Khamis, 17 November 2016

Ke Korea Kita - Bahagian 5 (Pulau Jeju)

eh..eh..jangan jemu menatap dan membaca travelog kami ke Korea Selatan ye!
Meh sambung cite lagi...(nak kena cepat menulis nih..hakak-hakakku dah mula membaca!)

Ringkasan:
Pulau Jeju (Jejudo) dikenali sebagai Islands of the Gods yang terletak di Selat Korea. Merupakan pulau terbesar sekali gus provinsi (wilayah) terkecil di Korea. 130 km jauhnya dari pantai selatan Korea dan telah diisytiharkan sebagai pulau warisan dunia oleh UNESCO dan merupakan salah satu daripada tujuh keajaiban alam.

23 Oktober 2016 (Ahad)

Alhamdulillah tido kami lena malam tadi setelah bersihkan diri dan solat.

7.15 pagi
Dah bersiap untuk bersarapan di tingkat 2 (bilik kami di tingkat 6 - kalau turun tangga tak berasa sangat..kalau naik tangga, kami berkira..haha). Hmm..hanya roti dan jem/mentega je yang dapat kami telan sebab hidangan yang lain agak meragukan. Selepas makan, kami ke bilik semula untuk kemas barang dan lepaskan hajat yang tertangguh - jika ada. Memang ada! Usai urusan, kami turun dan pemandu bas dah tunggu. Sempat tak puas hati dia sebab kita lambat. Sikit je sebab ada masalah sikit kak Asma nak ambil telekung je dan kunci yang diletakkan di kaunter penyambut tetamu tidak ditemui. Pelik tetapi benar! Sukarnya apabila mereka juga tak tahu berbahasa Inggeris - Mr. Steven jadi perantara.
Antara tiket masuk pengembaraan kami sekitar Pulau Jeju...
8.15 pagi
Kami teruskan perjalanan sebab pemandu tak sabar-sabar nak memandu! Seronok bawak kami katanya (haha..ni ayat aku tambah). Al-maklumlah orang Korea ni menepati masa ye puan-puan. Iyelah, orang Malaysia macam kami ni sedang mencari rentak untuk menepati masa. Sepanjang perjalanan awal pagi memang indah dan dingin (sebelum kami sampai, baru seminggu Pulau Jeju dilanda ribut). Melihat pemandangan pesisir pantai dan putaran kincir angin gergasi - windmills (sumber tenaga angin untuk bekalan tenaga elektrik) yang mengasyikkan. 

Destinasi kami yang pertama ialah ke Muzium Haenyeo (Sea Lady Museum) dengan bayaran masuk sebanyak 8000 won (www.haenyeo.go.kr) - Mr. Steven yang bayar sebab termasuk dalam pakej (jangan risau tentang bayaran masuk bagai ye). Haenyeo tu bermaksud penyelam wanita. Lihatlah pemandangan kat gambar di bawah, awal pagi yang dingin je -  best. Orang lain masih dalam selimut, kami dah menapak kat sini. Silalah kagum. Hehe...Acara utama setelah melawat sekitar muzium ialah tayangan video yang memaparkan kehidupan masyarakat Jeju dari dahulu hingga sekarang terutamanya golongan wanita yang mencipta sejarah menyelam tanpa menggunakan bantuan menyelam demi mencari sesuap nasi dan bersuap-suap nasi untuk keluarga mereka. Memang kagum! Daebak!



Peta sekitar Pulau Jeju
Selamat datang Muzium Haenyeo (Sea Lady)!
Istimewanya muzium ini memaparkan keistimewaan Pulau Jeju yang tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan dengan laut dan kegigihan wanitanya yang hebat menyelam di lautan mencari hidupan dan karangan laut tanpa menggunakan alat bantuan menyelam (pernafasan).

Cantik dan unik arca nih...
Cerita kehidupan yang menarik tentang batu, wanita, batu, angin dan laut!
penyelam menggunakan batu leper yang diikat dipinggang 
bagi memudahkan masuk ke dasar laut tanpa bantuan pernafasan...

Replika perkampungan lama Pulau Jeju


Pemandangan sekitar belakang muzium...dingin dan mendamaikan
 model tak berbayar..hihi...
selepas menonton tayangan video...
Gambar bawah pulak aktiviti bebas - gigih bergambar depan muzium..hehe



yang ni bentuk sarang/ cinta ye..bukan bentuk mon nyett...haha



 Selamat jumpa lagi...saranghe!
9.30 pagi
Meneruskan perjalanan ke Family Farm Village. Pemandu bas kami yang 'hebat nih' menggunakan jalan singkat untuk ke sini-macam lalu ceruk-ceruk kampung gituh. Alhamdulillah dapatlah kami menikmati suasana kampung. Rumah-rumah mereka comel je dan tak berapa besar. Setiap inci tanah digunakan sebaiknya. Tanam sayur-mayur dan pokok limau. Menariknya juga, sepanjang jalan di celahan batu di pinggir jalan, terselit pokok-pokok renek berbungan kuning (cantik namun tak dapat ambil gambar cantik sebab berada dalam bas -  laju je pemandu bawak).
Sebenarnya, kami ke Jeju tak kena masa sebab buah limau telah habis dipetik - hanya sesetengah tempat je pokok limau mereka masih berbuah dan menguning. Kata Mr. Steven kalau makan limau tidak pada musimnya, tak sedap. Jadiknya sampai sudah kami tak mencuba rasa buah limau yang ada. Boleh!!! Dahlah pergi jauh-jauh tapi tak merasa buah limau walau seulas!
Akhirnya bas berhenti di sebuah kedai coklat dan kebun limau. Kami dibawa mencuba rasa coklat yang dijual. Dapatlah kami beli sekotak dua (dan berkotak-kotak). Sambil tangkap gambar di sekitar kebun limau dan di tepi pokok limau..haha. Jadiklah untuk kenangan. Cuaca pagi masih dingin. Syukur alhamdulillah.


banyak patung Dolhareubang /Stone Statue..kans..

Toke kedai pandai berbahasa Melayu sikit-sikit. Kans...nampak tak..sah orang Malaysia ramai datang ke kedainya, jadik ambil peluang belajar dan menggunakan bahasa Melayu bagi menarik kedatangan pelancong dan memberi kekaguman pada kami...Daebak!
Pilih jangan tak pilih kak...
Cak!! Duk kat buaian sorang pun jadiklah kans...
10.00 pagi
Kemudian, ke mana kita nih? Jom pergi ke tempat yang dinanti-nantikan (selalu tengok gambar orang je) - mendaki puncak "Seongsan Ilchulbaong Peak" (Sunrise Peak) dengan bayaran masuk 13600 won. Sunrise Peak terbentuk dari batu lava yang terhasil dari letusan gunung berapi (volcanic eruption) sejak 100 ribu tahun dulu dan mempunyai ketinggian 183 meter dari aras laut. Jika dilihat dari udara (kalau ada dron lagi best..ahaks!), nampak jelas macam bekas kawah gunung berapi yang menjadi pulau dan menghijau.

Kami mula mendaki dalam cuaca dingin dan berangin. Langkah demi langkah kami mendaki. Kawasan memang berbukit dan kemudiannya perlu melangkah menggunakan tangga. Dorongan daripada Kak Asma menguatkan semangat (fizikal pun perlu kuat) untuk ku sampai ke puncak, melangkah naik dan turun tangga 400 lebih tangga (sampai sini, cerita terbantut dekat dua hari - idea terbantut dan kepenatan bergabung!).

Jom sambung balik. Terima kasih kak Asma sebab temankan aku naik jasamu kukenang kak. Kak Azita, Kak Norly, Kak Salmah dan Suriati berjaya naik ke puncak sama-sama. Alhamdulillah. Ada stesen untuk kami menikmati pemandangan dan bergambar. Sebelum angin kuat menyapa kami, jom kita turun tangga. Sambil turun tangga itulah, Subhanallah. Indahnya pemandangan yang kami lihat. Dapatlah kami merakam pemandangan sekitar pulau. Rugi kalau tak naik sampai ke puncak!
pintu masuk...

bayar dulu sebelum mendaki...

wah..sayup-sayup nak mendaki nih..boleh ke Suhana nih!
dah ramai yang mendaki...kami baru nak mula..caiyuk-caiyuk!






lihatlah deruan angin yang menyapa kami..kuat juga anginnya..hehe

rehat jap-ambik nafas dan bergambar...haha

Masa ni dah sampai pertengahan..apa! ada lagi separuh nak ke atas...jom..jom naik lagi...
kat sini sedang berada dalam ketinggian 208 meter..baru 208 meter, ada 90 meter lagi
nak sampai ke puncak (kiranya 298 meterlah) Eh..jap..jap 183 ke 298 lebih dari aras laut,
nanti aku semak betul-betul ek...
mendongak jugak nak naik atas nih...

kita sambung ambik gambo lagi...Subhanallah...cantikkk....
dari atas nampak jelas sekitar Pulau Jeju...



Kak Asma kekal bertenaga dan bersemangat..aku! Masih tercungap-cungap dan mengumpul kudrat...
dah nak sampai tuh...caiyuk-caiyuk...Kak Azita sedang mendahului kami...




Gambo-gambo kat bawah inilah kawasan puncaknya. Dapatlah kami berhenti jap.
Tak boleh lama-lama sebab angin kuat boleh datang bila-bila masa jer.
nampak tak belakang kami..mendatar je kawasan tersebut dan menghijau...

ni kawasan puncak belakang pulau..

perlu berhati-hati melangkah sebab tangga agak curam...
ni masa nak turun...seriau kans...hati-hati melangkah ok...

dari puncak nampak jelas sekeliling pulau





Dah nak sampai nih..sikit lagi!

menuruni bukit bahagian kanan sebab nak lihat tepian pesisir pantai
dengan lambungan ombak dan deruan angin kuat - sejuk!




perlu bergambar di sini bagi membuktikan aku dah sampai ke puncak pulau Jeju..eh tetiba! haha..
Kan ni gambo tepian pantai. Cantik pemandangan di sini...Subhanallah...
Ini namanya seperti peribahasa "jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai".
Sesuai tak dengan peribahasa dengan gambar nih. Kiranya orang Pulau Jeju ni memang hebat dan berani untuk duduk di tepi laut dengan deruan angin dan lambungan ombak yang begitu menyeramkan! Betul-betul dekat dengan lambungan ombak.

Dek kerana keindahan ciptaan Allah SWT dan keasyikan dibuai angin kuat, kami lambat ke bas dalam beberapa minit. Maafkan kami Mr. Steven, maafkan kami pakcik bas yang garang, maafkan kami sahabat-sahabat yang lain. Lepas kejadian agak lambat inilah, kami agak menepati waktu untuk mana-mana program berikutnya.

Pengalaman setiap orang ke tempat ni berbeza-beza mengikut musim. Ada juga yang pergi awal pagi, iaitu selepas Subuh untuk melihat dan menikmati keindahan matahari naik. Mesti best kan?

Itu sahaja untuk cerita di Puncak Pulau Jeju. Ini baru sebahagian pengembaraan kami ke Pulau Jeju, ada bahagian lain yang perlu kami terokai. Nanti kita lihat sama-sama ok. Kita sambung cerita di bahagian berikutnya...

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...