (21 Oktober 2016) barulah aku terbang ke sana.

~~~ Bahagian ni dah habis..takde gambo. Moh kita sambung selepas ini!

Eh jap...kita tengok gambo pracerita...nak bagi seprais cite...hehe



Pemandangan awal pagi di Incheon..Annyeong-haesyo...











Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...