23 Oktober 2016 (Ahad) sambung cerita selepas Seopjikoji-Jeongbang-Jusangjeolliae...
Taklah penat sangat naik turun tangga. Sebenonya letih je..ahaks, dapat makan minum terus segar balik. Di penghujung hari ini, kami turut dibawa ke satu tempat 'jalan misteri'. Ditambah dengan hujan renyai-renyai, macam misteri sangat nih! Mula-mula kurang jelas apa yang diperkatakan oleh Mr. Steven. Tiba di satu tempat tu, pemandu kami yang 'hensem' tuh (pulak..haha) mematikan enjin dan membiarkan bas bergerak sendiri secara semulajadi ke depan sepanjang 200 meter. Jalan inilah yang dikatakan 'mysterious road'. Subhanallah. Tanda-tanda kebesaran Allah SWT dan ada yang mengatakan berkaitan graviti melalui Teori Newton. Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri?
Walaupun kami tak lama di sini, syukur dapat merasai pengalaman ini. Kat tempat ni pun ada gerai jualan. Kami ada mencuba makan sejenis pau hijau ala herba berinti kacang merah yang disebut 'pattok' - sedap juga dan ada rasa ginseng dan herba. Ada juga keledek dan jagung rebus. Tapi kami tak cuba makan plak, cukuplah mencuba makan pau 'pattok' nih (bukan patuk ayam ek..hehe).
4.30 petang - Cookin' Nanta
Selesai makan 'pattok', jom kita merehatkan minda dengan menikmati persembahan non-verbal muzikal 'reckless rhythms that dramatize customary Korean percuccion in a strikingly comedic stage show. It integrates unique Korean traditional tempos with a western performance' (tengok..i tak sempat nak terjemah lagi..hehe). Telah memulakan persembahan pada 10 Oktober 1997 di Seoul dan Pulau Jeju hingga ke peringkat antarabangsa. Telah membuat persembahan sebanyak 35 ribu lebih kali di 297 buah negeri (Korea) dan 53 buah negara.
Kami menikmati persembahan ini di Jeju Media Center (di Seoul pun ada-Myeongdong Nanta Theatre, Chungjeongno Nanta Theatre dan Hongdae Nanta Theatre) yang dibuka setiap hari (365 hari setahun). Persembahan bermula pada pukul 5.00 petang (dan juga 8.00 malam) dibintangi 4 orang aktor lelaki dan seorang aktres wanita. Bayangkan persembahan mereka diadakan setiap hari, namun jangan risau sebab mereka profesional dan bertenaga. Setiap masa silih berganti para pelakonnya -iyelah sejak tahun 1997 tuh (yang tua dah pencen dah, tak pun jadi tenaga pengajar pada pelakon baharu).
Sebelum persembahan bermula, audiens dihidangkan dengan irama lagu yang menarik sambil menayangkan skrin yang meminta audiens bertepuk tangan, senyum, menyanyikan lagu hari jadi dan sebagainya - idea yang baik dan tidak membiarkan audiens bosan menunggu persembahan. Bermula dengan rentak lagu dan pergerakan yang perlahan dan terus rancak. Pergerakan mereka memang rancak dan bertenaga sambil diselitkan dengan unsur komedi selamba serta bijak berinteraksi dengan audiens. Memang tak membosankan. Mereka membuat persembahan drama, pergerakan sketsa memasak sambil memegang alatan memasak dan bergerak mengikut irama lagu. Dekat dua jam lebih persembahan tersebut berlangsung.
antara para pelakonnya...yang terkini
Kawasan sekitar Jeju Media Center
Bayaran masuk tetap dikenakan..bayar jangan tak bayar Mr. Steven!
pintu masuk panggung...
dah masuk...jom layan...
7.15 malam - makan malam
Selesai menonton dan kami nak pergi makan malam. Kami dibawa ke restoran hidangan Shasimi (hirisan ikan mentah - jenis ikan tak pasti..hehe) dan hidangan lain yang melimpah ruah - Alhamdulillah (kimchi wajib ada). Tak tahu nak cerita apa, pokoknya semua makanan sedap, apatah lagi ada hidangan jagung gak (peberetku). Jom makan...
hidangan dalam gambar
yang ini hidangan sebenar!
jangan risau, sapa yang tak boleh makan mentah, boleh celur kat periuk yang sedia hado..
boleh masuk semua..ala sup campur...
lihatlah hidangan kami, sampai tak cukup ruang! Meja kecik sangat kot!..hehe..
senyum dulu sebelum makan...Bismillah...
abalone bakar pun hado..nyumm, jagung pun hado..nyumm...
tak pasti ikan apa kat bawah nih..sedap, tapi sebab dah penuh perut, tak makan sangat yang ini.
yang bawah ni, ceteka, apa? keledek goreng u olls..
kat Malaysia banyak..kurang dipandang..hehe
Nota:
Jika tak nak makan Shasimi mentah, boleh celur dalam sup panas dan kaedah ini dipanggil 'shabu-shabu' dan bukan shabu dadah tu ye!.
8.45 malam
Jika mengikut perancangan, esok pagi baru kami akan dibawa ke sini. Menikmati pemandangan pesisir pantai pinggir bandar yang mempunyai batuan cantik dan hempasan ombak yang mengasyikkan pada waktu malam. Namun, kami bersetuju untuk pergi selepas makan malam - bukan apa, dapat jimatkan masa esok pagi yang perlu berkejar ke epot. Syukur sebab dapat menikmati keindahan tersebut dengan limpahan cahaya yang terpasang menerangi sekitarnya. Tempat ni dikatakan ikan duyung pernah wujud, sebab itulah dipanggil pesisir 'mermaid'.
Selepas penat berjalan (naik bas juga), makan minum, tiba masa balik hotel. Bersihkan diri, solat, belek-belek gambar sikit (kemaskan catatan juga) dan tidur nyenyak dan dibuai mimpi indah - taklah sampai mimpi ikan duyung. Kak Pah dan Kak Asma sempat berborak panjang. Aku terbangun pukul 1.30 pagi mereka pun tak habis borak..hihi. Maklumlah lama tak berborak panjang...hehe...
Subhanallah..cantikkan?
dapat menikmati limpahan cahaya sekitar bandar Jeju juga...
apa gaya ajelah ek..sebagai bukti kami dah sampai sini!
aksi kepala teleng sebab nak bergambar dengan batuan..bolehhh!..hehe...
24 Oktober 2016 (Isnin)
8.00 pagi - Daftar keluar
Dah puas tido lena (alhamdulillah) jangan lupa sarapan - aku bersarapan Maggie dalam cawan kat bilik je (Alhamdulillah, nikmatnya makan maggie di perantauan..cewah..ahaks). Selesai makan, jom kita daftar keluar hotel. Sedihnya nak tinggalkan pemandu bas kami yang 'ohsem' tuh. Haha...Dah nak berpisah, baru nak reti nak senyum-senyum kambing...ate! Mesti suka kami balik kan sebab takde susah-susah nak menghadap muka kami..haha (andaian melampau).
Tapi kan, orang Malaysia ni kan baik hati. Bab sodokah memang nombor satu. Bagi jugalah tip kepadanya untuk hiburkan hatinya dan supaya gembira mengenang kami nanti. Mudah-mudahan! Mr. Steven sempat mengajar kami bahasa Korea untuk mengucapkan selamat tinggal kepada pemandu bas, 'subokamsahamnida' sebagai tanda terima kasih dan memandu dengan selamat. Agak-agaknya kalau kurang selamat, nak sebut apa ek? Hehe...
Tapi kan, orang Malaysia ni kan baik hati. Bab sodokah memang nombor satu. Bagi jugalah tip kepadanya untuk hiburkan hatinya dan supaya gembira mengenang kami nanti. Mudah-mudahan! Mr. Steven sempat mengajar kami bahasa Korea untuk mengucapkan selamat tinggal kepada pemandu bas, 'subokamsahamnida' sebagai tanda terima kasih dan memandu dengan selamat. Agak-agaknya kalau kurang selamat, nak sebut apa ek? Hehe...
Perkhidmatan hotel yang sederhana, namun selesa dan bersih...boleh je menginap di sini...
Harga tak pasti berapa semalam sebab bayaran menginap dah masuk dalam pakej..
11.10 pagi - Torobang ke Gimpo semula
Dah selesai urusan daftar keluar, jom balik ke Gimpo/Incheon semula. Kandungan berat beg masih menten, tak melebihi berat (syukur). Eh, ye ke? Haha... Penerbangan kami sepatutnya pukul 10.50 pagi dan memang sampai awal ke epot untuk elak kesesakan dan masih naik Korean Air (seat 43F). Namun kapal berlepas pada pukul 11.10 pagi. Macam biasa, muka petugas/pengawal epot yang ketat metat. Apa boleh buat! Menjalankan tugas katanya! Tapi tak perlulah sampai tak boleh senyum langsung...ye dak.. Hehe...
Selamat tinggal Jeju. Kembara di Jeju berakhir hari ini. Ada rezeki panjang umur, dapat kita ketemu lagi..insya-Allah. Pulau yang penuh keindahan dan sedikit misteri, kepelbagaian produk dan perkhidmatan pelancongan yang hebat, masyarakatnya yang unik dan menggamit memori di hati semua pelancong yang cintakan keindahan alam semulajadi. Selamat tinggal Jeju sekali lagi - Jeju tetap di hati!
beg kami masih menten kans? takde beranak-pinak..hehe
beg aku tambah sekilo je sebab ada beli coklat kot..hehe..
1.00 tengah hari - Mendarat di Gimpo
Mr. Pilot suri hati lopak kali ni mendarat agak tak kemas. Kenapa ek? Tengah bergaduh dengan lopak agaknya..Hehe. Keadaan cuaca mencapai suhu 14 darjah selsius. Dah mendarat, kami terus ke Pulau Nami untuk mengejar masa. Perjalanan ke sana mengambil masa satu jam setengah mengikut jalan lebuh raya dan melalui kawasan lembah, pergunungan, empangan dan perladangan - kali ni dapat pemandu yang sporting dan saiz bas agak besar (sesuai nak tambah barang belian...hehe).
Sebelum itu, mari makan dulu, perut dah berkeroncong nih. Kita masuk ke kawasan perkampungan kecil dan sebuah restoran comel dan bersih. Kami dihidangkan dengan dakgalbi (seakan nasi goreng) dan ttotboki (gulungan tepung beras seakan laksam ), iaitu nasi yang dicampur dan digaul sekali dengan sayur-mayur, cili boh, seaweed dan lain-lain. Alhamdulillah sedap, ke sebab dah lapar? Hehe..
jangan lupa makan dengan kimchi dan toge..hehe
ni dia dakgalbi...banyaknya sayur-mayur kans!
Istimewanya tempat ni juga, ada disediakan surau di sebelah restoran - perlu menaiki tangga selepas ambil wuduk di bilik air bawah (macam biasa). Syukur ada tempat untuk kami menunaikan solat. Selesa dan bersih.
sila abaikan apa yang ada dalam surau tuh...
ikutkan nampak lapang je dalam tuh, tapi sebab kami nak gantung tudung
sebelum solat..hehe...masa ni je aci dan snap gambo...
kawasan sekitar restoran dan tepian surau
Syukur... usai solat. Mari teruskan kembara ke Pulau Nami pulak (satu bab dok cite tentang ni je nanti)...kami agak lewat sampai ke sana. Bukan apa, takut tutup tempat tuh (kecuali nak menginap kat sana kan!). Kembara kami perlu diteruskan sebelum malam menjelma. Pelancong lain berduyun-duyun beratur keluar dari Pulau Nami, kami baru nak masuk pulau. Hehe..Sebenarnya memang sentiasa penuh tempat tuh, nasib baik bukan hujung minggu, kalau tak..lagi macet (sesak) dan nak bergambar kat tempat menarik pun perlu ikut giliran tau!
Nota:
Sebenarnya sama je cerita kembara kami ke Korea dengan cerita dan pengalaman orang lain. Pergi tempat yang sama, cuma berbeza masa, keadaan dan cuaca (ada juga tempat yang kami tak pergi tapi orang lain pergi, begitulah sebaliknya). Cuma i terlebih rajin sikit tulis dan rakam gambar kembara melalui cerita travelog dalam blog jer. Jangan jemu baca tau!
Nota:
Sebenarnya sama je cerita kembara kami ke Korea dengan cerita dan pengalaman orang lain. Pergi tempat yang sama, cuma berbeza masa, keadaan dan cuaca (ada juga tempat yang kami tak pergi tapi orang lain pergi, begitulah sebaliknya). Cuma i terlebih rajin sikit tulis dan rakam gambar kembara melalui cerita travelog dalam blog jer. Jangan jemu baca tau!
Cerita bersambung lagi...jangan marah ye..hehe..Jom ke Pulau Winter Sonata...
mesti tak sabar nak tengok gambo kans...hehe
mesti tak sabar nak tengok gambo kans...hehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan