Ahad, 27 November 2016

Ke Korea Kita! - Bahagian 9 (Gunung Soerak)

25 Oktober 2016 (Selasa)

Dah masuk empat hari kami berada di bumi Korea Selatan nih. Macam tak terasa je lama kat sini... hehe. Banyak lagi kawasan menarik yang belum kami terokai. Macam biasa, malas nak turun sarapan, aku hanya makan maggie dalam cawan dan biskut cicah radix (wow terang-terangan tulis jenama). Kak Pah dan kak Hawa turun bersarapan.

9.30 pagi
Daftar keluar hotel dan kembara kami diteruskan. Dalam hujan renyai pagi, kami bertolak ke Gunung Soerak di kawasan Pyeongchang. Cuaca dingin tak mematahkan keinginan kami untuk sampai ke puncak Gunung Soerak. Ada beberapa bahagian yang boleh dilalui untuk sampai ke Gunung Soerak, sama ada pendakian secara berkumpulan (kaki mendaki) ataupun menaiki kereta kabel untuk sampai ke separa puncak dan sedikit mendaki menggunakan anak tangga untuk ke puncak.



Kami perlu berjalan dalam satu kilometer untuk ke stesen kereta kabel...
berhenti jap untuk rakam kenangan dengan beruang hitam...
kawasan sekitar kaki gunung...dingin dan mendamaikan...
tak sempat ambik gambo depan stesen kereta kabel, tahu-tahu dan naik tangga,
perlu beratur nak naik kereta kabel...ramainya pelancong...
stesen kereta kabel nak bawa kami nanti...
kami teruja menunggu giliran nak naik ke puncak...


jom..jom naik...
tepat 10.15 pagi kami dapat naik...
antara pemandangan sebelum sampai ke puncak...

Alhamdulillah dah sampai ke separa puncak...stesen atas takde gambo plak..
kami perlu menaiki tangga untuk betul-betul sampai ke puncak. 
Perlahan-lahan kami melangkah dalam hujan gerimis. 
Jangan lupa rakam kenangan bergambo kat atas ye...



cuba bayangkan kalau salji turun dan menyelaputi ranting-ranting...
Wahh! best nyer...
Haa..inilah puncaknya..kami berada di kawasan puncak pemandangan "Gwongeumseong View"


di sebelah kiri tempat kami berada..Subhanallah...cantiknya...
kalau diselimuti salji, mesti lagi cantik...





bagi kredit gambo kak Azita...tak perlu pakai baju sejuk pung..hebatt!..hehe...

kurang lebih 20 minit kami berada di puncak..jom..jom kita turun...
takkan nak tunggu salji turun ye dak..hihi


ni dah sampai ke stesen kereta kabel...
Kami dah turun dan sampai ke platform kereta kabel...
selepas selamat sampai bawah..jom ambil kenangan gambo dengan pokok..hehe

kawasan kaki gunung yang semakin berkabus...
rasa macam berada dalam cerita dolu-dolu drama Korea..haha





Hujan masih setia menemani kami. 11.05 pagi selesai kami mendaki dan turun di kaki gunung.
Selamat tinggal Gunung Soerak, puncakmu telah kami tawan..
Kenangan terindah 2016...

Pasar Sokcho
Mr. Steven turut membawa kami ke kawasan pasar - deretan kedai yang moden dan bersih di bandar Sokcho. Mungkin masa kami datang agak lewat, sunyi je kawasan ni daripada urusan berjual beli. Kami berjalan menyusuri kawasan kedai hingga ke hujung deretan kedai dan bas mengambil kami di situ - mood penat mendaki masih bersisa.







Dah puas mendaki dan berjalan di sekitar Sokcho, mari kita menikmati makan tengah hari...
Antara hidangan yang disediakan...kami makan di tingkat atas...
Alhamdulillah...sup alam tomyam..sedap dan menyegarkan...
puas makan..jom ambik gambo kat sekitar tempat makan..
cantik dan unik kan bangunan kat belakang tuh...


kak Pah dan kak Hawa sempat bergambar dekat pokok buah pisang kaki...
teksi..teksi...hehe...

Daegwallyeong Wind Village
1.00 tengah hari selesai makan tengah hari. Jom kita sambung perjalanan kita. Ke mana kita nih? Jom kita perkampungan farm cheese dan ladang biri-biri. Wah! Seronotnya nak jumpa bebiri secara langsung. Hehe...Sebelum nak lihat dan buat cheese sendiri (nak buat coklat pun hado), moh kite jumpa bebiri. Dari jauh tuan tanah mengetuk kayu memanggil bebiri untuk turun makan (dah biasa begitu kans). Berduyun-duyun dari atas bukit, sekumpulan bebiri turun hingga ke kawasan pagar, menunggu untuk kami suakan makanan. Setiap pelancong diberikan satu gayung kecil beisi palet makanan bebiri. Nah, makan ye. Berebut bebiri makan dan sekelip mato habis dimakannya palet tuh. Seronok melihat gelagat bebiri, maklumlah bukan senang nak merasai pengalaman macam nih. Haha..kat kampung kita belum tentu ada bebiri kans...kambing banyak tapi kat kandang! Hehe...


sebelum nak masuk rumah farm cheese..jom kita jumpa bebiri dulu...hehe
luaskan kawasan ladang nih?

aktiviti bagi makan  aka menyua palet untuk bebiri makan!
seronok tak hakak-hakakku? Hehe...


jangan nakal-nakal tau, pesan kak Asma sebelum kami balik...hehe

sampai panjat pagar bebiri nih..tak puas makan ker?


Selesai beramah mesra dengan adinda, bebiri..hehe..jom masuk rumah farm cheese (satu ruang yang besar). Menariknya nak buat cheese bukan guna susu bebiri ye tuan-puan. Guna susu lembu! Lembu takdak tetapi guna susu lembu segar (lupa nak tanya plak ye). Takpelah janji dapat melihat demo nak buat cheese sendiri. Masa kami masuk, hanya dua meja untuk demo, satu untuk pasangan suami isteri, satu lagi buat kami yang disusun memanjang. Kat bawah ni ada ditunjukkan gambar dan cara-cara nak buat cheese.
sempat melihat kawasan sekeliling, ada bendera Malaysia juga dan tandatangan...
ada sudut barangan/pemandangan untuk berski...
Ceteka sapa yang pakai apron merah tu? Kami gelar dia makcik 'ting tong' - tenaga pengajar kami. Kenapa ting tong sebab dia suka sebut ting tong untuk menarik perhatian kami yang kadang hilang fokus. Siap marah kalau kami sebut ting tong jugak sebab dia sahaja yang boleh sebut ting tong! Haha..layankan aje ye. Nasib baik juga kami tak ting tong dengar celotehnya...hehe.
sungguh khusyuk hakak-hakakku mendengar makcik ting tong bercakap...

masa nih dah 99 peratus siap..tekap ramai-ramai cheese tuh, senyum dan snap gambo..hehe
makan masa panas-panas, makan dengan keropok kecil dan cecah dengan jem strawberi...
dan minum dengan air oren juga...hmm...memang sedap dan ohsem! Alhamdulillah...
(aku dah telan berapa butir, entahlah, tak payah ingat dah....haha...)
gambo kat bawah nih, cheese yang dah menjadi...
terbalikkan dan nampak bunga-bunga kecik tuh..
bukan untuk dimakan juga ye..hanya sebagai hiasan (dibuang)
bunga sebagai hiasan...cantik kan?
gilir-gilir pegang ketulan cheese untuk sesi bergambo....hehe...
ok dah siap buat dan makan cheese segar..mari kita pulang..terima kasih makcik ting tong!
semoga terus berjaya dan dapat menambah kosa kata bahasa Melayu dalam demonya...hehe...
gambo ni hasil arahan Mr. Steven untuk kami mengucapkan selamat tinggal
kepada bebiri dan makcik ting tong! Ciss..haha...
3.30 petang
Selesai urusan bercanda-rama dengan bebiri dan makcik ting tong, mari kita daftar masuk hotel (Hotel Phoenix Park) di provinsi Pyeongchang - dan dikenali sebagai 'bandar ski' kerana menjadi sebuah bandar peranginan yang menganjurkan aktiviti dan pertandingan ski pada musim sejuk (salji) setiap tahun. Hotel memang besar dan selesa. Lihatlah kawasan lobi hotel - luas dan cantik. Kami membersihkan diri, solat jamak qasar dan menunggu waktu maghrib dan isyak sebelum kami turun makan di luar kawasan hotel.


7.00 malam
Mari kita pergi makan di Restoran Bosidem Garden yang agak unik - macam restoran zaman batu ye..hehe. Ada ruangan makan secara bersila mahupun atas meja. Tuan kedai memang peramah dan rajin melayan kami. Siap minta tambah banyak kali kimchi dan seaweed! Kamsahamnida...



Antara hidangan kami..syukur alhamdulillah. Hidangan banyak berasaskan sayuran...
Hidangan utama..makan sotong kita! Sedap dan segar...
Jom gambo dulu sebelum ngapp!...

Inilah pemilik kedai..peramah dan mahu bergambar dengan kami...
Usai makan, mari balik ke hotel. Pencinta kopi, menyambung usaha mencari kopi di sekitar hotel. Aku, rela balik bilik, melegakan urat saraf dan masuk tido...hehe..
Nota:
Setiap agensi pelancongan menawarkan pakej perjalanan yang berbeza. Rezeki kami dapat melawat bebiri dan membuat cheese segar di farm cheese.


sambung cerita lepas nih ye...kita tido dulu...(tak habis lagi!)

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...