Pulau Nami, Kami datang!!!
Terkenal dengan kisah cinta sejati: Winter Sonata - Bae Yong Jun sebagai Joon-Sang dan Choi Ji Woo sebagai Yu-Jin...dah lebih 12 tahun drama Korea tuh pernah mewarnai hidup anda di kaca tv. Salah satu tempat penggambaran yang begitu popular ialah di Pulau Nami (sehingga kini menjadi salah satu tempat pelancongan terkenal). Tidak dinafikan bahawa drama tersebut menjadi pencetus dan pemula rakyat Malaysia meminati drama Korea (sampai kalah drama Cina, malah Hindustan).
Nota: Lihatlah kebesaran Allah SWT, kusempat merakam gambar pokok yang menyerupai bentuk love...Subhanallah. Jom kita sambung cerita kembara kita ke Pulau Nami (Dari Seoul nak ke sini mengambil masa dua jam lebih).
24 Oktober 2016 (Isnin)
3.45 petang
Bertolak ke Pulau Nami. Rupa-rupanya jarak dari tempat makan kami nak ke Pulau Nami tak jauh dah - hanya mengambil masa 8 minit. Masa agak terhad. Setelah Mr. Steven bayar tiket masuk, kami beratur untuk menaiki feri ke pulau - memang ramai manusia silih berganti keluar masuk ke pulau. Jarak dari pangkalan di darat untuk ke pulau taklah jauh sangat - hanya mengambil masa kurang lebih 5 hingga 8 minit dah sampai! Pulau Nami ni besar ye hakak-hakak (tapi taklah besar macam Pulau Langkawi) dan berada di tengah-tengah sungai. Kami diberi masa sejam untuk meronda sekitar pulau. Apa?? Mana cukup..huhu. Terpaksa kami berkejar-kejaran macam drama Hindustan. Cari tempat wajib untuk bergambar hokey!
kawasan meletak kenderaan
posing lagi sebelum beratur nak naik feri...
pintu masuk nak naik feri di pangkalan...
Jom beratur...
kat pangkalan feri..dah nak berlepas...
nampak tak menara tuh..tu ada tali kabel yang menghubungkan dari situ ke Pulau Nami..
boleh naik ala superman kat situ...
salah satu feri yang membawa pelancong ke pulau...
salah satu kawasan pinggiran nak masuk pulau...
berkebetulan ada delegasi Malaysia turut ke sini, kami menumpang alu-aluan selamat datang!
dah sampai ke pintu masuk pulau..aktiviti bergambar ramai-ramai ye..
(psst..tunggu berminit-minit rombongan dari tuttt yang 'syiokk' bergambar - agak pentingkan diri, walhal kami dah menunggu lama nih, rasa nak minta mereka bawak balik je patung tuh..haha)
jalan laju-laju menuju ke deretan pokok nih...meh buat gaya kungfu! Eh, kita kat Korealah..haha
Kat sini dikenali sebagai Jalan Metasequoic - pohon-pohon yang tinggi
dan momen paling indah pada saat musim gugur dan dingin.
Ada gaya macam pelakon tak? haha..pelakon tambahan kot...
kakak ultraman taro! (baru bukak topeng dan baju ultraman) hihi...
nikmati kawasan sekitar pulau..kawasan wajib ambik gambar...pokok mula berubah warna
- daun berwarna-warni...almaklumlah musim luruh..nak masuk musim salji...
eh..sayup je gambo kak Pah..duk sorang-sorang ek..hihi
gaya, mutu, keunggulan..cewaahh...pengarah : Nurul...hehe
Jika tak silap, kawasan nih ialah Jalan Gingko - kawasan paling cantik pada musim gugur
kerana daunnya berubah warna menjadi, kuning, coklat atau merah dan berguguran.
Jalan Metasequoic...
kat kawasan bawah nih, kat meja ada pasangan patung snow (tempat hero dan heroin Winter Sonata), hanya kak Asma, kak Pah dan kak Yati je jumpa..kami? sibuk bergambar tempat lain..hehe
patung snow yang ini banyak...hehe...tulisan dalam bahasa Melayu ada kat tiga patung..
Gambor kat bawah, kawasan wajib kita bergambar..
ambik giliran ye nak bergambar dengan hero dan heroin winter sonata nih...
gambar kredit nak bagi kak Hawa lepaskan rindu dengan hero dan heroin...hehe
kawasan nih, geng kak Norly yang sempat bergambar..kami yang lain tak sempat..hehe
First Kiss Bridge...wahhh...
Nota : Kami tak sempat mencuba dosirak - nasi, telur dan kimchi dalam bekas alumunium panas yang digoncang-goncang, terbalikkan sebelum dimakan.
Hotel ada gak kalau nak bermalam di sini...
maklumat berkaitan Pulau Nami...
nama dan bendera Malaysia terpamer di sini...
musolla pun ada disediakan, tapi kami tak pergi sebab jamak qasar di hotel je nanti..
kawasan kedai nak beli barangan cenderamata..harga?
Standard untuk jualan kepada pelancong!
Standard untuk jualan kepada pelancong!
berjalan sudah, berbeli beg cenderamata pun sudah..jom balik...
beratur lagi nak naik feri...
terima kasih Pulau Nami..atas kenangan dan pengalaman terindah 2016...
melangkah puas (walaupun tak lama)..selamat tinggal Pulau Nami...
bendera Malaysia berkibar megah...
kami sampai ke pangkalan asal dah nak golap...
kawasan kedai sekitarnya...
kedai kopi berkonsepkan mini perpustakaan...comel kans?
temankan hakak-hakak beli ayaq kopi...banje gambo sikit...
Ringkasan:
Dah habis jelajah dan merakam kenangan, jom kita ketahui serba sedikit sejarah tentang Pulau Nami@Namiseom. Pulau Nami ni terletak di wilayah Chuncheon-si, provinsi Gangwon-do, 63 km dari kota Seoul. Pada awalnya, Nami berupa daratan yang berada di tengah-tengah sungai. Akibat hujan yang bermusim telah menukar Nami menjadi pulau dan pembinaan empangan Cheongpyeong menjadikan Nami pulau selamanya. Pada tahun 1965, pulau ini telah dibeli oleh Mr. Byeong- O Minn - bekas gabenor Bank of Korea yang menghabiskan sisa hidupnya untuk bersatu dengan alam - sebab itu pulau Nami dianggap seperti pulau peribadi yang dibangunkan sepenuhnya menjadi tempat pelancongan. Melalui perusahaannya, beliau membina dan membangunkan pulau dari tanah kosong menjadi pulau yang cantik, sebagai taman hiburan dan pusat acara kebudayaan Korea. Beliau turut mendirikan Gyeongchun Tourism Developemnet Inc. dan berubah menjadi Namisum Inc pada tahun 2000. Pada 1 Mac 2000, Namisum Inc telah menyatakan kemerdekaan pulau Nami sebagai Republik Naminara yang mempunyai bendera. lagu dan mata wang kebangsaan, pasport dan sijil kewarganegaraannya sendiri.
Pulau ini mendapat nama sempena nama Jeneral Nami - tokoh terkemuka dalam sejarah Korea yang gagah berjuang dalam peperangan. Jeneral Nami seorang yang pintar (luar biasa), baik dan kuat. Pada usia 17 tahun telah diangkat sebagai Jeneral dan pada usia 25 tahun memegang jawatan penting dalam jabatan (seperti Menteri Pertahanan) pada pemerintahan Raja Sejo - Dinasti Joseon. Namun, kepintaran Jeneral Nami telah dicemburui oleh pembesar yang lain dan menyebabkan beliau difitnah berkhianat pada raja. Raja yang mengetahui terus percaya dan menjatuhkan hukuman mati - dipenggal leher, potong tangan dan kaki dan dibuang ke sungai. Masyarakat yang sedih dengan peristiwa tersebut berusaha mencari potongan jasad dan mengebumikan cara baik. Sebuah perayaan diadakan setiap tahun di Pulau Nami demi mengenang kehebatan Jeneral Nami.
Hmm..tak ubah seperti cerita Singapura dilanggar todak. Bagaimana idea dan kebijakan seorang budak kecil menjadi penyelamat Singapura daripada diserang terus todak - memacak batang pisang di sekitar pantai. Akibat dicemburui dan kebijakan tersebut dianggap menggugat pangkat para pembesar, budak kecil itu difitnah dan dihukum mati. Dalam realiti sebenar, begitulah lumrah kehidupan manusia - memang ada yang dengki dengan kebaikan dan kebijakan dalam bertugas atau sebaliknya, sering dicemburui dan dikata. Apa pun hargai pendapat orang lama dan hormati pendapat orang muda - saling menyokong, bekerjasama dan meningkatkan kecemerlangan organisasi. Eh, lari topik pulak!
5.30 petang
Kami keluar pulau dan menaiki bas untuk menginap di kawasan Gunung Soereak - jarak perjalanan mengambil masa dua jam (sompek kami lolap seketika). Sebelum daftar masuk hotel, kami nak makan malam dulu di Restoran Ocean. Apa yang kami makan kali nih? Sup makanan laut - ada kotam tapi isinya tak berapa ada dan tak sogar. Tapi syukur ada hidangan sampingan lain. Mari menjamu selera dengan seleranya...Bismillah...

sebelum dan selepas menggelegak...hehe..
8.30 malam
Inilah hotel tempat kami menginap - Kumho Resort yang terletak di provinsi Sokcho. Kami menginap di Bilik 438 - ala apartmen yang mempunyai dua bilik. Istimewanya bilik kami takde ekon dan katil, hanya ada hamparan tilam nipis dan bantal, cadar ada jugak. Sebab apa? Bilik-bilik yang ada dipasang sistem pemanas yang boleh diselaras - nak bagi panas suhu yang hangat kat kawasan tersebut. Begitulah ceritanya. Pengalaman baru buat kami (gambar tilam tak jumpa-nanti i kongsi ek..kena carik dulu). Malam kami ditemani dengan cuaca dingin dalam hujan renyai.
Inilah bilik kami..tidur di lantai beralaskan tilam nipis dan kehangatan lantai yang hangat ...
Pemandangan awal pagi..dingin dan segar selepas hujan renyai...
banje satu gambar sebelum nak meninggalkan hotel...
kita sambung lagi cerita kembara kami ke Gunung Soerak di bahagian seterusnya ok...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan