Terpaksa pecah-pecahkan cerita sebab gambar banyak angat (letih adik nak pilih dan muat naik) ... Tapi demi hakak-hakakku, kugagahi jua dan bertabahlah nak membacanya (lagi-lagi kak Monie..ahaks, kena sebut nama beliau jugak sebab rajin nak membaca tetapi masa tak ada..haha - jangan marah kak)
23 Oktober 2016 (Ahad) sambung cerita selepas ke Puncak Pulau Jeju...
12.15 tengah hari (Seopjikopi Cape)
Setelah sejam lebih mendaki di Puncak Pulau Jeju, mari kita perlahankan rentak langkah kita berjalan di tanah rata. Ke mana kita nih? Kami dibawa ke bahagian hujung Pulau Jeju (eastern shore) - Seopjikopi Cape. Kawasan pesisir pantai yang cantik. Dalam bahasa Korea, seopji bermaksud nama lama kawasan tersebut dan koji merupakan dialek asli Jeju yang bermaksud tiba-tiba terlanggar di pulau (bump on the land). Apa yang terlanggar, tak pasti pulak. Ikut pandanganku, deruan ombak laut yang menghempas batuan di tepian pantai lalu membentuk kejadian batuan yang cantik dan hebat. Kurang lebihlah. Jika salah pemahamanku, ampunkan diriku!

Teknik ambik gambar yang unik daripada Nurul! Tengkiu Nurul..
ku puas hati sebab dapat 'picit' ke pegang batu di hujung sinun...hehe
lihatlah hempasan ombak menghempas batuan..
cuaca memang berangin kuat, dingin dan mendamaikan
(Eh damai ke? Macam rasa kagum dan teruja sebenarnya dengan Kebesaran Allah SWT)
(Eh damai ke? Macam rasa kagum dan teruja sebenarnya dengan Kebesaran Allah SWT)
boleh je pergi ke puncak nih, tapi tak larat dan masa tidak mencukupi...
dah lepas kena jeling kans...kena tepati masa ye Suhana...hihi...
dah lepas kena jeling kans...kena tepati masa ye Suhana...hihi...
Nota :
Sepanjang penjelajahan kami ke Jeju nih, kami akan dibawa pergi ke tempat-tempat yang melibatkan pesisir laut. Itulah tarikan buat pelancong sebenarnya - keindahan ciptaan Allah SWT. Seongsan Ilchungbaong Peak (Puncak Pulau Jeju), Seopjikoji, Jusang Jeolliae dan dekat pesisir mermaid. Tergeliat lidah nak menyebutnya..haha. Tunggu gambo dan cerita seterusnya nanti ek!
Apa yang best kat sini selain lihat pemandangan dan menikmati angin laut? Ada sotong gergasi dan karangan laut seperti siput laut yang dibakar dan dijual oleh wanita Jeju. Asli Jeju! Bila melihat riak wajah mereka, memang asli wanita Jeju, agak sepet matanya (sepet lain macam). Lihatlah gambar kat bawah nih (gambar kanan).
Eh, itu pulak yang aku fokuskan. Aku nak cite pasal sotong (ojingo) yang dibakar itulah. Memang besar ye kawan-kawan (dah dipotong-potong dan dipanggang nak bagi kami makan). Nak kata sotong kurita, macam bukan walaupun besar - kalau kurita konpem jari jemari kakinya besar dan berbelit-belit. Ini sejenis sotong yang badannya lebar dan kakinya tak besar mana. Puas kami makan. Panas-panas makan dan cicah sos. Walah! Alhamdulillah puas dan bersyukur dengan nikmat dari Allah SWT...Kat negara kita susah nak jumpa, kat sini kita dipertemukan dengan makcik-makcik penjual sotong dan sotongnya yang sedap! Kamsahamnida!

Mereka ni mesti dah biasa menyelam...haenyeo...
Nampak tak? Nampak tak? Nampak sedap kans!
Lihatlah kami..makan dengan muka penuh gembira dan puas gituh!!..hehe
yang kat bawah ni macam siput gondang..tak berani nak makan..hehe...
macam gedi (besar) banget isinya..kok agak kegelian nak dimakan...
Siput-siput (dan yang lain) yang kami nampak inilah salah satu karangan laut yang diambil oleh penyelam wanita Jeju (tahu sebab baru melihat rancangan KBS Special berkaitan sejarah dan kehebatan wanita Jeju sebagai penyelam tanpa menggunakan alat bantuan pernafasan - malah semacam ada akademik yang mengajar anak-anak muda menyelam bagi meneruskan legasi sejarah mereka). Wanita yang berusia pun masih mampu menyelam - Daebak!
yang bawah ni tak pasti siput jenis apa..macam abalone....
ada merasa jugak, kenyal-kenyal dan sedap...
Ok. Cukup-cukup asyik cite makan sotong dan siput kans. Meh makan tengah hari dengan cita rasa sebenar. Kami dibawa makan ke tengah bandar Sogieypo (Restoran Gingu). Kami dihidangkan dengan sup abalone (ala tomyam) dan hidangan berasaskan makanan laut yang lain. Cewah. Nampak tak? Mewah dan lazat nampaknya. Memang terbaik! Dalam bekas hijau lagi. Makan sudah, solat pun sudah. Jom kita teruskan perjalanan.
Siap makan bersila lagi - makan berjemaah..Jom!
kimchi wajib ada....
Kemuncak hidangan - ala tomyam seafood..sedap sebab ada abalone!!
Nyummm...sedap..syukur dapat merasa.
2.00 petang (Air Terjun Jeongbang )
Dengan penuh teruja (tak puas makan sebenarnya..hehe..sedap abalone tuh-masih terkenang-kenang u), kami bertolak ke Air Terjun Jeongbang (The source of the waterfall is the stream Donghong-Chun-den tak sempat nak terjemah..hehe). Bayaran masuk ke sini 16000 won seorang. Terjunan air terjun ini mempunyai ketinggian 23 meter tinggi dan 10 meter lebar dan istimewanya kedudukannya tepi laut. Suhanallah, Kebesaran Allah SWT (Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? - Surah ar-Rahman. Berkaitan nikmat Tuhan yang telah disebut sebanyak 31 kali dalam surah tersebut).
Pemandangan dari atas..perlu turun tangga nak ke bawah.
Syok je turun kan..kang naik tangga melepek..haha...
Subhanallah..air terjun ni betul-betul tepi laut kan!...
Masa nak turun ni cuaca agak gerimis (tapi sekejap je)..
masing-masing standby baju kalis hujan...hehe
Kita posing duluan...aktiviti wajib...hehe
Boleh pergi sampai bawah, nak pegang air terjun pun boleh...tapi banyak batuan..hati-hati...
3.30 petang - Tebingan Jusangjeolliae
Selesai misi ke air terjun, jom pergi pulak ke Tebingan Jusangjeolliae di bahagian Jungmun Daepo Coast - Daepohaeanjusangjeollidae (kat pinggiran laut juga). Memang cantik sangat pemandangan kat sini..Subhanallah. Memang tak rugi melihat pemandangan semula jadi ciptaan Allah SWT. Nak pergi sini pun perlu turun tangga tapi tak tinggi sangat sebab pelawat boleh merakam kenangan di platform bertangga di sini. Jom layan pemandangan kat sini.
Panas pun panaslah, janji dapat tangkap gambo..hehe
Bayaran masuk 11000 won
ada gerai jualan juga...
Pemandangan waktu petang dengan sinaran matahari yang memancar ke permukaan laut..
memercik sinar cahaya yang sungguh indah...Subhanallah...
Nota:
Memang berbaloi melihat pemandangan indah di sekitar Pulau Jeju nih - takkan menyesal! Nak lihat pemandangan cantik kadang perlu bersusah-susah sikit. Tak banyak pun, paling kurang perlu turun tangga, naik tangga nak mencari keindahan - pinggir pantai dan air terjun ye dak..hehe. Setiap kali nak masuk ke kawasan cantik dan semulajadi seperti ini dikenakan bayaran. Bukan apa, dengan bayaran tersebut, pihak pengurusan dan penjaga tempat dapat menyelenggara dan menyediakan kemudahan untuk memelihara kawasan yang tercantik ini. Pihak pelancong pun dapat menikmati keindahan dengan kemudahan yang selesa dan terpelihara. Situasi menang-menang.
Eh! dah habis cerita ek? Belummm lagi...jom sambung lagi...caiyuk-caiyuk Suhana...
Nantikan telemovie winter sonata versi kami! Ahaks!
Nantikan telemovie winter sonata versi kami! Ahaks!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan