Selasa, 4 Oktober 2016

Port Baharu...

~~ Dapat maklumat daripada Kak Yam, toke kantin kat pejabat. Kalau nak beli buah ke sayur import secara borong boleh pergi tempat ni - area epot Kuching. Orang yang biasa berniaga je tahu tempat-tempat macam nih. Rakyat biasa macam kita..hmm susah nak tahu kalau tak diberitahu. Maka jelajahlah kami dua mencari tempat tersebut. Dalam satu bangunan tu ada kedainya juga kalau orang tak nak beli borong. Banyak pilihan dan segar. Kami berpakat 2-3 orang beli satu kotak jer (pun boleh) limau sunkist (dari South Africa) berskala besar (dalam kotak biru) dengan harga RM88.00 untuk 54 biji.  Harga sebiji dalam RM1.60. Kalau beli kat Giant maunya RM2.50 sebiji. Rupanya ada lagi besar saiz buahnya dalam kotak merah - kata Kak Yam. lain kali tanya habis-habis ye Suhana. Nanti habis stok, kita carik lagi ye.

besar kan limau yang dipamer untuk jualan...banyak sayur dan buah segar...
 ~~ Gambar bawah ni pulak, restoran baharu, Ketumbar. Lokasi dekat sangat dengan pejabat kami. Lauk yang pelbagai dan sedap katanya. Tapi kena pergi awal. kalau tak, jadi macam kami, ilekk..habis...haha..sikda rejeki. Sempat ambik gambo deko restoren jer.
Takdok lauk pauk sebab dah habis-tak sampai hati nak ambik gambo..haha
 ~~ Lagi satu yang istimewanya...air tuh sebagai trademark restoren. Air aiskrim soda letak serai, daun pudina dan lemon. Ala macam air yang Kak Monie, kak Suzanti dan Ida buat tuh masa majlis hari raya. hehe...Serupa sebiji. Peberet nih. Ada nampak sikit-sikit mereka bancuh macam mana, Letak serai dalam gelas plastik, dok tenyeh-tenyeh bagi keluar rasa, tuang aiskrim soda, perahkan lemon dan letak daun pudina. Siap! nampak juga ramai pelanggan yang order. Tapi tak boleh minum banyak..air gas tuh..haha. Dah tahu tempat nak cari kat mana kalau nak minum. Selingan kuih puff inti kacang merah. Kreatif dan sedap tapi manis. Nanti kita pergi semula ye.

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...