Isnin, 28 November 2016

Ke Korea Kita! - Bahagian 12 (Jom Balik Malaysia)

28 Oktober 2016 (Jumaat) - Hari Terakhir
Kembara Seoul kali ini memang tak fokus untuk pergi ke taman tema mereka seperti Lotte World (paling dekat dengan Seoul yang menyediakan indoor dan outdoor park dan terletak berdekatan dengan bangunan tertinggi di Korea, iaitu Lotte World Tower), Seoul Land (taman tema pertama di Korea dan bersebelahan dengan zoo yang ke-10 terbesar di dunia) dan Eveland di Yongin - luar Seoul (taman tema paling besar dan best di Korea dan perlu habiskan masa satu hari je kat sini dan tempat paling cantik untuk melihat bunga tulip dalam Tulips Festival pada bulan April).
 
Selain itu, kami juga tak ke taman di sekitar Seoul yang cantik dan bersih seperti Yeouido Park (Taman tumpuan dan tempat paling best untuk menikmati bunga sakura aka cherry blossom. Dari taman ni boleh berjalan kaki 10-15 minit untuk ke KBS dan MBC - stesen TV Korea terkenal), Han River Park (berhampiran dengan sungai paling penting di Korea dan boleh bersiar-siar di sepanjang sungai dengan menaiki feri/cruise melalui Banpo Bridge - jambatan air pancut terpanjang di dunia), Cheongye Stream (Merupakan kawasan sungai dan air terjun buatan manusia terpanjang di Korea, lapan kilometer. Pada bulan November diadakan Lantern Festival yang menarik ribuan pengunjung - pemandangan air terjun sungai berwarna-warni pada waktu malam serta pertunjukan jalanan di sepanjang sungai). Kita boleh melawat semua taman secara percuma dan melakukan aktiviti bersama keluarga dengan berbasikal, berjoging, main layang-layang dan sebagainya (kalau duk sini sebulan ke bolehlah ke taman tiap-tiap hari, ye dak?..hehe).
 
Kemudian, kami tak pergi juga tempat bersejarah yang lain (kecuali Namsan Hanouk Village) seperti Nasional Museum of  Korea (muzium amat besar semacam stadium, menempatkan sejarah Korea dan sehari suntuk boleh je menghadap barangan sejarah kat sini), War Memorial (dikatakan tempat paling best untuk dilawati di Seoul, banyak koleksi kelengkapan perang seperti kereta kebal dan kapal perang yang bersaiz sebenar, kanak-kanak mesti seronok melawat kat sini), Sejong Story (Muzium yang menempatkan sejarah berkaitan sejarah hidup dan sumbangan besar King Sejong dan pintu masuk ke muzium bawah tanah ini ialah di belakang patung King Sejong di Gwanghwamun - di tengah-tengah bandar Seoul. King Sejong ialah raja yang mencipta tulisan Korea dan potret wajahnya didedikasikan dalam wang kertas bernilai 10,000 won. Di sebelah muzium ini juga terdapat sebuah lagi muzium kecil, iaitu Admiral Yi Sun Shin Story - turut disediakan tayangan 4D peperangan dan boleh menjalankan aktiviti secara percuma - tulis nama dalam bahasa Korea).

Sesungguhnya, boleh dikatakan bahawa Seoul adalah bandar yang maju, namun masih mengekalkan tradisi dan seni bina lama serta sejarah Korea yang penuh dengan warna duka (tradisi lama dan moden/baharu bersatu serta bergerak seiring dalam membina kemajuan tamadun bangsa). Walaupun tak dapat pergi ke tempat-tempat yang ku dah sebutkan di atas, peluang tetap ada untuk kembara semula ke bumi Sonata ini. Apa yang penting, kami puas hati sebab dapat pergi ke Jeju, lihat kebun epal/pear, bagi makan biri-biri, belajar buat cheese dan kami enjoy sangat! Alhamdulillah.
Bangunan tersergam megah...

  

mengabadikan kenangan dengan pokok yang unik...

Samsung Delight
10.00 pagi
Selepas bersarapan dan daftar keluar, kami dibawa ke tengah bandar Seoul untuk melihat bangunan yang tersergam tinggi serta melawat bangunan Samsung Delight - teknologi berkaitan dengan Samsung. Selalunya kita hanya tahu, Samsung tu jenama telefon dan alat teknologi di rumah jer seperti peti ais dan mesin basuh baju. Tetapi kat sini kita boleh bermain dengan teknologi Samsung. Beratur untuk daftar muka di skrin kecil dan taip nama kita, kemudian akan diberi tag di pergelangan tangan. Tak lama lepas tu, terpampanglah wajah mulus kita di skrin, teruja u! Haha...Selepas tu, boleh bermain dengan teknologi Samsung yang lain. Memang best!
Petugas memberikan tag nama...
sekitar pemandangan di lobi...
lihatlah gambar kami yang silih berganti terpapar di skrin...hehe





yang ni pula, di skrin sebelah dalam...macam-macam permainan teknologi dapat dibuat...
 imagination sommelier, heart archemist dan lain-lain...


Di bahagian bawah menempatkan henpon jenama Samsung...
tak dapat berlama-lama sebab nak berkejar makan tengah hari dan ke epot.




Makan tengah hari dan beli kimchi
Di Jalan Gwancang-ro
Kiranya tempat yang kami nak makan ni ialah kawasan atau bandar baharu yang menempatkan perumahan, rumah kedai dan pusat tumpuan pelancong untuk membeli barangan sebelum sampai ke epot (macam kawasan bebas cukailah). Banyak lagi bangunan separa siap dan kawasan yang perlu dibangunkan. Kami sempat makan di sini. Sebab nak balik Malaysia, sampai lupa nak snap gambar hidangan kami. Yang bestnya boleh tambah kimchi banyak mana kita nak makan. Bangunan ni ada 3 ke 4 tingkat yang menempatkan tempat beli belah, restoran dan lain-lain.
      Lepas makan, sempatlah beli kimchi (perlu sejuk) sebagai pelengkap kembara kali ini dan kimchi sesuai dibeli akhir sebelum naik kapal. Sempat juga menambah beli t-shirt sehelai dua pelengkap yang kurang (harga memang mahal sikitlah sebab sewa bangunan kan mahal..haha). Barangan yang kita beli memang ada GST, tapi jangan risau sebab kita boleh claim semula duit di epot nanti (waima beli seaweed pun ada GST).
 Nak masuk restoran...bahasa Melayu pun ada...Selamat Datang!
Tibalah masanya kami pulang dan kembara kami bakal berakhir.
Sedih rasanya dan tak sabar juga nak balik..hehe. Ntah bila lagi nak ke sini kan!




Banyak tak barang kami? Sikit je tuh..haha

Selepas daftar masuk beg, kami cepat-cepat ke tempat claim GST (di tingkat atas),
buat di mesin tapi jangan risau sebab ada petugas yang membantu.
Jadiklah, dapat duit semula walaupun tak banyak.
Kapal Korean Air-trademark nya warna biru muda
tiket kami...

yang ni memang bunga orkid asli ok!
Ruangan menunggu...

Selamat tinggal Bumi Korea Selatan..



MOML (Moslem Meal). Hidangan buat kami...


Hidangan nasi dengan rendang daging dan sayur...
 
Nota :
1. Sempat menonton cerita "Melody to Remember". Kesimpulan bila melihat jalan cerita Korea yang memaparkan kemanusiaan, turut diselitkan dengan cerita sejarah Korea dengan baik walaupun mudah jalan ceritanya.
2. Masa perjalanan balik inilah, banyak kali ke bilik air..hehe. Nasib baik duk tepi laluan utama. Jadi tak menyusahkan orang lain.
 
Surau Incheon Airport
Yang bestnya kat sini, ada disediakan surau. Nak masuk kawasan menunggu je, memang ada petunjuk prayer room dengan ikon orang duduk antara dua sujud. Memang mudah sangat nak tahu (kat G24). Tapi macam biasa, nak ambil wuduk perlu ke bilik air. Pandang kanan dan kiri untuk mengambil wuduk dengan berhemah sebab ada je ajumma yang bertugas membersihkan sinki dan bilik air. Boleh je ambil wuduk kat singki tapi bab nak basuh kaki, ambik sebotol air dalam botol mineral dan basuh dalam mangkuk tandas agar tak bersepah airnya.


Tak susah nak cari sebab memang ada tanda arah yang memudahkan kita mencari surau. Tekan punat kat pintu masuk surau, automatik terbuka dan akan tertutup semula. Nak keluar pun sama situasinya. Ruangan tersebut hanya ada satu je untuk Muslim/Muslimah. Perlu bergilir-gilir masuk. Ruangan solat memang selesa, ada disediakan rak dan al-Quran dan kitab yang berkaitan. Malah ada alat keselamatan - pemadam kebakaran.


pengakhir gambar sebelum mendarat di KLIA...orkid seindah namamu!
Alhamdulillah kami mendarat di KLIA pukul 10.45 malam waktu Malaysia. Terima kasih Nurul dan suami, mama sebab tumpangkan kubalik hingga sampai di rumah BM. Selamat jumpa lagi dalam kembara yang lain sahabatku semua yang ohsem dan hebat. Tahun depan nak ke mana pulak? Nak rasa musim salji pulak. Jangan lupa tau Kak Asma untuk rancang kembara yang lain, lagi gempak lagi mencabar!
semasa tunggu beg kami...sempat snap gambo...hehe
Tamatlah cerita 1 -12 bahagian perjalanan kembara kami ke Pulau Jeju dan Bumi Seoul. Nak siapkan cerita, macam setahun je tempoh menulisnya (bukan mudah..huhu). Rasanya kalau nak ke Korea lagi, nak rasa musim salji pulak. Dapat pergi kat kaki Gunung Soerak pun dah ok..hehe. Selamat bertemu lagi sahabat semua. Maafkan segala tutur kata dan perbuatanku yang tak menyenangkan, halalkan makan minum yang dikongsi bersama. Selamat maju jaya dan meneruskan haluan masing-masing buat semua. Semoga kembara kita diberkati Allah SWT dan menjadi pengalaman yang begitu berharga buat kami semua. Aamin.

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...