Selasa, 8 November 2016

Ke Korea Kita - Bahagian 3

22 Oktober 2016 (Sabtu)

Pemandangan selepas waktu Subuh dan kapal hampir nak mendarat. 
Subhanallah, Cantiknya ciptaan Allah SWT.






6.30 pagi
Masa betul-betul landing di Lapangan Terbang Incheon. Syukur Alhamdulillah. Annyeong-haseyo! Keluar dari perut kapal berjalan lancar dan terus ke terminal. Suhu sebelah pagi masa itu 16 darjah celcius. Beratur dan terus beratur melalui pemeriksaan dan cap Imigresen. Kami turut mengenali Encik Hiu dan rombongan dari Malaysia juga yang ramah menyapa. Maklumlah orang Malaysia kan memang peramah. Tak gitu!



Jika naik penerbangan MAS atau Korean Air, adalah terpampang papan tanda
seperti kat atas sebagai mengalu-alukan kedatangan orang Malaysia.




masa ni tengah beratur nak cap pasport...muka masih segar kans?..hehe...


Semasa pasport dicap adalah nampak nota dan pemakluman dalam bahasa Melayu juga "Sila letak jari anda. Senyum" semasa muka kita nak dirakam dan diklik wajah yang belum mandi dan gosok gigi lagi...haha (Senyum itu lebih penting!). Wah, memang kagum. Bahasa Melayu ada di mana-mana (Kat Pulau Nami pun banyak). 
Alhamdulillah urusan Imigresen mudah dan lancar. Jom kita ambik bagasi pulak.


Wah! ada wajah artis Korea di papan iklan menyambut kami. Haha.. (nama lupa)

Sementelah tunggu beg yang belum muncul, masing-masing melunaskan hajat yang tertangguh. Sebahagian yang lain, tunggu beg sama-sama.

Hah! Dah ada beg kami. Syukur. Cantik je bila susun dan mudah nak diambil. Ce teka beg sapa paling warna-warni tuh? Haha..dari jauh dah nampak...kih kih kih.

Mari kita layan pemandangan sekitar terminal pula. Pemandangan cantik dan bersih. Tandasnya lagi bersih. Tu yang kagum dengan negara Korea Selatan nih. Di mana-mana pun, tandas kedai mahupun awam, semuanya bersih dan percuma.

Kemudahan dalam tandas untuk letak anak sambil mereka membuang pun hado...hmmm..





Beg masing-masing dah dapat, jom kita keluar. Kumpulan kami telah disambut oleh Mr. Steven Koh, wakil dari agen Jung Ho Travel. Laju je kami bagai lipas kudung mengekori Mr. Steven mencari bas. Mata yang mengantuk terus je jadi segar! Haha. Beliau berkomunikasi dalam bahasa Inggeris pelat Korea! Mr. Steven banyak membantu memasukkan beg dalam perut bas. Kamsahamnida! (Terima kasih).
Agak tak muat nak letak beg kami...sampaikan kat tempat duduk penumpang pun ada beg kami..hehe
Jom kita naik bas
Inilah Mr. Hiu yang ramah menyapa kami dan berbual-bual.
Selalu jumpa di semua tempat yang kami pergi termasuk Jeju.


Kita sambung cerita lagi ye....

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...