Baru-baru nih ada kawan abang (Zahari) bentang kertas kerja kat seminar di Banjarmasin. Ada beritahu dia nak kirim hadiah buat sahabat yang duk sana -Yuli. Tetapi kelupaan nak beli dan kirim pulak. Yang aku pulak gatal cakap dengan Yuli ada Zahari ke sana dan pada yang sama ada tak Yuli terlibat dengan seminar tuh. Takde katanya. Siap bertanyakan nama dan hotel tempat Zahari menginap. Jauh sikit pejabat Yuli dengan bandara Banjarmasin nih. Tetapi Yuli gigih bercari cenderamata (siap bungkus lagi) dan kirim dengan kawannya dan beri pada Zahari. Allah, terharunya dengan usaha Yuli. Nanti panjang umur, ada rezeki aku pulak beri sesuatu padamu, sahabatku. Terima kasih atas pemberian kain padaku dan Zahari jugak.
Nota : Yuli ni kenalan semasa bersama-sama kursus kebahasaan di Pusat Bahasa Jakarta - dah 10 tahun rasanya.
Nota : Yuli ni kenalan semasa bersama-sama kursus kebahasaan di Pusat Bahasa Jakarta - dah 10 tahun rasanya.
Kain dua meter. tapi tak pasti jenis kain apa..rasa macam kain bercorak batik lukis-lembut. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan