22 Oktober 2016
8.40 pagi
Memulakan perjalanan ke destinasi pertama Deoksugung Palace. Mr Steven rancak menyapa dan mengalu-alukan kedatangan kami. Sambil diselitkan dengan perkataan bahasa Melayu. Sepanjang perjalanan, beliau banyak membuat promosi tentang Korea Selatan yang bersih dan mesra teknologi hijau, tiada pencemaran, tiada anjing di jalan utama dan tiada penggunaan motosikal di lebuh raya.
Tanpa mandi manda (ops), kami memulakan misi melihat kawasan bersejarah Deoksugung Palace di tengah-tengah kota Metropolitan. Istana ini ni istana terkecil berbanding dengan Istana Gyeongbokgung dan Istana Changdeokgung serta satu-satunya kawasan istana yang mempunyai unsur-unsur Barat. Raja Korea kedua, iaitu Raja Gojong meninggal dunia di istana ini. Kami dibawa meneroka dalam istana dan sempat merakamkan kenangan. Kawasan ini amat cantik pada musim luruh. Di luar istana ada juga diadakan pertukaran pengawal yang bertugas (pada pukul 11.00 pagi, 2.00 petang dan 3.30 petang) di samping acara perarakan, pukulan alat-alat muzik, gendang besar dan lain-lain. Mujur pada hari kami pergi ialah hari Sabtu sebab istana ni akan ditutup pada setiap hari Isnin.
Waktu operasi: 9.00 pagi hingga 9.00 malam/Tutup pada setiap hari Isnin
Bangunan tinggi yang ada di hadapan istana |
Di bahagian depan istana Deoksugung tersergam bangunan tinggi |
Jika bernasib baik, di hadapan istana ini disediakan kaunter Hanbok
- boleh pakai secara percuma pasa musim bunga hingga musim panas
Takde yang lama, takdelah yang baharu! |
Kami...dah sampai di sini... |
Singgahsana Maharaja... |
Subhanallah..cantiknya ciptaan Allah SWT...pokok yang hidup harmoni dan berjalin indah... |
Kita sambung tengok gambar ye...
Sempat makan bebola kacang 3000 won. bebola kacang nih disebut Hodugwaja.
Acara changing guard ceremony
10.40 pagi
Destinasi kedua kami ialah Namsangol Hanok Village - (hanok = rumah-rumah tradisional Korea). Sebuah perkampungan masyarakat Korea pada zaman Dinasti Josean (1392-1910) dan memaparkan rumah replika mengikut binaan asal rumah-rumah ternama zaman raja dahulu kala dan memaparkan seni bina warisan rumah lama Korea terutamanya di peramunya (bumbung). Ada beberapa aktiviti tradisional yang dibuat bagi menghidupkan suasana pada zaman tersebut, contohnya dua orang lelaki yang agak berusia sedang membuat kraftangan. Nak pakai pakaian tradisi (hanbok) mereka pun ada disediakan (bayaran 5,000 won seorang). Perkampungan ini juga berada di tengah bandar Seoul dan memang mudah untuk dilawati. Masuk adalah percuma dan dibuka pada pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Beberapa penggambaran drama untuk menggambarkan zaman dolu-dolu juga banyak dibuat di sini.
Khusyuk membuat kraftangan...
lihatlah seni bina pada peramu (bumbung)...unik
deretan tempat simpanan/peraman kimchi..tapi isi takdak!...
dah ambik yang berusia..ambik yang muda jugak kan.. sempat merakam gelagat mereka...comel jer.. yang bertudung tu gadis dari Iran katanya..ramah menyapaku juga |
peralatan memasak tradisional...
12.00 tengah hari
Bertolak untuk makan tengah hari. Yeayy!!! Nak makan kat mana? Kat Itaewon katanya. Kawasan kedai Muslim banyak di sini - kedai makan, kedai runcit, kedai jual barangan nak pergi umrah dan haji dan seumpama dengannya pun hado. Alhamdulillah. Pendek kata, kalau sesat kat sini seminggu pun takpe..hehe. Malah, satu-satunya Masjid Antarabangsa ada di sini (cerita tentang masjid nanti saya cerita lain ye). Kawasan Itaewon ni kawasan berbukit, makanya dah habis makan nasi beriani secara bufet di Bombay Grill (ada gulai ke kari kambing - apa lagi, ngap), mari kita mendaki untuk menunaikan solat di masjid antarabangsa.
Jalan berbukit...Ada restoran Siti Sarah (pemiliknya orang Indonesian)
Ni bahagian hadapan kedai kami makan - Bombay Grill...
Banyaknya I makan..hehe...sebab ada kari kambing...dapp!
sebelah meja kami pun orang dari Malaysia...
sekitar jalan Itaewon...banyak kedai Muslim...
Kat hujung jalan ni (gambar atas) ada gerai kecil tepi jalan jual Pungo-Pang (sejenis kuih kecil macam waffle tetapi bentuk ikan saiz sederhana dan berinti pelbagai). Jika saiz ikan besar disebut inkuhbbang, bentuk bunga krisan disebut gukhwappang dan bentuk buah walnut disebut hodugwaja. Hari nak balik barulah berani nak cuba Pungo-Pang, itupun kak Yati yang beli dan kami tumpang makan. Sedap sebab inti kacang merah.
haaa..inilah bungeoppang rupanya disebut Pungo-Pang (roti kacang merah)
seperti wafel bentuk ikan dan inti kacang...gambar ihsan google...
seperti wafel bentuk ikan dan inti kacang...gambar ihsan google...
gambar bawah nilah Balai Bomba..trademark jika nak masuk jalan Itaewon/
kawasan kedai dan makanan halal..nak lalu ke masjid pun boleh...
berjalan nak ke seberang...hadapan Balai Bomba
Nota :
Aktiviti kami selepas sampai ni satu hari je dulu di Bandar Seoul. Sebab sebelah petangnya kami akan meneruskan kembara ke Pulau Jeju selama dua malam. Pulau Jeju antara tujuh keajaiban dunia - tempat istimewa yang tercatat dalam rekod UNESCO. Jeju juga merupakan kawasan pelancongan yang cantik dan terpelihara - terkenal dengan buah limau mandarin dan hallabong, coklat dan teh hijau. Patung 'grandfather' dan patung Ganse yang menggambarkan wanita Jeju yang hebat - angin dan laut sinonim dengan sejarah penyelam wanita Jeju.
Sekitar pemandangan Lapangan Terbang Gimpo - nak ke Jeju
Ada jumpa rombongan Mr. Hiu yang nak ke Jeju juga..mereka sungguh ramah
Selesai makan dan solat, berdesup untuk daftar masuk di Lapangan Terbang Gimpo (sebelah dengan Lapangan Terbang Incheon), Lapangan terbang ni hanya dibuka hingga pukul 12.00 malam. Ke mana kita nih? Ke Pulau Jejulah menaiki pesawat Korean Air (KE1247) dan dapat tempat duduk 40F (seperti yang tertera dalam sehelai tiket rona kuning).
Penerbangan kami lewat dalam 45 minit. Ada hikmahnya rupanya. Allah SWT Sebaik-baik Perancang. Sepatutnya kami naik pesawat Jeju Air (kecik sikit), namun rupanya mereka bagi kapal besaq Korean Air (kapal yang sama dari KL ke Incheon). Alhamdulillah.
4.45 petang
Penerbangan kami lewat dalam 45 minit. Ada hikmahnya rupanya. Allah SWT Sebaik-baik Perancang. Sepatutnya kami naik pesawat Jeju Air (kecik sikit), namun rupanya mereka bagi kapal besaq Korean Air (kapal yang sama dari KL ke Incheon). Alhamdulillah.
4.45 petang
Jom terbang ke Pulau Jeju. Penerbangan ke Jeju mengambil masa 47 minit 52 saat kata Mr. Steven yang suka bermain dengan angka. 'Pali-pali' 'nala-nala' katanya (cepat-cepat), 'flying dog' (duck sebenonya). Are you sure? Antara seloroh yang keluar dari mulut Mr. Steven. Menambah gelak dalam kumpulan kami.
Inilah kapal kami yang membawa kami ke Jeju-do...
5.35 petang
Mendarat di Lapangan Terbang Jeju. Pendaratan sempurna. Syabas Mr. Pilot Surihati dia! Haha..suka hati je ek. Jom ambik bagasi masing-masing yang setia menemani tuannya. Apa yang penting, berat beg masih sama. Haha...Pali-pali, nala-nala kata Mr. Steven, berlari-lari mak kami mengekorinya ke hulu ke hilir mencari bas dan pemandunya. Dahlah hujan renyai. Bertabahlah kami mengheret beg. Macam tak percaya je dapat menjejakkan kaki ke Jeju...Syukur alhamdulillah. Sebelum daftar masuk ke hotel, jom makan dulu.
Senyum je menyapa kami untuk mengeluarkan beg dari mulutnya!...hehe
sesi menyusun beg...
Hujan renyai menyapa kedatangan kami...
8.10 malam
Selesai makan malam dan bersiap ke hotel. Badan dah berlengas (tapi tak rasa sangat) nak mandi je rasanya. Kalau kat Malaysia, jenuh macam-macam bau akan keluar. Haha... Jarak tempat makan dengan hotel tak jauh, hanya mengambil masa lapan minit. Kami menginap di Hotel R&T (alhamdulillah selesa dan bersih).
sebelum daftar masuk hotel..jom makan malam...perut dah berkeroncong...kruk kruk...
penuh satu meja..alhamdulillah...
Nampak tak sup daun hijau tuh, nampak sedap kan?
Sup Rumpai Laut nih dipanggil Miyeok Guk (miyeok - rumpai laut, guk - sup).
ikan mackerel bakaq..hmm memang sedap...
bergambaq dulu sebelum makan...Bismillah...
Nota :
1. Bermula di Jeju inilah mula minta garpu untuk makan. I reti sikit-sikit je pakai chopstik (malas nak pikiaq susah-susah nak pakai chopstik, kita makan guna sudu garpu je ye).
2. Sepanjang kami bermalam di mana-mana hotel, ku tetap setia menemani (cewah) Kak Pah dan Kak Siti Hawa. Alhamdulillah dapat sahabat sebilik hotel yang sporting dan hebat.
2. Sepanjang kami bermalam di mana-mana hotel, ku tetap setia menemani (cewah) Kak Pah dan Kak Siti Hawa. Alhamdulillah dapat sahabat sebilik hotel yang sporting dan hebat.
Hotel tempat kami bermalam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan