21 Oktober 2016
7.45 malam
Encik Suami menghantarku ke KLIA, hanya menurunkan aku lalu dia pulang. Selamat tinggal bang. Jaga diri baik-baik. Aku agak lewat ke KLIA berbanding Kak Asma dan sahabat yang lain. Tempat berkumpul di SR. Mereka dah lepak lama dan mengisi perut. Aku mendekati mereka dan join sekejap.
Nota: Ada diwujudkan grup wasap Kembara Korea - bagus juga. Segala maklumat dapat dikongsi.
kita gambo dulu sebelum daftar masuk... |
Alhamdulillah. Grup kali nih terdiri daripada wanita hebat
1. Kak Norasma - Ketua Geng 'Kampung Pisang'..haha (gurau je kak)
2. Kak Norhayati - nampak serius tetapi kelakar
3. Kak Latipah - 'cool' dan banyak membantu
4. Kak Siti Hawa - teruja dan kadang kala 'blur'
5. Kak Azita - nampak serius dan kadang boleh buat orang ketawa
6. Kak Salmah - pendiam tetapi 'sporting'
7. Suriati - pendiam gak dan banyak membantu tangkap gambo
8. Kak Norly - jangan cakap! Hepi memanjang dan banyak buat lawak dan banyak tolong tangkap gambo. Ate!
9. Nurul - cute dan manja
10. Mama Nurul (Aminah) - nampak muda jer, pendiam dan mudah cakap Jowo dengannya..haha (sedulur sejowo)
11. Ai ler! Bantu tangkap gambo dan berusaha tulis pengalaman jelajah Korea 2016
Nota: Baru 11 orang dalam satu kumpulan. Kalau lebih lagi..hmm lagi havoc...haha.
Semua wanita Srikandi hokey!
Semua wanita Srikandi hokey!
welfie...sebahagian kami...Geng DBP... |
Tempat duduk 36J-duk hujung sekali dekat tingkap... Jom terbang ke Incheon! Enam jam perjalanan..Ayuh! |
9.00 malam
Bergerak ke ruangan daftar masuk antarabangsa. Kak Nora, wakil agen dari Malaysian Harmony datang mendekati kami. Kak Azita, Kak Sal, Suriati dan Kak Norly datang kemudian tak lama kami berkumpul. Sedikit penerangan diberi dan pasport kami diambil untuk daftar masuk diri dan barang. Kali ni grup kami memang naik belon Korean Air pergi dan balik. Satu pengalaman baharu. Beg dah masuk. Jom kita memasuki ruangan pemeriksaan polis dan Imigresen pulak.
Wajib bergambo sebelum masuk..Kak Nora sebelah kanan sekali |
Nota :
1. Pakej pelancongan kami meliputi penginapan, tambang kapal terbang (termasuk tambang ke Pulau Jeju), pengangkutan, makan minum, tiket bayaran ke tempat-tempat yang dilawati dan lain-lain. Hanya bawa diri dan duit poket jer. Memang berbaloi-baloi pergi untuk pertama kali. Sebabnya mesti ada masalah bahasa bila nak berhubung dengan penduduk mereka. Tak ramai yang pandai berkomunikasi dalam bahasa Inggeris (kecuali di Pasar Namdaemung, peniaganya dapat berbahasa Melayu-Daebak! - bukti sekali lagi bahawa orang Malaysia banyak melancong dan berbelanja di Korea Selatan).
2. Masa pergi - Berat beg masing-masing sekitar 10 kg ke atas (1 bagasi 1 beg sandang/tarik - lebih satu pun ada). Masa balik - Kita tengok nanti!!! Haha...sebab kata kak Nora..last minit dia seprais beritahu bahawa berat bagasi masa balik nanti diberi 33 kg! Wow!! Idoklah teman nak bawak balik banyak barang dak. Paling kurang 30 kg..haha..tetiba.
2. Masa pergi - Berat beg masing-masing sekitar 10 kg ke atas (1 bagasi 1 beg sandang/tarik - lebih satu pun ada). Masa balik - Kita tengok nanti!!! Haha...sebab kata kak Nora..last minit dia seprais beritahu bahawa berat bagasi masa balik nanti diberi 33 kg! Wow!! Idoklah teman nak bawak balik banyak barang dak. Paling kurang 30 kg..haha..tetiba.
9.45 malam
Naik tren ke ruangan menunggu antarabangsa C12. Wow! Dah lama rasanya tak ke ruangan tersebut. Haha...Nak dekat dua jam lebih kami tunggu sambil minum kopi di Coffee and Bean & Tea Leaf. Aku? tidaklah berani nak minum kopi bagai. Sebab jenis nak ke tandas je lepas minuman berkafein nih (syukur sepanjang perjalanan tak rasa nak ke tandas). Duk elok je kat tempat duduk.
suka pemandangan kat sini...harmoni dan cantik jer... |
Jom kita swafoto...Kak Siti Hawa |
11.20 malam
Mula beratur nak masuk ke perut kapal melalui pintu C12. Ramai orang Malaysia yang pergi kali ni mengikut kumpulan agen pelancongan masing-masing (selalu penuh rasanya). Sekapallah kita. Macam nak balik raya je kans...hehe.
Nampak tuh...Korean Air...hehe |
Selamat masuk perut kapal. Lewat sedikit daripada jadual penerbangan asal. Mr. Pilot pun turut sama mengalu-alukan kami masuk kapal. Nasib baik hensem sikit..haha. Kapal ni besar (Boeng B777-300), ada empat ruangan. Dua untuk kelas vip/perniagaan, dua lagi ruangan untuk kelas ekonomi. Kami dapat ruangan ketiga.
yang ni kelas perniagaan.. |
yang ni untuk golongan marhaen macam kami..hehe.. Alhamdulillah selesa. |
Antara Kemudahan yang diberi...
tayangan filem ke drama..opkos ada...
Dapat tido dengan selesa-dapat bantal, selimut dan alat pendengar... |
senyum sebelum terbang...hehe
jangan lupa isi ye...borang declaration...
12.25 malam
Tayar kapal dah tak jejak bumi. Bye Malaysia, Bye encik suami! Semoga penerbangan kami selamat sampai ke destinasi. Enam jam dalam kapal. Bertabahlah perut dan badan. Sejam dua dalam penerbangan memang tak lena tidur. Kita layan cite Korea "Panthom Detective" heronya Hong Gil-dong (Haha..sempat catat). Tekan-tekan je skrin kat depan sampai jadi sebab arahan dalam bahasa Korea. Hanya sempat tengok sekerat jalan je cerita tuh-selebihnya tido. 1.15 pagi masih tak lena tido lagi, dapat lena sekejap pastu 3.00 pagi terjaga semula.
4.20 pagi (kalau ikut waktu Korea 3.20 pagi)
Lampu terpasang. Alamak awalnya. Dah sampai ke? Rupa-rupanya pramugari nak beri set makanan kepada penumpang Muslim dahulu. Awalnya, anggaplah macam nak sahur ye. Jangan banyak cakap, sambil mata terkulat-kulat telan makanan. Selesai makan (jus oren pun bedal jugak) perut pulak agak memulas-mulas. Kupujuk perut baik-baik agar tak buat hal. Syukur takde apa-apa. Setengah jam selepas kami habis makan, giliran non-Muslim pulak dapat makan. Sempat ku kerling orang sebelah -- set makanan mi besar (macam mi udon jer). Mereka tak habis makan sebab awal lagi kot dan lebih rela sambung tido. Hehe...Pramugari menyambung tugas menyua air kopi atau teh. Aku? Tidak lagi kot sebab masih menjaga keselesaan perut. Malas nak bangun dari kerusi yang tak berapa empuk sebab duduk di hujung dan malas nak mengganggu orang kat sebelah.
makanan sihat ala barat..nyum.. |
5.20 pagi
Hari dah nak hampir terang (waktu Subuh masuk 5.19 pagi waktu Korea). 5.50 pagi keluar pengumuman bahawa kapal terbang nak mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea. 6.15 pagi dijangka betul-betul mendarat.
Nota : Apakah keistimewaan penerbangan Korean Air nih?
1. Dek kerana orang Malaysia banyak melancong ke Korea (kerjasama antara Malaysia dan Korea juga rasanya), pengumuman dan pemakluman dalam penerbangan menggunakan bahasa Melayu selain bahasa Korea dan bahasa Inggeris. Mana taknya, setiap kali penerbangan nak ke Korea, ramai je orang Malaysia. Sebab itulah ada keperluan dan inisiatif syarikat penerbangan mereka menggunakan bahasa Melayu bagi menarik kedatangan pelancong ke Korea- Daebak!
2. Selain itu, (macam karangan esei nih..haha). Nak baca lagi? Jom teruskan. Selepas je kapal berada pada ketinggian yang sepatutnya, para pramugari yang kurus dan manis nih cepat je melabel kerusi penumpang Muslim dan lekat tag awal-awal untuk mudah kenal pasti nak beri hidangan halal. Macam ku ceritakan sebelum ini, penumpang Muslim diberi keutamaan dan dihidangkan makanan terlebih dahulu. Setengah jam kemudian, barulah penumpang yang lain (tapi tak tahulah syarikat penerbangan lain pun sama berbuat demikian dan mungkin aku tak tahu).
Kita sambung lagi selepas ini...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan