Hari-hari terakhir di bumi Seoul.
Kami bermalam dua malam di Urban hotel-dekat kawasan elit di Gangnam (kawasan lepak orang kaya dan banyak butik terkenal). Hotelnya yang agak urban, bilik kecil tetapi selesa. 7.30 pagi turun sarapan dan agak banyak pilihan yang boleh dimakan dan tidak meragukan. Apa yang istimewanya ada mesin pembancuh kopi segera - tekan-tekan keluar air macam kita bayar kat restoran bagai. Best sangat! Dua tiga kali ulang minum. Sebabnya sekali tekan hanya dapat tiga suku cawan kecil (aci lah kan sebab percuma). Nak bagi puas hati, abis secawan, mai secawan lagi sampai puas hati. Alhamdulillah. Aku pada hari pertama sarapan tak pandang pun, esoknya tiga cawan kuhadap! Hehe..
sekitar kawasan Hotel Urban...
Jalan utana Gangnam pernah menjadi salah satu lokasi
penggambaran Avengers 2: Age of Ultron
Jalan utana Gangnam pernah menjadi salah satu lokasi
penggambaran Avengers 2: Age of Ultron
cantik kan dekorasi di lobi hotel...sofistikated!
dapat tunjuk botol mineral dan keperluan mandi jer...
nak tunjuk gambar bilik tak dapat sebab barang berkambur..hehe..
janji selesa dan ada ruang untuk solat
ni nak masuk ruang sarapan pagi...
secawan kopi penambat hati! cewahhh..
ruang makan dan hidangan yang disediakan...
cococrunch dan susu, roti ada dengan buah sikit..alhamdulillah cukup
hah! Inilah mesin kopi yang comel itu..pilih dan tekan jer, keluar air kopi yang kita mau...
sampai tiga cawan kubedal...alhamdulillah...
(berani minum banyak sebab nak jalan sekitar Seoul jer..kalau naik belon...tak berani wei...hehe)
dua hari makan benda nih..hehe
kimchi, kentang putaq, buah peach dalm tin dan tomato segar...
cantik kan kombinasi warna apa yang kumakan?..haha
8.30 pagi
Pusat Ginseng
Pusat Ginseng
Mula keluar menyambung kembara. Tidak semua bersetuju untuk pergi ke pameran Amethyst, jadiknya terus ke Pusat Ginseng. Seperti biasa kami dilayan dan diberi penerangan oleh orang Malaysia sendiri yang berkahwin dengan orang Korea - Crystal namanya (nama sebenar tidak dapat dikesan..haha). Bercakap dalam bahasa Melayu diselangi bahasa Inggeris pelat Cina. Pusat Ginseng yang kami pergi ni ada mini muzium yang memaparkan tentang keunikan ginseng (hidup dalam tanah yang berasid dan cuaca bersuhu 8-15 darjah selsius).
Kami tidak dibenarkan untuk merakam atau mengambil gambar sepanjang dibawa melawat muzium mini mereka. Macam biasalah, dah kenal-kenal dengan ginseng, dipromosi untuk beli ginseng. Kalau ikutkan tak mampu sebab beratus dan beribu harganya. Nasib baik dapat kongsi beli sebab ada enam botol dalam satu kotak. Terima kasih kak Sal sebab bayarkan dulu dengan kad kredit. Aku beli satu je nak cuba (sampai hari ini baru sekali cuba minum dengan air suam dan madu..hehe). Rasanya pahit sikit, tetapi dah namanya ubat..mestilah ada pahit kans? Baru bagus untuk kesihatan diri!
Kami tidak dibenarkan untuk merakam atau mengambil gambar sepanjang dibawa melawat muzium mini mereka. Macam biasalah, dah kenal-kenal dengan ginseng, dipromosi untuk beli ginseng. Kalau ikutkan tak mampu sebab beratus dan beribu harganya. Nasib baik dapat kongsi beli sebab ada enam botol dalam satu kotak. Terima kasih kak Sal sebab bayarkan dulu dengan kad kredit. Aku beli satu je nak cuba (sampai hari ini baru sekali cuba minum dengan air suam dan madu..hehe). Rasanya pahit sikit, tetapi dah namanya ubat..mestilah ada pahit kans? Baru bagus untuk kesihatan diri!
replika tergantung tuh macam serem je..hehe..arca ginseng sebenarnya...menarik...
Antara kawasan yang dapat dirakam. Gambar atas kanan sekali, itulah Cristal (kiri)...
Gambar turutan di bawah ni..digambarkan bagaimana ginseng hidup dan sejarahnya...
Face Facial
Selepas tengok sejarah ginseng, ke mana lagi kita pergi? Ke tempat rawatan muka katanya. Hah! Kat bawak nilah tempat rawatan muka. Ada seorang tenaga pengajar (Chinese Indonesian). Hakak-hakakku kuteruja untuk dirawat mukanya. Aku sebagai penonton setia. Mujur bilik tertutup rapat, aurat perempuan terpelihara. Takde masalah nak cuba belajar merawat muka agar lebih bersih, licin dan gebu. Gitew...hehe...
Macam biasalah, dah tunjuk teknik-teknik rawatan muka, kami dibawa ke kedai dan disua dengan produk mereka (The Odbo)-produk kecantikan terbaik dari Korea katanya. Memang bagus untuk wajah, tetapi kalau nak beli, harganya beribu-ribu oii! Kami bawak duit beribu pun untuk beli cenderamata jer, namanya nak beli produk macam ni sampai beribu, idoklah oii!
Gambar kat bawah ni, kumpulan pelancong dari Indonesia, ada yang membeli..memang daebak!!
kami hanya mampu melihat dan mendengar je harganya...hehe..
Gambar kiri sekali, jurucakap kecantikan kami...
Kedai SeaweedGambar kiri sekali, jurucakap kecantikan kami...
Kemudiannya kami dibawa ke kedai seaweed dan ada tempat proses membuat seaweed (sejenis rumpai laut) - dapatlah kita melihat mereka memproses seaweed. Gambar kat bawah ni ialah gambar jenis-jenis seaweed yang ada. Dapat juga merasa seaweed segar yang baru mereka proses sambil melihat seaweed keluar dari mesin pemproses. Pelbagai perisa seaweed kita dapat rasa, rasa buluh, pedas, kimchi, ala tomyam, ala kari pun ada.
Kawasan kedai ni besar juga. Ada ditunjukkan tentang sejarah seaweed, tempat memproses seaweed, malah ada banyak disediakan bahagian jualan seaweed yang dikendalikan oleh seorang penjual. Misalnya untuk pelancong dari Malaysia yang dikendalikan oleh penjual yang pandai berbahasa Indonesia-Inggeris dan sebagainya. Namun, kami dapat penjual yang bijak berbahasa Thailand pulak? Masak!! Haha..cakap berpatuk-patuklah sebab dia tak pandai berbahasa Inggeris. Mr. Steven banyak membantu semasa proses jual beli.
12.00 tengah hari - Makan tengahari
Perut pun dah berkeroncong, jomlah kita makan. Kami dibawa ke Korean Healthfood Restaurant - sup ayam ginseng dengan bihun (ala bihun sup gitulah tetapi rasa ginseng). Siap ada ginseng seketul-ketul gituh. Rasanya boleh tahan dan sedap. Lepas makan rasa segar, gituh! Alhamdulillah.
Orang-orang kat Korea ni susah nak dirakam gambarnya. Konon bergambar kat bawah ni nak rakam gambar bersama-sama orang Korealah. Hmm..namun, hanya kita yang syok sendirik...haha...
Solat di Masjid Antarabangsa di Itaewon
12.40 tengah hari usai kami makan. Apa lagi, bergegas untuk solat pula. Jarak dari tempat makan nak ke Jalan Itaewon tak berapa jauh, jadi Mr. Steven membawa kami ke sana. Selepas makan sup ginseng yang sihat tuh, kami diuji dengan menaiki tangga yang tinggi untuk solat di Masjid Antarabangsa, Itaewon. Kami diturunkan di jalan besar Itaewon (sisi lain), perlu naik tangga yang tinggi, menaiki lereng bukit yang mencabar juga untuk sampai ke masjid. Bertabahlah kami berjalan sambil tercungap-cungap (aku yang lebih..hehe). Belum lagi naik tangga untuk ke ruang solat wanita!
Ingat tuh! Dilarang gaduh dalam masjid!
Dilarang buat bising rasanya tapi gambar tu amaran dilarang mengambil gambar..hmm...
Ruang solat untuk Muslimin (di bawah)
Ruang solat wanita (di tingkat atas) memanjang...
Masjid Antarabangsa Itaewon
Masjid ni dikenali dengan nama Central Mosque Itaewon dan merupakan masjid tertua yang dibina pada tahun 1976. Masjid ini terletak di Jalan Usadan 10gil, Yongsan-ru (di kawasan puncak bukit-sedia dengan mental dan fizikal). Di masjid ini turut menempatkan pejabat urusan dan hal ehwal agama Korea Muslim Federation (Pertubuhan Muslim Korea) yang banyak membantu Muslim di Korea - mengeluarkan risalah (dalam bahasa Inggeris dan Korea) berkaitan Islam, Hadis, Fatwa, khutbah Jumaat, jadual solat dan bimbingan dan ceramah, maklumat sijil halal restoran (K.M.F. Halal Commitee) dan sebagainya (kiblat di Korea ialah 285 darjah).
Selain masjid ini, terdapat banyak lagi masjid dan pusat bimbingan yang ada di wilayah sekitar Korea seperti Masjid Busan, Gyeonggu Gwangju, Jeonju, Anyang, Ansan, Bupyeong, Paju, Daegu, Jeolla Kwangju, Pochun, Jeju, Daejon, Kimpo dan Cwangwon.
Sempat bergambar sebelum meninggalkan kawasan masjid kali terakhir.
Gambar-gambar di bawah ialah kawasan rumah dan kedai dan kami sedang
menuruni lereng bukit sebelum sampai ke tangga yang tinggi itu!
menuruni lereng bukit sebelum sampai ke tangga yang tinggi itu!
Lihatlah tangga kat bawah nih, tinggi/agak curam...huhu
kawasan kedai-kedai di hadapan tangga tinggi tuh..di Jalan Itaewon...
Changdeokgung PalaceSerba sedikit tentang sejarah istana nih seperti mana diterjemah dalam brosur.
Deoksugung Palace menjadi kediaman diraja
sebanyak dua kali, iaitu semasa Dinasti Joseon. Laman ini pada asalnya adalah
rumah Putera Wolkan dan keturunannya, Raja Seonjo (r.1567-1608) yang tinggal di
sini buat sementara waktu selepas pulang ke ibu negara ketika itu dipanggil
Hanyang berikutan pengunduran tentera Jepun pada 1953. Panggilan untuk istana
tersebut, disebut sebagai “istana sementara Jeongneung-dong” - beliau tinggal
di sini kerana semua kawasan istana utama telah musnah semasa perang”. Penggantinya,
Prince Gwangliac (r.1608-1623) menamakannya Gyeongungung Palace selepas membuat
Changdeonggung Palace yang baru dibina semula sebagai kediaman utama beliau.
Gyeongungung Palace telah digunakan sebagai kediaman rasmi diraja semula pada
akhir Dinasti Joseon apabila Gojong (r. 1863-1907) berpindah ke sini pada tahun
1897. Ketika itu, negeri Dinasti Joseon telah diisytiharkan sebagai
‘empayar’ dan pemerintah mula menawarkan ritual di Hwangudan Altar (di mana
Chosun Hotel kini berdiri).
Dewan istana telah dibina
semula dan kawasan tersebut telah diperluaskan kepada kira-kira tiga kali ganda
daripada saiz sekarang. Walau bagaimanapun, Gojong terpaksa menyerahkan takhta
kepada anaknya yang menjadi Maharaja Sunjong pada tahun 1907. Maharaja Sunjong
telah berpindah ke Changdeokgung (menggantikan bapanya) dan mahu kehidupan yang
panjang. Istana itu kekal dalam pemerintahan beliau sehingga kematiannya pada
tahun 1919. Keluasan kawasan istana tiga kali lebih besar daripada yang
sebelumnya dan merangkumi seluruh kawasan di sekitar bandar ini, Seoul
Plaza dan kawasan Jeong-dong. Deoksugung Palace masih mempunyai beberapa
struktur bangunan bersejarah dan menjadi kawasan sejarah yang sangat popular
dan membolehkan pelancong datang untuk melihat keindahan dan ketenangan di
Deoksugung Palace - di tengah-tengah bandar Seoul.
Inilah bahagian paling suka, kegemaranku mengambil gambar pokok
yang bersatu dengan alam dan awan.
Secara ringkasnya istana ini merupakan istana kedua terbesar selepas Istana Gyeongbokgung. Istana ini juga telah dirosakkan oleh pihak Jepun, namun ada bangunan asal yang masih terpelihara. Keitimewaan istana ini ialah menempatkan taman diraja (Secret Garden) dan dikenakan bayaran berasingan untuk masuk ke taman tersebut. Raja Korea yang terakhir, iaitu King Sunjong meninggal dunia dalam istana ini. Antara tempat rakaman drama popular ialah Jewel in the Palace. Bayaran masuk: 3,000 won dan tutup pada setiap hari Isnin (9.00 pagi-5.00 petang). Pada bulan April hingga Jun diadakan satu program "midnight tour" - berjalan pada waktu malam di istana ini dan terhad kepada 100 orang pengunjung untuk satu-satu masa (bayaran masuk 30,000 won).
Kami hanya berjalan setakat ini (gambar bawah). Tidak sempat ke kawasan belakang lagi yang menempatkan bangunan yang mendapat sentuhan senibina gaya moden (ala Inggeris).
Tempat yang tak sempat kami jelajah ialah Seokjojeon Hall,
Deoksugung Art Museum dan Jungnyeongjeon.
Tempat yang tak sempat kami jelajah ialah Seokjojeon Hall,
Deoksugung Art Museum dan Jungnyeongjeon.
Macam biasa. Dapat jumpa pokok buah pisang kaki jer, meh bergambo wei!...hehe
Kalaulah diizinkan petik buah tuh...aumm dah kami ambik...haha..
Kalaulah diizinkan petik buah tuh...aumm dah kami ambik...haha..
Hari dah nak golap dah..jom kita pulang!
Nangdaemon/Myeongdong
Pasar Malam yang orang Malaysia dan pelancong suka pergi sebab banyak menjual barang-barang agak murah. Macam-macam ada. Macam kami mestilah nak carik T-Shirt dak..hehe. Survenior sikit, keronsang dan sebagainya. Pergi kat jawasan nih dah macam pergi pasar malam dekat Malaysia, sebab apa? Ramai orang Malaysia yang kami jumpa..ahaks.
pilih dan tawar harga kak....hehe...
Inilah toke Kkultarae, makanan tradisional Korea yang berteraskan madu dan kacang (gulali/gula manis/gula tarik yang berwana-warni dan berinti kacang) dan suaminya. Makcik glemer inilah yang selalu masuk kat henpon kami orang dan orang lain juga - sentiasa senyum jer dan pandai berbahasa Melayu sikit-sikitlah...
Manisan ni dipanggil kkultarae..rugi tak cuba!
Bagi peluang kak Pah bergambar dengan ajumma yang suka senyum!
Pssttt!!Mesti masa ni (awal Dis) dah turun salji kan kak? Kalau dapat duduk sampai musim salji kan best...hehe. Bayangkan jelah gambar kat bawah ni sambil melayan salji turun..cewahh...Kalau nak rasa salji mestilah kat kawasan pokok-pokok kan...ranting pokok yang diselaputi ais...cewah!
Makan malam di Bombay Grill (buka dan penutup makan tempat yang sama) di Jalan Itaewon.
Sebelum sampai ke tempat makan, kita akan melalui kedai-kedai runcit, makan dan perkhidmatan. Ada satu kedai runcit nih yang selalu ramai pelanggan. Apa taknya, sebab banyak menjual barang keperluan (halal) untuk pelanggan, waima buah kelapa tua. Pekerjanya berbilang kaum sebab ada yang Muslim dan kebanyakan orang dari luar seperti Pakistan/India - fasih berbahasa Inggeris memudahkan proses jual beli.
Sebelum sampai ke tempat makan, kita akan melalui kedai-kedai runcit, makan dan perkhidmatan. Ada satu kedai runcit nih yang selalu ramai pelanggan. Apa taknya, sebab banyak menjual barang keperluan (halal) untuk pelanggan, waima buah kelapa tua. Pekerjanya berbilang kaum sebab ada yang Muslim dan kebanyakan orang dari luar seperti Pakistan/India - fasih berbahasa Inggeris memudahkan proses jual beli.
Teruja tak nampak buah kelapa tua yang botak kat Jalan Itaewon nih? Ada dijual kedai runcit kat bawah nih. Memang menjadi tumpuan sebab banyak menjual keperluan barangan halal.
kawasan kedai makanan halal...
tempat kami makan - Bombay Grill...
N Seoul Tower @ Namsan TowerSebuah menara komunikasi yang terletak di Gunung Namsan dan dibuka pada 15 Oktober 1980. Ketinggian menara 236.7 meter dan mempunyai empat dek serta merupakan titik tertinggi/landmark Kota Seoul (centre of Seoul) dan beroperasi dari pukul 10.00 pagi hingga 11.00 malam. N Seoul Tower menjadi tarikan utama pelancong malah penggambaran drama percintaan Korea - gituh! Yang terkini ialah drama Legend of the Blue Sea, lakonan Lee Min Hoo sebagai Heo Joon-jae dan Jun Ji-Hyun sebagai Sim Chung yang berjanji berjumpa dekat menara tuh untuk menyatakan rahsia diri Sim Chung yang sebenar. Wah! Hafal nampak..sebab sedang mengikuti cerita tuh..layankan jelah ye..hehe.
Sekitar menara nih menjadi tempat popular bagi pasangan kekasih untuk mengunci hati mereka di dataran kunci/mangga (padlock)- yang mengabadikan praperkahwinan pun hado! Jika nak ke menara, boleh menaiki kereta, bas awam (Seoul City Tour) atau bas pelancong, cable car, tangga atau menelusuri jalan raya (jalan kaki ler). Namun bas akan sampai di kawasan kaki bukit, iaitu tiga perempat je dan perlu menapak ke atas - menangis woo..tinggi dan agak curam. Tercungap-cungap jugaklah. Masa kami pergi waktu malam, ok kot sebab dapat lihat pemandangan bandar Seoul waktu malam yang cantik dan hebat.
cantik tak gambar corak bayangan nih?
Waktu yang sesuai pergi ialah sebelah petang nak menghampiri waktu malam. Sebab dapat ambik gambar dalam suasanan cerah dan kemudiannya dapat pulak ambik gambar dalam suasana malam bertemankan cahaya neon berwarna-warni.
Ada juga Muzium Beruang dan Alive Museum (muzium 3D),
namun tak dapat dikesan sebelah mana sebab nak cepat..hehe
namun tak dapat dikesan sebelah mana sebab nak cepat..hehe
Kawasan penuh cinta..gituh!
Bergambo jelah, tak kuasa nak cari mangga bagai kak oii!
Sebab hati i dah dipadlock pada suami i..haha..cia cia cia...
Inilah pemandangan waktu malam Kota K-Pop, Seoul...Kota Metropolitan...
Usai perjalanan malam kami di Bumi Seoul...memang cantik dan penuh dengan cahaya eletrik...hehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan